Jom Baca Quran

Saturday, October 31, 2009

Sejauh manakah tudung itu boleh membuatkan seseorang itu berkata dia telah menutup aurat

Sejuk mata bila memandang ramai remaja sekarang yang memakai tudung… pelbagai fesyen…
Tudung tu sudah baik,TAPI sejauh mana tudung yang kita pakai itu boleh mencegah kita dari melakukan kemungkaran???
Ingatlah sahabatku….
bila seorang wanita itu menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram,bukan sahaja kita menjaga maruah kita,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya ..
Harga diri wanita terlalu mahal.ini kerana syariat telah menetapkan supaya kita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh auratnya
Kalau dibuat perbandingan seperti harta dunia seperti intan dan belian,ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula dengan rapi di dalam peti besi yang berkunci.
Begitu jugak diumpamakan dengan wanita,kerana wanita yang bermaruah tidak mempamerkan badan di khalayak umum.mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaiandengan kehendak syarak.
Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat,darjat,nama,harta dan kemewahan dunia.
Sabda rasullullah
pada akhir zaman nanti akan wujudnya ramai wanita yang memakai tudung…tapi tudung mereka berfesyen..
Semoga kiat semua memakai tudung sebagai wanita mislimah

No comments:

Post a Comment