Jom Baca Quran

Friday, February 26, 2010

Sayangnya Allah pada Wanita

Sayangnya Allah pada wanita..

Kaum feminis menyatakan susah jadi wanita ISLAM, lihat sahaja peraturan dibawah ini:
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar dari rumah
3. Wanita saksinya kurang berbading lelaki
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
6. Wanita wajib taat kpd suami tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataan)??? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik.
Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan??? itulah bandingannya dengan seorang wanita perlu taat pada suami tetapi lelaki wajib taat pada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tek perlu diserahkan kepada suamiinya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isterinya dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat didoakan oelh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk ALlah du muka bumi ini, dab matinya jika kerana melahirkan anak adalah syahid..
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. manakala wanita pula, tanggungjawab terhadapnya di tanggung oleh 4 orang lelaki ini.
Suaminya, ayahnya, anak lelaki dan saudara lelaki. seorang wanita boleh memasuki pinti syurga melauli mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja:
1. Solat lima waktu
2. Puasa dibulan ramadhan
3. Taat pada suami
4. Menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawab kepada ALlah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fi sabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...demikian sayangnya Allah pada wanita. Renung-renungkanlah...

Tolong baca,hanya 2 minit

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini....
kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ^_^ HEHE




Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...




Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak
Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak
Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah...




" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman... "




" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."




"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."




"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam
al Quran"




"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"




"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..




Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama




Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain... berapa orang yang akan buka email ni
untuk
luangkan masa
membaca? berapa banyak????
wallahuaallam..

Surat Cinta Untuk Jiwa

assalamu'alaikum wbt..
-suatu perkongsian-moga dpt menghidupkan hati2 yg lesu dan layu..moga diteguhkan iman hingga saat kita bertemu dgnNya..amiin Ya Rabb




surat cinta untuk jiwa..

Surat ini ku tujukan untuk diriku sendiri
serta sahabat-sahabat tercintaku
yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza,
lebih bermakna dan indah..

Surat ini ku tujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku
yang kerap kali terisi oleh cinta selain dari-Nya,
yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia,
yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya,
lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang
jika dilihat dan dipuji orang,
entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan
kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil.
Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses..

Surat ini ku tujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapak jalan-Nya
ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani
bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba
melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya..

Surat ini ku tujukan untuk ruh-ku
dan ruh sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan?
Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka,
saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia,
saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.
Cuba lihat disana!
Hatimu menangis dan meranakah?..

Surat ini ku tujukan untuk diriku
dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong,
yang terkadang bangga pada dirinya sendiri.
Sungguh tiada satu pun yang membuat kita lebih di hadapan-Nya selain ketakwaan..
Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergelut terus dengan kefanaan..

Surat ini ku tujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati,
saat tiada getar ketika asma Allah disebut,
saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut pada-Nya ketika maksiat dilakukan,
dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain..

Akhirnya surat ini ku tujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya..
meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam.
Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam, yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dari-Nya, "Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agama-MU, pada taat kepada-Mu dan dakwah di jalan-Mu"..

Wallahualam bisshawab...Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati..
Tags:

Sebuah Cinta Yang Agung

Ada sebuah kisah ttg cinta yg sebenar -benar cinta yg dicontohkan ALLAH melalui kehidupan RASULNYA
Pagi itu walaupun langit telah pun mula menguning. Burung enggan mengepakkan sayap.
Pagi itu..
dengan suara terbatas RASULULLAH memberikan khutbah.
Wahai umatku kita semua ada dalam kekuasaan ALLAH dan cinta kasihNYA..
maka taati dan bertakwalah kepadanya..
Kuwariskan dua perkara pada kalian AL_QURAN dan SUNNAHKU..
Barang siapa mencintai sunnah ku bermakna mencintaiku dan kelak org2 yg mencintaiku akan sama2 masuk syurga bersamaku..
Khutbah singkat itu diakhiri dgn pandangan Rasulullah yg tenang penuh minat menatap sahabatnya satu persatu…
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca..
Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya..
Usman menghela nafas panjang…
Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam..
Isyarat itu telah datang…
saatnya sudah tiba…
“RASULULLAH akan meninggalkan kita smua”
Keluh hati smua sahabat kala itu…
Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya didunia..
Tanda – tanda itu semakin kuat..
Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika menuruni mimbar..
Disaat itu..kalau mampu seluruh sahabat hadir disana pasti akan menahan detik-detik berlalu..

Matahari kian tinggi tapi pintu rumah Rasulullah masih lg tertutup..
Sedang di dalamnya Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yg berkeringat dan membasahi pelepah kurma yg menjadi alas tidurnya..
Tiba – tiba diluar pintu terdengar seseorg berseru mengucapkan salam..
“Bolehkah saya masuk?” tanyanya..
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk..

“Maaflah ayahku sedang demam”

kata Fatimah sambil membalikkan badan sambil menutup daun pintu…
Kemudian dia kembali menemani ayahnya yg ternya telah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah..

“ Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku.. org seperti baru sekali ini aku melihatnya..”

tutur Fatimah lembut
Lalu rasulullah menatap puterinya dengan pandangan yang mengetarkan..
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu ingin dikenang…
Ketahuilah duhai anakku..
Dialah yg menghapuskan kenikmatan sementara…dialah yg memisahkan pertemuan didunia…
“Dialah Malikil maut.” Kata Rasulullah…
Fatimah pun menahan ledakan tangisnya…
Malaikat maut datang menghampirinya.. namum Rasulullah bertnya mngapa Jibril tidak ikut sama menyertainya..?
Kemudian dipanggilkan Jibril yg sebelumnya sudah bersiap diatas langit dunia untuk menyambut roh kekasih ALLAH dan penghulu duinia ini…
“Jibril..jelaskan apa hak ku nanti dihadapan ALLAH?” Tanya Rasulullah dgn suara yg amat lemah…
‘ pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu..smua pintu syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu” kata Jibril..
Tp itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega….. matanya masih kecemasan..
Engkau tidak senang mendengar khabar ini? Tanya Jibril lagi..
Khabarkan kpdku bagaimana nasib umatku kelak..?
Jangan khuatir Rasulullah aku pernah mendengar ALLAH berfirman kepadaku..

“ku haramkan syurga bagi sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya”

.kata Jibril..
Detik- detik semakin dekat saatnya izrail melakukan tugas…
Perlahan-lahan roh Rasulullah ditarik..nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh…urat-urat lehernya menegang..
“Jibril betapa sakit sakaratul maut ini..” perlahan Rasulullah mengaduh..
Fatimah terpejam..Ali menunduk semakin dalam,,dan Jibril memalingkn muka…
“Jijikkah kau melihatku sehinggakan kau memalingkan muka wahai Jibril..?”Tanya Rasulullah pada malaikat pengantar wahyu itu…
“siapakah yg sanggup melihat kekasih ALLAH direnggut ajal..” kata Jibril…
Sebentar kemudian..terdengar Rasulullah memekit kerana sakit yg tidak tertahan lagi…
yaALLAH!!!!
dasyat nian maut ini..timpakan saja kepada ku..jgn pada umatku…
badan Rasulullah mulai dingin…kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi..
bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu…
Ali segera mendekatkan telinganya…

“Uushiikum bis shalati wa maa malakat aimanukum”
“ peliharalah shalat dan peliharalah org2 yg lemah diantaraMU”

Di luar pintu, tangis mulai terdengar bersahutan..sahabat mulai berpelukan…
Fatimah menutupkan tangan diwajahnya…dan Ali kembali mendekatkan telinganya kebibir Rasulullah yang mula kebiruan..

“ ummatiii…ummatiii…ummatiii…”

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yg memberikan sinaran itu…

Allahumma sholli’ ala Muhammad wa baarik wa salim’alaih..

Betapa cintanya Rasulullah kpd kita…


Kami juga mencintaimu ya Rasulullah….dan cinta itu…
Akan kami buktikan…


p/s >> duhai sahabat marilah same2 kita peringat kan pesanan Rasulullah…. Betapa cinta nya Rasulullah kpd kita… ayuh..sahabat2..kita buktikan cinta kita padanya…

Lembaran Hidup Wanita Solehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan..

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan Siti Sarah

Tabah jiwaku
Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah
Ingin sekali ku jadi seperti mereka..yang tabah hatinya

Saturday, October 31, 2009



Wahai wanita tidak bertudung,Sungguh cantik alunan rambut mu,Bebas menggerbang kemas terikat,Terserlah di bawah cahaya mentari,Mentari dunia yang tak sehebat neraka,Iaitu api yang kan membakar rambut mu,di hari akhirat hari penentu,maka hanguslah segalanya,hilanglah cantik alun rambut mu,tiada lagi yang menggerbang,tiada lagi yang terserlah.Oleh itu jadikanlah diri mu,Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.Wahai wanita yang bertudung,Sungguh cantik alas kepala mu,Ringkas pendek tersempang rapi,Tersembul jambul tertutup dahi,Terserlah lah bentuk tubuh,Mengapa tidak dilindungi?Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?Tidakkah kau ingat,Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,Mereka itu wanita yang tak bertudung,Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,Oleh itu jadikanlah dirimu,Sebahagian daripada mereka yang bertudung,Bertudung labuh hingga ke paras dada.

Wahai wanita bertudung labuh,Sungguh cantik terlindung rambut mu,Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,Mengaburi segala yang tersirat di hati,hanya diri sendiri yang menghakimi,mungkin suci ikhlas kerana Illahi,atau berdebu dengan sebab duniawi,riak wajah nampak tawadhu’,riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,alangkah ruginya andai benar begitu,kerna azab masih tak terlepas dari mu,serupalah sahaja diri mu ditunggu,diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,sama dengan mereka yang menyempang tudung,oleh itu jadikanlah dirimu,sebahagian daripada mereka yang bertudung,bertudung labuh hingga ke paras dada,tersemat jua bersamanya rasa taqwa.Wahai wanita yang bertaqwa,Andai kau telah sampai ke tahap ini,Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,Syariat islam sebati dalam diri,Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,Yang dijanjikan di akhirat nanti,Dan tatkala di dunia ini lagi,Muslimah solehah kau digelari,Menjadi idaman setiap muslim soleh,Yang sukar sekali untuk diperoleh,Wahai muslimah solehah pula,Jadilah mukminah mujahidah,Mujahidah yang akan menyeru,Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,Mujahidah yang akan berdakwah,Agar diri dan umat berubah,Mujahidah yang akan mengajak,Agar islam kembali tertegak.Dengarlah wahai wanita..Sahutlah seruan ini..

Tips-tips berurusan dengan lelaki ajnabi

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati... 1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki. 2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ??? 3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.” 4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku. Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke.. Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya.. 5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go. Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.