Jom Baca Quran

Wednesday, September 8, 2010

Terlanjur sayang


Berhari-hari aku memikirkan keputusan
ayah samada untuk menerima atau
sebaliknya. Kesihatan ayah tidak
mengizinkan aku untuk berfikir lama.

Akhirnya, persetujuan dibuat dan dalam
diam-diam aku juga turut membuat
perjanjian dengan Harriz lelaki yang
tidak pernah aku temui. Aku bencikan
Harriz kerana aku menyangka Harriz
bukanlah seperti apa yang ayah
bayangkan. Dia mungkin mempunyai
rancangan yang besar untuk merampas
kekayaan kami dengan mengahwini aku dan
berpura-pura baik di hadapan ayah dan ibu.

"Selepas kita bernikah, saya haramkan
awak untuk menyentuh saya. Kita hanya
berlakon di hadapan ayah dan ibu saya
begitu juga dengan keluarga awak.
Selepas setahun, awak ceraikan saya. Ini
dah termaktub dalam perjanjian kita."

Aku tidak berani memandang wajah Harriz
ketika kami berjumpa buat pertama
kalinya di sebuah restoran. Aku akui,
Harriz memang tampan orangnya malah
lebih kacak daripada Izham. Sedikit
sebanyak hati perempuan aku mulai cair
namun aku pantas melarikan fikiranku
pada perkara yang lain. Harriz merenung
aku tanpa berkelip mata. Aku gelabah.
Langsung tidak dibaca perjanjian MOU
yang aku letak di hadapannya. Sakit hati
aku dibuatnya ketika itu. Aku kuatkan
semangat untuk memandang Harriz dan cuba
berlagak serius.

"Tuhan kurniakan mata untuk melihat apa
yang ada di hadapan kita. Saya dah
letakkan fail perjanjian kita di hadapan
awak. Takkan awak tak tahu nak
menggunakan mata awak tu untuk melihat
apa yang patut?" Aku memerli Harriz. Dia
cuma tersenyum. Masih tidak puas menatap
wajah aku. Seluruh pelusuk wajahku
dijajahnya.

"Memang Tuhan anugerahkan mata untuk
melihat. Sekarang, saya sedang melihat
satu lagi anugerah Tuhan yang diberikan
kepada saya. Kecantikan yang tidak
pernah saya bayangkan, tapi sekarang
baru saya tahu bahawa sungguh indah alam
ini dengan adanya wanita secantik awak,
Nurul Ain Bt Hamdi…" Ungkapan pertama
keluar dari mulut Harriz.

Aku tersedak, hampir tersembur fresh
orange yang sedang kuminum. Pantas
tanganku mencari tisu di dalam beg
tangan. Harriz masih tersenyum. Merah
padam muka aku menahan malu. Bijak
sungguh Harriz bermain dengan kata-kata.
Aku hampir terpedaya dengan pujiannya.
Ahh…Lelaki, semuanya sama…

"Tapi sayang, awak tidak menggunakan
kecantikan awak itu untuk melambangkan
hati awak. Buat pengetahuan awak, saya
ini bukanlah seperti apa yang awak
bayangkan. Niat saya ikhlas untuk
memperisterikan Nurul Ain Bt Hamdi.
Jangan kerana awak kaya dan hidup mewah,
awak takut saya akan merampas semuanya
itu dari tangan keluarga awak. Terus
terang saya katakan, seandainya awak ini
adalah gadis cacat yang kudung tangannya
atau bisu mulutnya saya tetap akan
mengahwini awak walau awak miskin sekalipun.

"Bagi saya, harta boleh dicari tapi
cinta yang tulus suci hanyalah wujud
sekali dalam hidup kita dan awak adalah
wanita yang berada di dalam hati saya
sekarang sehinggalah saya tidak bernafas
lagi di atas bumi bertuah ini." Harriz
tersenyum lagi.

Aku pula tergamam. Macam mana dia boleh
mengenali aku sejauh begitu.
Kata-katanya kedengaran seolah-olah kami
pernah berjumpa. Tapi, aku rasa tidak
kerana inilah kali pertama aku melihat
wajahnya. Sungguh pelik orang ini.
Harriz membuka fail biru itu.

Tanpa dibaca walau sebaris ayat pun, dia
mengambil pen dari poket bajunya lantas
ditandatangani MOU tersebut.

"Awak tak berniat nak baca MOU itu
sebelum awak sign?" Aku memberanikan
diri untuk bertanya pada Harriz. Sekali
lagi dia memandang aku dengan pandangan
yang penuh bermakna baginya.
"Kalau saya baca, adakah niat awak itu
akan berubah untuk menerima saya
bagaimana ikhlasnya saya menerima awak?"
Terperangkap lagi aku dengan kata-katanya.

Entah kenapa di mana hilangnya marah aku
dan semangat aku ketika itu. Lelaki ini
benar-benar lain. Tidakkk!!…..Aku bukan
mudah untuk menerima dia. Cinta aku pada
Izham masih kuat. Harriz bangun. Air
minuman yang dipesan tidak disentuh,
masih suci sepertimana aku.

"Assalamualaikum…." Itulah kata-kata
terakhir yang diucapkannya sebelum
meninggalkan restoran itu. Aku
terpinga-pinga. Pelik dan aneh lelaki ini.

Sebelum aku berjumpa dengan Harriz,
terlalu banyak kemusykilan tentangnya
yang berlegar-legar di dalam fikiran
aku. Kini pada pertemuan pertama kami,
semakin bertambah kusut fikiran aku
memikirkan tentang Harriz.

Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang dia
mahu daripada aku? Atau adakah dia
memang benar-benar tulus mencintai aku.
Ahhhhh….makin difikir, makin pening aku
dibuatnya.


Kini, telah hampir seminggu aku menjadi
isteri kepada seorang lelaki yang tidak
aku cintai. Majlis perkahwinan yang
diadakan amat meriah tetapi aku tidak
merasai keseronokan itu. Mungkin Harriz
juga begitu. Perhubungan aku dan Harriz
memang terbatas. Itu adalah syarat aku
sendiri sebelum Harriz melafazkan akad
nikah.

Kami hanya berpura-pura mesra di hadapan
ibu dan ayah tetapi di sebalik tabir
kehidupan kami, tidak wujud kemesraan
tersebut. Harriz benar-benar memberi
kerjasama yang baik. Kadangkala simpati
aku menjengah di hati kecilku. Pernah
aku menasihati dia supaya melepaskan aku
sebelum tamat kontrak perkahwinan kami
tapi Harriz bukanlah lelaki yang senang
dipujuk rayu.

"Saya seorang yang menepati janji. Walau
hati ini berat untuk berpisah dengan
awak, saya tetap akan patuhi syarat awak
bahawa kita hanya bercerai selepas tamat
tempoh kontrak. Awak sendiri tahu
bagaimana perasaan saya pada awak. Tidak
munasabah andai saya menceraikan awak
sekarang. Kalau boleh, saya mahu takdir
membuka pintu hati awak untuk menerima
cinta saya dan menyayangi saya
sebagaimana tulus dan sucinya cinta saya
terhadap awak."

Tiba-tiba Harriz memegang tangan kananku
ketika aku sedang mengikat rambut lantas
diciumnya perlahan seolah-olah aku ini
bagaikan puteri yang sedang berhadapan
dengan rakyat biasa. Berderau darahku
ketika itu. Aku menjarakkan diri. Bulat
mataku memandangnya. Tanpa segan
renungan Harriz semakin tajam memandang
ke arah aku. Aku gementar. Rasa marah
dan geram wujud dalam diri ini. Harriz
cuba untuk memperdayakan aku dengan
kata-kata manisnya.

"Tolong jangan bersikap kurang ajar!
Sudah cukup selama ini saya bertahan
dengan sikap dan perangai awak!! Awak
jangan umpan saya dengan kata-kata manis
awak tu. Saya tak akan terpengaruh.
Kontrak tetap kontrak. Biarpun setahun
atau dua tahun atau selama-lamanya, saya
tidak akan mencintai awak atau belajar
untuk menyintai awak!!

"Cinta saya hanyalah untuk Izham. Awak
tahu bukan? Izham lebih dahulu hadir
dalam hidup saya tapi awak merosakkan
segala-galanya dengan memperalatkan ayah
dan ibu saya. Saya bukan macam mereka.
Itu sahaja yang awak perlu tahu!!"
Bentakku tiba-tiba dengan penuh berani.

Aku sendiri terkejut dengan tindakan
aku. Dari mana aku dapat kekuatan untuk
melawan perasaan aku? Aku memaling ke
arah lain. Terasa semangat untuk
mempertahankan diri wujud dalam diri
ini. Mungkin kerana rindu aku pada Izham
semakin kuat dan kesalahan aku pada
Izham juga berat.

Harriz hanya diam. Sedikit sebanyak
nampak juga perbezaan di raut wajahnya
yang mungkin terkejut dengan kata-kata
amarahku yang tiba-tiba.

"Maafkan saya kerana buat awak marah.
Saya tak ada niat untuk menyakitkan hati
awak, Nurul Ain. Saya harap kita masih
boleh jadi kawan," ringkas sahaja
kata-kata Harriz kali ini. Aku masih
tidak memandang wajah Harriz.

"Nampaknya dah masuk waktu solat Isyak
sekarang. Mari, kita berjemaah," pelawa
Harriz lembut. Aku memandang wajahnya.

Dia tersenyum, "saya tunggu di bilik."
Harriz berlalu pergi meninggalkan aku di
ruang tamu. Perasaan marahku sudah reda.
Malu pun ada bila mengenangkan kembali
kemarahan aku yang berapi-api itu.
Nampaknya Harriz masih boleh buat muka
selamba sedangkan sudah berbakul-bakul
aku memarahinya sepanjang dia duduk di
rumahku.

Tidak tahu bagaimana lagi untuk aku
mewujudkan rasa benci dalam diri Harriz
supaya dia membenci aku. Kini,
perkahwinan kami sudah hampir 3 bulan.
Ayah dan ibu pula sudah bertanya tentang
keadaan kesihatan aku. Itu tidak lain
dan tidak bukan mesti berkaitan dengan
hal anak.

Bagaimana aku nak memberitahu mereka
bahawa aku ini masih suci lagi. Harriz
tidak pernah menyentuh aku walaupun dia
berpeluang. Dia benar-benar mengikut
segala kontrak yang ditulis oleh aku itu
supaya tidak menjalinkan apa sahaja
hubungan dengan aku. Aku bertambah
bingung. Segala apa yang aku lakukan
semuanya tidak menjadi. Harriz masih
lagi menyayangi dan menyintai aku.

Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku
rindukan Izham di saat-saat begini. Aku
kesunyian. Tanpa Izham aku rasa
kehilangan. Kadangkala aku nampak
bayangan Izham dalam diri Hariz. Sampai
bila aku mampu bertahan. Harriz terlalu
baik terhadap aku. Hanya perempuan gila
sahaja seperti aku yang tidak jatuh
cinta padanya setelah pelbagai cara dia
lakukan untuk menambat hati aku. Aku
juga manusia biasa. Cinta akan datang
dan pergi sesuka hati dalam hidup ini.
Apakah perasaan aku terhadap Harriz
sekarang? Aku semakin bingung dengan
kehidupan yang aku lalui kini.

Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aku
tiba lewat di rumah. Tapi, bukan kerana
banyak kerja di pejabat cuma aku sengaja
pulang lambat supaya Harriz menyangka
aku perempuan yang selalu balik lewat
malam kerana puas berseronok di luar.
Terjengket-jengket kaki aku melangkah
masuk. Suasana gelap menyelubungi rumah
banglo dua tingkat pemberian hadiah ayah
sempena perkahwinan kami. Mujurlah hanya
aku dan Harriz yang tinggal di sini.

Kalau tidak, tentu aktiviti kami akan
terbongkar lebih awal. Minta-minta
Harriz akan memarahi aku kerana pulang
lewat. Aku berjalan perlahan-lahan
menuju ke tangga tapi aku telah
terlanggar sesuatu yang besar di hadapan.

Hampir terjatuh aku dibuatnya namun,
mujur da seseorang yang sempat memaut
pinggangku supaya tidak terjatuh.
Berderau darah dibuatnya. Lampu ruang
tamu dipasang…

Aku tergamam. Pinggangku masih lagi
dipaut oleh Harriz. Mata bertentang
mata. Hampir beberapa saat aku tidak
bercakap. Tersedar dari lamunan, aku
pantas menolak Harriz ke tepi. Wajahku
mula berubah. Merah padam jadinya. Marah
bercampur malu benar-benar ada dalam
diri aku sekarang

"Awak ni kenapa?!! Macam pencuri!! Nasib
baik saya ni tak ada sakit jantung. Dah
pukul 2.00 pagi. Awak tak reti-reti nak
tidur?" Aku memarahi Harriz.

"Saya tunggu awak…."

"Tak payah nak tunggu-tunggu. Saya ni
bukannya budak kecik lagi. Saya tahu
pukul berapa saya nak balik. Awak ni
orang gaji saya ke?"
"Awak dah makan? Hari ni saya masak lauk
kegemaran awak, masak lemak cili api
ikan keli. Awak mesti suka. Mari makan
sama, saya tak makan lagi ni."

Harriz mempelawa aku. Masak lemak cili
api ikan keli? Terliur aku dibuatnya.
Aku memang tengah lapar gila ni.
Maklumlah, satu hari aku tak makan apa.
Tengah hari tadi tak keluarpun sebab
kerja banyak.

Petang pula ada mesyuarat. Bila dah
habis kerja, aku pulak yang sengaja
balik lewat hanya semata-mata nak nak
sakitkan hati Harriz. Sampai pukul 1.30
pagi aku duduk di pejabat. Tak terfikir
nak makan pun. Sekarang, dah lapar.
Bodoh betul aku. Takkanlah aku setuju
nak makan dengan dia. Habislah rancangan
aku nak bagi dia marah.

"Awak ni pandai masak ke? Saya ni
memilih orangnye. Takpelah saya dah
kenyang. Dah makan kat luar pun. Awak
nak makan, awak makanlah sorang."

Aku pura-pura menguap di hadapannya
"Ahh.. ngantuknya.."

"Saya tahu awak belum makan lagi. Awak
tentu lapar." Harriz terus menuju ke
ruang makan. Dia membuka tudung saji dan
menyendukkan nasi untuk aku dan dirinya
sendiri. Beria-ia benar dia mengajak
aku. Macamana dia tahu aku tak makan?
Aku masih lagi tercegat di antara ruang
tamu dan ruang makan.

Sesekali aku menjeling ke arah Harriz
yang sedang leka menyiapkan makan malam
yang rasanya dah boleh jadi makan pagi.
Sanggup dia tak makan kerana menunggu
aku semalaman. Boleh percaya ke lelaki
ni? Jangan-jangan dah siap makan. Saja
nak tarik perhatian aku supaya simpati
kat dia.

Aku pantas menaiki tangga meninggalkan
Harriz.

"Awak tak nak makan? Tak sakit perut ke,
awak? Nanti, kalau awak jatuh sakitkan
susah…" Harriz menasihati aku. Langkahku
terhenti.

"Awak tak faham bahasa Melayu? Kan saya
dah cakap, saya dah kenyang. Kalau awak
nak makan, awak makanlah sorang. Saya
nak naik atas, nak mandi dan tidur. Awak
jangan ganggu saya!!" aku bentak keras.

"Tak pelah, saya makan dulu. Nanti,
kalau awak rasa lapar, awak makanlah ye.
Pergilah awak berehat," Harriz
mengakhiri perbualan kami. Aku terus
naik ke atas dengan perut yang
benar-benar lapar. Rasa nak terbalik
dunia ni. Ya Allah laparnya. Hanya Tuhan
saja yang tahu. Kenapalah aku boleh
bertindak bodoh. Dah ada orang siap
masak, aku saja yang sombong tak
bertempat. Sekarang, siapa yang merana?
Bukankah aku…?

Itu baru satu keadaan di mana dia boleh
bertahan dengan sikap aku. Tapi, kali
ini aku pula yang tak tahan dengan
keadaan kami apabila terpaksa berlakon
di depan ayah dan ibu sewaktu kedatangan
mereka ke rumah kami.

Dari berdiri jarak 50 meter kini dah
rapat macam belangkas. Dari muka yang
masam macam cuka kini aku terpaksa
senyum meleret. Aku kena memainkan
peranan sebagai isteri dan Harriz
sebagai suami sedangkan gelaran itu
memang ada pada kami. Terasa kaku aku
pada permulaan watak tetapi Harriz bijak
memainkan peranannya sebagi suami.

"Berapa lama mak dan ayah nak tinggal di
sini?" Aku mengajukan soalan sebaik
sahaja ibu dan ayah duduk di ruang tamu
selepas kami menjamu selera tengah hari
itu. Percaya atau tidak, semua masakan
dimasak oleh Harriz tapi dia memberitahu
ibu dan ayah yang aku memasaknya. Ibu
tersenyum menggeleng.

"Ain…Ain… Mak dan ayah belum panas
punggung lagi dah ditanya bila nak
balik. Mak ni, rindukan anak mak.
Salahke mak melawat anak mak yang kini
dah jadi isteri orang," balas ibu. Aku
tertunduk malu. Ye tak ye jugak..

"Ain ni bukannya apa mak. Dia takut mak
dan ayah balik awal. Duduklah 2-3 hari
kat sini, mak. Lama-lama pun tak apa.
Kami pun berdua. Kalau ada mak dengan
ayah, taklah sunyi kami ni.." Harriz
menyampuk. Aku menjeling pada Harriz.
Nampaknya, dia ni nak mengambil
kesempatan. Ketika itu tangan kirinya
sengaja memeluk pinggangku. Aduh, geli
betul. Aku tak boleh nak tolak.

"Yelahh, mak. Duduklah lama-lama kat
sini. Mak pun tentu bosan duduk kat
rumah, lagipun ayah kerja." Aku terpaksa
menipu. Kalau boleh nak saja aku
menyuruh mak dan ayah balik sekarang
juga. Bukannya aku tak sukakan mereka
tapi aku tak mahu berlakon lagi.

"Tak bolehlah macam tu. Kamu dah
berkeluarga. Mak dan ayah tak nak ganggu
kamu. Kami ni datang saja nak melepas
rindu. Dua hari lagi kami baliklah."

Alamak 2 hari lagi??? Terasa seperti 2
tahun nak menunggu mereka balik.

Aku lihat Harriz tersenyum meleret.
Makin erat dia memeluk pinggangku. Suhu
di kepala aku ni dah mendidih. Rasanya
nak saja aku cekik-cekik Harriz
sekarang. Betul-betul mengambil
kesempatan. Aku pantas bangun. Semua
mata memandang ke arah aku.

"Tak pelah, mak ayah. Ain ada hal
sekarang ni. Pukul 2 petang Ain ada
mesyuarat dengan pelanggan. Nanti malam
baru Ain balik. Mak dan ayah tak payah
tunggu Ain. Tak tahu pukul berapa Ain
balik."

"Hari ni kan Ahad, Ain. Takkan bekerja
jugak. Kesian kat Harriz ni. Sepatutnya,
masa cuti jangan diganggu. Kamu tu dah
kahwin, dah bersuami. Kamu kena jaga
makan pakai si Harriz ni. Kesian
Harriz." Berbakul-bakul ibu membela
Harriz. Eeeee….bertambah-tambah geram
aku. Ayah hanya tersenyum. Tak banyak
cakap. Malas nak masuk campurlah tu.
Pendek kata, apa saja yang ibu cakap
ayah akan setuju. Betullah mereka ni
satu kepala.

Berbeza aku dan Harriz, ibarat panggang
jauh dari api.

"Ain memang ada hal petang ni, mak. Tak
boleh nak tolak. Pelanggan Ain tu dari
Jepun. Dia tak boleh lama kat sini." Aku
membalas kata-kata ibu dengan harapan
Harriz akan membantu aku.

"Takpe, mak. Saya tak kisah, lagipun
selama ni tak pernah kurang kasih sayang
Ain pada saya. Lagipun saya kenal
pelanggan Jepun tu. Dia kawan lama saya
masa kursus kat Tokyo dulu." Harriz
menyokong aku.

Lega rasanya di hati. Aku memandang
Harriz. Dia hanya tersenyum. Tiba-tiba
saja dihulurkan tangannya supaya aku
mencium tangannya. Mahu tak mahu
terpaksalah aku bersalam dan mencium
tangan Harriz.

"Saya pergi dulu, bang.." Lembut aku
bersuara meminta izin. Mak dan ayah
tersenyum-senyum memandang gelagat kami
berdua. Rasa senang di hati mereka
melihatkan kemesraan aku dan Harriz yang
sebenarnya dibuat-buat.


Aku terlalu rindukan Izham. Kenapa Izham
tiba-tiba sahaja menghilangkan diri.
Sudah lama dia tak menghubungi aku.
Hampir 3 bulan aku tak mendengar
suaranya. Izham masih lagi di London.
Dahulu, di awal usia perkahwinan kami
Izham sering menelefon aku. Suaranya
benar-benar memberi aku semangat. Izham
tahu mengenai masalah aku dan Harriz.

Dia juga tahu rancangan aku mengenai
'perkahwinan kontrak' ini. Izham
langsung tidak memarahi aku. Dia tahu
bahawa aku menerima Harriz bukan atas
dasar cinta tapi atas dasar hormat aku
pada ayah. Dia jugalah yang menyokong
aku dan katanya lagi bahawa dia sanggup
menunggu aku bukan saja setahun malah
selama hayatnya masih hidup dia sanggup
menanti aku. Aku dapat rasakan ketika
itu akulah wanita yang paling bertuah
kerana dapat memiliki cinta Izham yang
betul-betul ikhlas menyayangi aku.

Namun suara Izham hanya dapat aku dengar
3 bulan yang lalu. Di mana Izham
sekarang? Mungkinkah dia terlalu bosan
menunggu dan terus menunggu kehadiran
aku dalam hidupnya? Ahh... kalau aku
jadi Izham pun sudah pasti perkara yang
sama akan aku lakukan. Satu tahun
bukannya tempoh yang singkat. Sedangkan
hati boleh berubah inikan pula
penantiannya yang boleh dianggap satu
angan-angan yang tak pasti.

Ini semuanya berpunca daripada Harriz.
Kadangkala aku terlalu bencikan Harriz
tetapi kehadiran Harriz jugalah sedikit
sebanyak telah mengubah hidup aku. Tidak
dapatku sangkal bahawa dia seorang suami
yang baik, dan benar-benar mengambil
berat tentang diri ini. Aku sahaja yang
tidak pernah menghargai kehadirannya
dalam hidup aku. Tiada lelaki lain
selain Harriz yang tulus ikhlas
menyayangi, menyintai, dan menghormati
aku. Bila difikir-fikirkan, aku rasa
bertuah kerana punya seorang suami yang
terlalu memahami aku.

Memanjakan aku seolah-olah aku ini budak
kecil yang perlu didodoi. Aku sakit dia
menjadi doktorku, aku lapar dia menjadi
tukang masakku malah bila aku terlambat
ke pejabat dia sanggup menghantarku
sedangkan ketika itu dia punya urusan
lain. Tapi, kenapa mesti Harriz? Bukan
Izham?

Tiba-tiba saja hati aku terdetik,
mungkinkah jodohku memang bersama
Harriz. Sisa-sisa hayatku adalah hidup
bersama Hariz sehingga aku mati. Di mana
Izham sekarang? Kenapa dia menghilangkan
diri? Sudah tiada lagi cintakah di dalam
hatinya untukku? Atau aku sahaja yang
mengangankan sesuatu yang bukan milikku.
Sedangkan sesuatu yang sudah tentu
menjadi milikku aku abaikan begitu saja.
Antara Harriz dan Izham?? Siapa yang
harus aku pilih? Ooohhh…Terlalu sukar
hidup ini.

"Masih panas lagi suhu badan awak ni.
Saya bawa awak ke klinik.." Aku ingat
lagi peristiwa pertama yang mencetuskan
rasa sayang aku pada Harriz dan wujudnya
rasa cinta dan kasih di hati ini pada
Harriz. Ketika itu aku demam panas.
Memang aku tak mampu nak berbuat apa-apa
kerja ketika itu.

Nak bangun dari katil pun tak terdaya.
Mungkin waktu itu aku terlalu rindukan
Izham dan dalam masa yang sama aku juga
sibuk dengan kerja-kerjaku di pejabat.

"Tak pe, saya sihat. Panas sikit je.
Lepas makan Panadol, sihatlah. Awak tak
payah nak risaukan saya. Saya tahu apa
yang saya buat. Awak buatlah kerja awak.
Jangan ganggu saya, boleh tak?" Aku
meninggikan suara.

Tapi bukannya aku marahkan Harriz, cuma
aku tak tahan dengan kesakitan di kepala
yang aku alami. Harriz masih tak
berganjak. Dia meletakkan tangannya di
dahiku. Aku menepis dengan kuat tangan
Harriz. Berkerut-kerut dahiku menahan
sakit. Aku cuba bangun tapi tak mampu.
Dengan pantas tanpa pedulikan
kemarahanku, Harriz terus mendukungku
keluar dari bilik. Aku benar-benar
terkejut dengan tindakannya. Habis tubuh
Harriz menjadi sasaran aku untuk memukul.

"Awak nak bawak saya ke mana ni ?
Lepaskan saya!!" Aku cuba menjerit tapi
badan aku terlalu lemah dan tak mampu
untuk aku meninggikan suara.

"Awak sakit di hadapan mata saya. Takkan
saya nak jadi orang bodoh untuk dengar
kata-kata awak supaya tinggalkan awak
dalam keadaan macam ini. Saya nak bawak
awak ke klinik. Nyawa awak lebih penting
sekarang."

Harriz….Sungguh mulia hatimu. Aku buta
untuk menilai kasih sayangmu yang
mencurah-curah mencintai diri ini
sedangkan aku terus bodoh menanti pada
orang yang tak pasti.

Sedikit demi sedikit hati wanitaku mulai
cair. Sepanjang aku terlantar sakit
Harriz menjaga aku siang dan malam. Dia
sanggup mengambil cuti semata-mata untuk
menemani aku. Segala makan dan pakai
semuanya Harriz yang lakukan untuk aku,
biarpun pada mulanya aku malu dengan
tindakan Harriz.

Entah mengapa, perasaan benci dan marah
dalam diri ini pada Harriz berubah
menjadi kasih dan sayang pada Harriz.
Aku benar-benar terharu dengan
keikhlasannya selama ini dan aku juga
bangga dengan ketabahan Harriz yang
sanggup hidup bersama aku susah dan
senang. Dia tidak pernah kisah dengan
caci makiku dan kutukan aku pada dirinya
selama ini.

Kesabarannya terhadap kedegilan aku
membuatkan aku mula jatuh cinta pada
Harriz. Tetapi keegoan aku mengatasi
segalanya. Aku malu untuk meminta maaf
pada Harriz walaupun selama ini aku yang
banyak melakukan kesilapan.

Aku tahu, aku seorang isteri tapi aku
tak pernah menjalankan kewajipanku. Aku
gagal menjadi isteri yang sempurna pada
Harriz.

Dua minggu lagi akan tamatlah ikatan
kontrak perkahwinan kami. Sepatutnya aku
boleh gembira sekarang kerana tidak lama
lagi Harriz akan melafazkan kata-kata
keramat bagi seorang isteri. Namun,
kegembiraan itu tidak dapat aku rasakan
sekarang. Buat pertama kali dalam hidup
aku, aku dapat melupakan ingatan aku
pada Izham. Kerinduan pada Izam sudah
tiada lagi.

Yang terbayang di dalam fikiran aku
sekarang hanyalah Harriz Bin Hisham,
seorang suami yang terlalu agung
darjatnya dalam hati aku. Aku
benar-benar takut untuk berpisah dengan
Harriz. Selepas ini Harriz bukanlah lagi
peneman setia aku. Aku dapat rasakan
bahawa hidupku selepas ini akan sunyi.
Tiada lagi senyuman Harriz dan gurauan
Harriz. Ooohh..TuHAN!! Apa yang telah
aku lakukan sekarang?

"Selagi awak di hadapan mata saya dan
awak hidup bersama saya, selagi itulah
kewajipan saya sebagai suami akan saya
lakukan. Biarpun dalam kontrak tidak
tertulis, namun sudah menjadi
tanggungjawab seorang suami supaya
menjaga isterinya samada dalam keadaan
susah mahupun senang. 2 minggu lagi,
hubungan kita akan tamat. Tapi,
percayalah biarpun sehari malah sesaat
pun, awak tetap di hati saya. Saya tahu
kebencian awak pada saya tidak akan
hilang. Begitu juga dengan cinta saya.
Ianya tidak akan pernah pudar. Andai
diberi peluang sekali lagi, saya mahu
teruskan hidup ini bersama awak Nurul
Ain. Nama awak sudah terpahat di dalam
hati saya."

Harriz mengusap rambutku dengan kain
basahan sewaktu memandikan aku yang
terlantar sakit. Tiba-tiba satu ciuman
diberikan di dahiku. Terasa ingin
mengalir air mata ini, namun aku dapat
bertahan. Mataku ketika itu masih
tertutup. Mungkin Harriz menyangkakan
aku sedang tidur tetapi tidak
sebenarnya. Segala kata-kata luahan hati
Harriz dapat aku dengar cuma aku tidak
berani untuk menatap wajah Harriz ketika
itu.

Harriz, kenapa kau terlalu baik pada
diri ini yang seharusnya tidak layak
untuk berada di hatimu yang suci itu.
Aku tidak mampu untuk menyintai seperti
mana engkau menyintai aku. Andai engkau
dapat mendengar luahan hati ini,
berjuta-juta kemaafan ku pohon darimu
tapi untuk meluahkannya hati aku amat
berat. Aku malu sebenarnya Hariz. Terasa
kecil diri ini di hadapan matamu Harriz.

"Kenapa awak menerima saya untuk menjadi
isteri awak sedangkan sebelum ini kita
tidak pernah berjumpa. Awak tak pernah
mengenali saya, tapi awak sanggup
berkahwin dengan saya. Bukankah itu satu
tindakan yang bodoh namanya?" Aku
memberanikan diri untuk bertanya pada
Harriz sewaktu kami menjamu selera di
sebuah restoran selepas balik dari
berjumpa dengan ibu dan ayah. Harriz
tersenyum. Dia memandang aku. Aku jadi
kaget.

"Soalan itu rasanya sudah saya jawab
sebelum kita menjadi suami isteri lagi.
Nama awak sebenarnya sudah lama terpahat
di dalam hati saya. Hampir dua tahun
saya mengenali awak sebelum saya
berjumpa dengan awak." Harriz sengaja
menoktahkan ayatnya di situ supaya aku
semakin keliru. Kali ini aku yang
memandang wajahnya dengan seribu
pertanyaan di kepala.

"Dunia ini tidaklah sebesar mana. Tuhan
mentakdirkan hidup saya supaya bertemu
dengan awak bukan di bumi Malaysia. Saya
juga pernah belajar di luar negara dan
sama universiti dengan awak." Aku ternganga.

Ligat otakku mengingati semula
wajah-wajah pelajar Malaysia yang pernah
aku jumpa di London. Rasanya tiada
langsung wajah Harriz yang pernah aku
jumpa. Betulke dia ni atau sengaja nak
memainkan aku?

"Setahu saya pelajar Malaysia tidaklah
sebanyak mana pun, tapi kenapa saya tak
pernah berjumpa dengan awak? Awak jangan
nak bergurau dengan saya." Aku seakan
tidak percaya. Benarkah apa yang Harriz
cakapkan sebentar tadi?

"Saya belajar part time. Awak memang
tidak akan perasan saya. Saya belajar
waktu malam, tapi awak dan Izham selalu
datang makan di restoran tempat saya
bekerja. Ingat tak Café Bistroze? Saya
jadi pelayan bar di situ. Maklumlah,
saya ni orang miskin, tak mampu nak
belajar sepenuh masa.

Siang saya bekerja dan malam saya
belajar. Ketika itulah saya sempat
mengenali awak." Harriz menamatkan
ayatnya di situ. Dia menghabiskan
minuman. Aku terdiam. Sungguh tak ku
sangka, dunia ini terlalu kecil. Tuhan
menemukan aku dan Harriz tanpa aku
mengenali siapa dirinya. Harriz terlalu
pandai menyimpan rahsia.

"Esok, genap setahun kita menjadi suami
isteri yang sah seperti mana termaktub
dalam kontrak yang telah saya
tandatangani. Biarpun hati ini berat
untuk melepaskan awak tapi saya tidak
pernah lupa dengan janji saya.

"Melukakan hati dan perasaan awak adalah
satu dosa paling besar di mana saya
tidak dapat memaafkan diri saya sendiri.
Awak terlalu suci di mata saya. Awak tak
pernah bersalah dengan saya. Saya yang
seringkali melukakan hati awak selama
ini. Saya benar-benar berharap agar awak
dapat ampunkan dosa-dosa saya." Harriz
tertunduk menahan sebak di dada.

"Terus terang saya katakan, esok adalah
hari yang paling saya takutkan. Saya
dapat rasakan bahawa esok akan
mengubahkan segala takdir hidup saya
yang selama ini saya rasakan indah.
Hidup bersama awak adalah satu kenangan
yang paling manis buat saya. Segalanya
berubah bila awak hadir dalam diri saya.
Awak adalah semangat saya untuk saya
teruskan hidup ini yang kian singkat…."

Aku rasa hairan dengan kata-kata
terakhir Harriz. Apa yang dia cuba
maksudkan? Hariz yang berada di hadapan
aku sekarang bukanlah Harriz yang selama
ini aku kenal. Aku dapat lihat perubahan
di wajahnya. Lain benar seakan menyimpan
satu rahsia yang tidak aku ketahui. Aku
juga dapat lihat air mata lelakinya
hampir mengalir tapi mampu ditahan.

"Awak tak pernah bersalah dengan saya.
Saya yang sepatutnya memohon ampun dan
maaf dari awak kerana dosa saya sebagai
isteri adalah terlalu besar. Saya kagum
dengan awak kerana menghormati saya dan
keputusan saya selama ini. Awak seorang
lelaki yang terlalu baik dan saya tidak
layak untuk berada di hati awak. Saya
percaya, selain saya akan ada seorang
wanita lain yang akan muncul dalam hidup
awak dan benar-benar menerima cinta awak
dan menyayangi awak lebih dari
segala-galanya di dunia ini."

Aku juga menahan sebak. Tidak mahu air
mata ini mengalir di hadapannya.
Percayalah Harriz, sesungguhnya hati ini
telah lama engkau miliki tapi aku tak
mampu untuk berterus terang. Aku
perlukan masa. Tidak tahu berapa lama lagi.

Aku sebenarnya terlalu malu untuk
berhadapan dengan dirimu yang tulus
ikhlas mencintai aku. Aku tahu, aku
bodoh selama ini kerana tidak nampak
sebutir permata yang boleh menerangi
sepanjang hidupku. Harriz hanya mampu
tersenyum. Dia memegang tanganku lantas
ciuman kasihnya diberikan. Aku dapat
rasakan mungkin itu adalah ciumannya
yang terakhir sebelum kami berpisah.


"Selepas ini, saya harap awak tidak akan
hilangkan ingatan awak pada saya.
Biarpun diri saya ini hanyalah sebesar
zarah di hadapan mata hati awak, namun
awak jangan lupakan saya. Kalau boleh,
biarlah berkekalan sampai ke akhir hayat
awak. Setahun adalah satu tempoh yang
singkat untuk saya lebih mengenali awak.

"Kalau Tuhan mentakdirkan umur saya
panjang ingin rasanya sekali lagi saya
harungi hidup ini bersama awak di dalam
satu keadaan yang berbeza di mana awak
benar-benar mencintai saya dan
menyayangi saya sepenuh jiwa dan hati
awak. Andai terjadi, saya dapat rasakan
bahawa sayalah manusia yang paling
bertuah dapat memiliki awak." Kami
bertentangan mata buat kali terakhir.
Aku jadi sayu apabila memandang
wajahnya. Takdir kami akan berubah esok.
Mungkinkah ianya terjadi….

Malam itu aku tidur di dalam seribu
ketakutan. Esok pasti akan terjadi,
begitu juga dengan lafaz kontrak akan
termaktub. Ahhh..undang-undang yang
dibuat manusia. Sentiasa menyusahkan.
Takdir hidup aku esok akan ditentukan.
Aku tahu bukan sahaja aku, malah Harriz
lebih merasai ketakutannya. Dia terlalu
mencintai aku. Malah kerana cintanya itu
akhirnya memakan dirinya sendiri. Dia
menghormati segala keputusan aku kerana
ikhlasnya cinta Harriz pada diri ini.

Keesokan harinya aku terlewat bangun.
Tergopoh gapah aku keluar dari bilik.
Aku dapat rasakan sesuatu…Harriz tiada
di dalam biliknya. Begitu juga dengan
kereta Harriz, tiada di luar. Aku
terduduk di ruang tamu.

Terlalu cepat Harriz meninggalkan
cintanya. Tidak sempat untuk dia berkata
sesuatu pada aku buat kali yang
terakhir. Mungkin Harriz tidak mampu
untuk berhadapan dengan aku.

Kontrak perkahwinan terletak kemas di
atas meja. Aku dapat lihat sepucuk
sampul surat berwarna biru di atas
kontrak tersebut. Hati aku
berdebar-debar. Semakin lama getaran di
dadaku semakin terasa. Tanganku menjadi
sejuk. Menggigil-gigil jari jemari ini
untuk menyentuh surat tersebut. Lama aku
perhatikan surat Harriz. Aku tak sanggup
nak buka kerana aku tahu segala
keputusan semuanya berada di dalam
baris-baris ayat surat tersebut. Aku
takut, namun, aku pasrah. Ia kehendak
Tuhan dan hati aku sendiri. Aku harus
menerima segala keputusan dengan tenang.

Lagipun selama ini itulah yang aku minta
pada Harriz biarpun Harriz berat untuk
melakukannya. Dengan lafaz Bismillah aku
membuka lembaran surat tersebut dan
akhirnya….

"Bahawasanya saya HARRIZ BIN HASHIM
dengan ini menceraikan NURUL AIN BT
HAMDI dengan talak satu. Segalanya
adalah mengikut kontrak perkahwinan yang
telah kami tandatangani iaitu bertarikh
30 DISEMBER 2002"

-HARRIZ BIN HASHIM-

Dia benar-benar melakukannya…Pertama
kali air mataku mengalir. Aku kini bukan
milik Harriz lagi. Tahniah untuk diriku
sendiri kerana permainkan undang-undang
Tuhan dan natijahnya aku yang terima
sekarang.

Ooohh..Harriz. Kenapa kau berlalu pergi
begitu saja. Tiada langsung ucapan
selamat tinggal yang keluar dari
mulutmu. Kenapa hatimu terlalu lembut?

Kenapa kau tidak memujuk aku supaya
jangan berpisah ? Andai ianya berlaku
sudah pasti aku tak mahu engkau
meninggalkan aku. Aku mula menyayangi
dirimu Harriz.. Benih-benih cinta dan
kasih dalam diri ini pada Harriz sudah
bercambah tapi aku tak mampu untuk
tunaskannya…

Hampir 2 bulan selepas perceraian kami
aku tidak pernah bertemu dengan Harriz.
Dia menghilangkan diri begitu sahaja.
Aku tidak tahu ke mana Harriz membawa
diri. Sudah puas aku mencari tapi Harriz
tidak juga aku temui. Aku sudah bernekad
bahawa aku mesti mencari Harriz.

Aku ingin mengikat semula tali
perhubungan kami yang terputus. Aku
telah bersumpah bahawa tiada lelaki lain
selain Harriz yang boleh menjadi
suamiku. Aku ingin bina semula istana
cinta kami yang telah aku runtuhkan
dahulu disebabkan kebodohan aku.

Tapi, di mana aku nak mencari Harriz?
Sudah merata tempat aku pergi. Telah
pelbagai cara aku lakukan namun gagal.
Adakah sengaja Harriz tidak mahu
berjumpa dengan aku? Terlalu besarkah
dosa aku padanya?

Ibu dan ayah sudah tahu mengenai
perceraian aku dan Hariz. Mereka
benar-benar terkejut dengan tindakan
kami pada mulanya. Ayah marahkan aku,
begitu juga ibu. Aku tahu aku yang
bersalah. Namun marah mereka tidak lama
kerana mereka tahu takdir sudah tertulis
bahawa aku dan Harriz tidak boleh kekal
bersama cuma mereka kesal dengan sikap
dan perangai aku yang tidak pernah
berubah. Aku terlalu degil dan sukar
untuk dibentuk. Tapi itu dulu, sebelum
kehadiran Harriz. Sekarang, aku bukan
seperti aku yang dulu.

Harriz telah mengubah pendirian aku.
Dialah punca segala-galanya. Dia jugalah
yang telah membuka pintu hati ini untuk
mengenal apa itu erti cinta, kasih,
sayang dan rindu.

Aku terlalu rindukan kehadiran Harriz di
sisi. Cinta, kasih dan sayang pada
Harriz semakin hari semakin bertambah.
Nama Izham terus hilang dari ingatan
aku. Dia bukanlah lelaki yang boleh
dipercayai. Segala kegiatan jahatnya
terbongkar apabila satu hari aku terbaca
diari Harriz yang tertinggal di rumahku
selepas Harriz menghilangkan diri pada
pagi yang keramat itu.

Setiap detik dan hari sudah pasti ada
kisah aku dan Izham di London tertulis
di dalam diarinya. Dari situlah aku
tahu, Izham bukanlah seorang lelaki yang
jujur. Dia banyak memainkan perasaan
wanita seperti aku. Sampai sekarang
Harriz tidak tahu bahawa aku telah
membaca diarinya.

Segala isi hatinya dan perasaannya pada
aku ditulis dalam diari itu. Barulah aku
tahu memang Harriz lebih mengenali aku
daripada aku mengenali diriku sendiri.
Dia begitu hebat di hati aku kini.
Harriz…..Di mana kau sekarang…

Suatu hari, aku dapat berita yang
rasanya boleh meluruhkan jantung aku di
saat itu jua. Berita tentang orang yang
sangat-sangat aku ingin jumpa. Akhirnya
dapat juga aku mendengar berita tentang
Harriz tetapi malang kerana ketika itu
aku berada di luar negara menguruskan
perniagaan ayah yang ada masalah.

Aku menggantikan kerja-kerja Harriz
kerana Harriz bukan sahaja berpisah
dengan aku malah jawatannya sebagai CEO
di syarikat ayah juga turut dilepaskan.
Ibu yang menelefon aku ketika itu
mengkhabarkan berita tidak baik tentang
Harriz. Harriz kini berada di wad jagaan
rapi (ICU). Harriz sakit kuat sekarang.
Begitulah kata-kata terakhir yang sempat
aku dengar dari ibu kerana perbualan
kami terputus disebabkan cuaca buruk di
New Zealand yang ketika itu mengalami
musim sejuk.

Aku tidak dapat menghubungi ibu untuk
mengetahui berita selanjutnya tentang
Harriz. Aku menangis semahu-mahunya. Aku
ingin pulang segera tapi semua
penerbangan dibatalkan untuk beberapa
hari kerana cuaca buruk. Aku takut andai
aku akan kehilangan Harriz dan aku tak
sanggup untuk mendengar berita
kehilangan Harriz sekali lagi. Harriz…Ya
Tuhan, selamatkan Harriz.

Andai ada jodohku bersama Harriz,
pertemukanlah kami di bawah limpahan
rahmat kurniamu… Aku tidak dapat tidur
lena selepas mendengar berita Harriz.
Setiap waktu yang berlalu aku
terkenangkan Harriz. Bagaimana keadaan
Harriz sekarang? Jariku tidak putus asa
ligat mendail nombor telefon ibu, namun
tidak berjaya. Setiap saat degup jantung
ini dapat aku rasakan semakin laju.

Semuanya kerana mengenangkan keadaan
Harriz. Mungkin sekarang Harriz amat
memerlukan aku berada di sisinya tapi
aku tak boleh Harriz. Kita terpisah
dengan benua dan lautan. Aku jauh darimu
tapi hati ini terlalu dekat padamu.
Andai kau dapat mendengar suara hati
ini, ingin aku katakan bahawa di saat
ini aku sentiasa mendoakan agar dirimu
selamat dan dijauhkan dari segala
kesulitan hidup.

Akhirnya malam keramat itu telah merubah
takdir hidupku sekali lagi. Tidak dapat
aku lupakan, bagaimana sayunya suara ibu
menyampaikan berita yang paling takut
untuk aku dengar. Mungkin ini adalah
balasan Tuhan di atas keangkuhan aku
memainkan undang-undang ciptaan Tuhan
selama ini.

Harriz…Nama itu kini hanya tinggal
bayangan masa silam. Dia benar-benar
telah meninggalkan aku bersama
kenangannya. Harriz tidak lagi akan aku
temui sampai bila-bila…

"Maafkan ibu, Ain. Ibu tak dapat hubungi
Ain dua hari yang lalu. Harriz sudah
tiada lagi di dunia ini. Dia dah
tinggalkan kita semua buat
selama-lamanya. Maafkan ibu, ibu lambat
beritahu Ain. Kanser hatinya dah semakin
merebak dalam tubuh Harriz. Dia terlalu
rindukan Ain tapi dia tak mampu untuk
bertahan lama. Ibu benar-benar minta
maaf Ain….."

Kata-kata ibu tidak berupaya lagi untuk
aku dengar. Aku terasa berada di
awangan. Semuanya bagaikan halilintar
yang membelah bumi. Aku terduduk.

Air mata mengalir tanpa henti. Aku
menangis dan terus menangis tanpa henti.
Tidak sempat untuk aku sujud di kakinya,
memohon ampun dan maaf. Dosa aku terlalu
banyak pada Harriz.

"Maafkan Ain, Harriz. Ain bersalah pada
Harriz dan Ain tidak sempat untuk sujud
di kaki Harriz. Maafkan Ain, maafkan
Ain…" Aku menjerit sekuat hati tapi
siapalah yang mampu untuk menenangkan
aku di saat itu. Aku keseorangan. Ibu
dan ayah tiada di sisi. Hanya semangat
Harriz yang wujud dalam diri ini tapi
kini Harriz meninggalkan aku secara
tiba-tiba.

Aku hilang arah tuju. Dunia dapat aku
rasakan gelap. Harriz tidak pernah
menceritakan pada aku tentang
penyakitnya. Patutlah kata-kata Harriz
malam itu aku rasakan lain. Dia
benar-benar maksudkannya. Kalaulah aku
tahu begini jadinya tidak akan aku
bertindak bodoh untuk berpisah dengan
orang yang ikhlas mencintai aku. Akan
aku jaga Hariz sehingga dia mengucapkan
lafaz kematian di hadapan mata aku
sendiri. Tapi, itu semua telah terlambat
untuk dijadikan realiti dalam hidup aku.
Hariz meninggalkan aku di saat-saat
cinta ini telah berputik.

Kepulangan aku ke bumi Malaysia tidak
membawa apa-apa makna pada aku kerana
orang yang ingin sangat aku jumpa selama
ini sudah pergi. Hanya pusara yang
tinggal untuk aku lawati. Setitis demi
setitis air mata ini jatuh mengalir
tatkala aku sampai di pusara Harriz. Aku
dapat merasakan Harriz seakan berada di
sebelah aku melihat aku mengalirkan air
mata kerana meratapi kematiannya.

Harriz, jika dapat kau dengar luahan
hati ini, ingin sekali aku bermohon
ampun dan maaf padamu yang tidak pernah
sempat terucap di bibir ini biarpun
ketika kita bersama. Baru kini aku dapat
menilai erti cintamu yang mendalam
terhadap diri ini. Aku terlalu angkuh
dan keegoan ini telah memakan diri aku
sendiri.

Sepucuk surat yang terakhir kau tujukan
untukku baru kini dapatku baca. Meruntun
hati ini tatkala aku membaca bait-bait
puisi yang engkau karangi hanya
semata-mata untukku. Aku tahu aku
benar-benar bersalah !!!..

Ikhlasnya cintamu itu tidak setanding
dengan apa yang ada di dalam hati ini
untuk aku beri. Rendahnya martabat diri
ini jika kita dapat bersama. Selafaz doa
aku bacakan untukmu, begitu jua jutaan
kemaafan aku pohon padamu Harriz…

Sajak yang ditujukan khas buat diri ini
tidak puas aku membacanya. Sekali lagi
aku menatap agar ia dapat menenangkan
aku kerana tidak dapat melihat di
saat-saat pemergianmu yang tidak
dirancang tapi telah ditentukan Tuhan.

Sesungguhnya… syurga seorang suami
adalah ketika bersama isterinya dalam
susah dan senang…

Permata hati buat isteri yang disayangi

Nurul Ain Bt Hamdi…

Dunia saya sewaktu bersama awak
dirasakan amat luas…. Awak adalah
anugerah Tuhan yang tak ternilai buat
saya… Biarpun cinta ini tidak pernah
wujud dalam diri awak… Namun, harapan
itu tetap ada dalam impian saya Saya
sayang awak lebih dari segalanya Saya
mencintai awak dengan setulus hati
Tatkala lafaz nikah terucap di bibir ini
Memiliki awak adalah amanat yang harus
saya jaga sebagaimana Tuhan menciptakan
Adam untuk Hawa… Namun, pemergian saya
tak dirancang… Bila-bila masa sahaja
nyawa ini akan menghentikan nafasnya.
Biarpun saya tiada di sisi awak lagi
Saya harap awak tidak pernah lupa akan
diri ini yang sentiasa mencintai awak…

-HARRIZ BIN HASHIM

Fikrah islamiah(ciri2 wanita yg paling baik)

Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki. Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:

Wanita :-Semoga aku mampu melakukan yg terbaik untuk suamiku kelak....pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul adalah suamiku...-afiqah-

1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berihat selepas solat isya’
5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

Lelaki :-

1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
2. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
3. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
4. Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga.
5. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
6. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
7. Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat dan sikap sebaik-baik wanita atau isteri. Sabda Rasulullah s.a.w:


وَخَيرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ وَتَطِيعُكَ إِذَا أَمَرْتَ وَتَحْفَظُ غَيْبَكَ فِى نَفْسِهَا وَمَالِكَ


Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim ini bermaksud: “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.

Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa.

Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan. Perhatikan contoh berikut:

Isteri :-

1. Isteri menyembut kepulang suami dengan pelbagai soalan perangkap
2. Isteri sebuk di dapur untuk membuat makan malam
3. Isteri asyik menonton tv
4. Isteri tidur di hadapan tv
5. Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami
6. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.

Kearah Pembentukan Keluarga Bahagia

Suami :-

1. Suami yang hendak masuk rumah berkira-kira untuk keluar rumah, masalah menjadi bertambah berat
2. Suami yang dahaga ke dapat mengambil sendiri air minuman
3. Suami juga menonton tv
4. Suami menunggu dilayan isteri di atas katil
5. Suami pergi kerja dalam keadaan tidak ceria dan terbuku pelbagai persoalan yang belum terjawab
6. Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.

Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kea rah yang tepat.

Thursday, July 22, 2010

Renungkanlah sedalam-dalamnya-Jodoh

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Saturday, July 10, 2010

Saya Rela Jadi Isteri Kedua Awak

Saya Rela Jadi Isteri Kedua Awak..

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

Thursday, June 24, 2010

Kosmetik dan kanser

** Informasi ni boleh dibaca dari Buku Panduan yang dikeluarkan oleh CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) CAp telah memeriksa beberapa jenama kosmetik dan barangan keperluan harian dan di dapati kebanyakan bahan yang terkandung dalam produk tu adalah PENYUMBANG kepada KANSER. so..berhati2 semasa memilih

TAHUKAH ANDA DALAM KOSMETIK TERDAPAT LEBIH KURANG 50 BAHAN PENYEBAB KANSER?

Berdasarkan ujian dan pemeriksaan oleh CAP ( Persatuan Pengguna Pulau Pinang) kira-kira 50 bahan kimia penyebab kanser terkandung dalam 120 alatan kosmetik dan produk kegunaan harian!

Pembayang mata - 22 b.p.k (bahan penyebab kanser)
gincu bibir & pembersih muka - 21 b.p.k
syampu & pewarna rambut - 20 b.p.k
losen/krim muka - 17 b.p.k
mandian bayi - 16 b.p.k
balm & pengilat bibir - 14 b.p.k
bedak asas & topeng muka - 12 b.p.k
krim pencukur & penanggal mekap - 11 b.p.k
pendandan - 10 b.p.k
minyak wangi/cologne - 9 b.p.k
buih mandian/krim mandian, scrub muka., ubat gigi & gel/mousse rambut - 8 b.p.k
deodoran/roll on & losyen badan - 7 b.p.k
losyen bayi & pengilat kuku - 6 b.p.k
bedak, sabun & selepas cukuran - 4 b.p.k
penyegar, pensel kening & celak mata - 3 b.p.k
maskara & pelindung penahan matahari - 2 b.p.k
ubat kumur - 1 b.p.k

Bahan kimia penyebab kanser yang disahkan
Phenylenediamines (Arang Batu)
Sakarin- sebatian sintetik yang diperolehi daripada arang batu dan pemanis tiruan yang sudah terbukti boleh menyebabkan kanser hempedu dalam ujikaji keatas haiwan dan produk ubat gigi.
Minyak Mineral
Pretolatum
FD&C Blue No. 1
FD&C Yellow No. 5
FD&C Yellow No. 6
D&C Red No. 33
Haruman8 (mungkin mengandungi derivatif benzena)
Talkum (mungkin dicemari asbestos)
Sodium Lauryl Sulfate (SLS)
Sodium Laureth Sulfate (SLES)

Bahan sama mungkin nama berbeza :-
Formaldehid - Quaternium-15, DMDM hydntoin, MDM hydantoin, Methanal
Urea - Imadazolidinayl urea (Germal 11), Diazolidinyl urea (Germal 115)
BNPD- 2-bromo-2-nitropropane-1, 3-diol (atau Bronopol)
Titanum dioksida
DEA - Diethanolamine
TEA-triethanolamine
SLS
Pedimate
Kathon GC
BHA
Fluorida-Sodium monofluorophosphate, Sodium fluoride

PRODUK YG DISAHKAN - # SIMBOL DISAHKAN
1. Hazeline White & Natural Lightening Lotion # Minyak Mineral
2. Oil of Olay Moisturizing Cream - #Minyak mineral, petrolatum, D&C Red No. 33, Ramuan "PEG", Imidazolidinyl urea, Titanum dioksida
2. Johnson's Baby Lotion - # Haruman
3. Johnson's Baby Lotion, Ultra Care For Extra Dry Skin - #D&C Red No. 33,
4. Haruman, Ramuan "-eth-"
5. Baby Magic baby Lotion, Aloe -# Minyak mineral, #haruman, #Ramuan "PEG", # Lanolin & sebatian lanolin
6. Johnson's Clean & ClearSkin balancing Moisturizing Medicated Oil Free Lotion - # Kathon GC
7. St. Ives Extra Nourishing Vitamin E Skin Therapy Lotion With Antioxidant Vitamin A - #Minyak Mineral, FD&C Yellow No 5., #Haruman
8. Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream - #Haruman
9. St Ives Vitamin E Enriched Facial Cream - #Minyak Mineral, # FD&C Yellow No. 5, #Haruman, #Ramuan "PEG", #Quaternium-15
10. Loreal Plenitude Facial Firming Serum With Liposomes - #Haruman, #RAmuan "PEG", #Ramuan "-oxynol-, #Imidazolidinyl urea
11. Estee Lauder Skin Perfecting Cream Friming Nourisher - #Minyak mineral, haruman, 2-bromo-2-nitro-, ramuan PEG, ramuan -eth-
12. Prevense Enriche Night Cream With Natural Plant Extract - Minyak mineral, FD&C Yellow No. 5, haruman, urea & diazolidinyl urea
13. Dove Cream Bar - #Haruman, Titanium dioksida
14. Enchanteur perfumed Soap - #Haruman, Titanium dioksida
15. Johnson's Kids Moisturizing Body Wash - #Haruman, Cocamide DEA,
16. palmolive Shower Cream (Deep Cleansing with Pansy for Oily Skin) - #PD&C Blue No. 1, haruman, Ramuan "PEG"
17. Jphnson P.H 5.5 - #Haruman, Cocamide DEA, Ramuan "PEG", Sodium Laureth Sulfate
18. Men's Biore Deep Cleansing Wash - #Haruman, Cocamide DEA
19. Avon Clearskin Cleansing Scrub Antibacterial - #Haruman, Ramuan "PEG", Ramuan "eth, Polyenthlene
20. Biore Facial Wash - #Haruman, Cocamide Dea
21. Avon Cleansing Foam - Haruman, Ramuan "PEG"
22. Eversoft Daily Facial Cleanser - #HAruman, Lauramide DEA, Ramuan PEG
23.Freeman Apricot and Sea Kelp Facial Scrub - (Banyak malas nak tulis)
23. Hazelini Softening Facial n Foam - Banyak jugak
24. St Ives Cucumber & Elastin Stress Gel for Eye & Face - (8 kandungan bahan)
25. Alpha Pro Daily Facial Cleanser, Normal to Dry Skin (Creative Network International- CNI)
26. Ponds Cold Cream- #Minyak mineral, haruman
27. St Ives Facial Cleanser and Makeup Remover - 7 bahan
28. Loreal Plenitude Gentle Cleansing Milk - #MInyak mineral, haruman, ramuan PEG, urea, sebatial lanolin
29. Avon Moisture Effective Eye Makeup Remover Lotion - 5 bahan
30. Christine Dios Eyebrow Pencil with brush and sharpener (Gris Grey)- 3 bahan
31.Avon Luxury eye lining pencil, black kohl - 3 bahan
32. Avon luxury eye lining pencil, cinnamon kohl - 2 bahan
33. Avon coordinates eye lining pencil (black) - #talkum
34. Maybelline Great Line Waterproff Eye Liner (Onyx) - #Minyak mineral, mungkin mengandungi titanum dioksida
35. Loreal Lash Out Mascara - #TEA, urea , mungkin mengandungi titanium dioksida
36. Wella color koleston - 6 bahan
37. Brylcream - 5 bahan
38. Clairol Nice'n Easy permanent shampoo-In haircolor with healthy shine conditioner - 4 bahan
39. N'Hance Shampoo - 7 bahan
40. Feathe shampoo x-tra mildr - 9 bahan
41. pantene pro-V daily treatment shampoo - #Haruman, Methylisothiazolinone
42. Wella Sunnydrop Mild Shampoo - 5 bahan
43 St Ives Extra Body Keratin With Balsam Conditioner - 5 bahan
44. Clairol Herbal Essences Contitionr - 3 bahan
45. Organic hair n Root Noursihing Conditioner - 4 bahan
46. Avon Total Cover Foundatin (Fawn)- 6 bahan
47. Loreal Hydra Perfecte Protection Hydrating Makeup (Sand Beige) - 4 bahan
48. Avon Oil Control Powder - 2 bahan
49. Shiseido Sun Block Compact (with SPF32 SB5 suncreen) - #Titanium dioksida

Bahan kimia berisiko kanser dalam gincu dan pengilat bibir - # Disahkan bahan kimia penyebab kanser
1. Revlon Colorstay Lipcolor, Russet - #PVP (Polyvinylprrolidone, BHA (Butylated hydroxyanisole
2. Estee Lauder True Lipstick, Icy Brown - #Polietinela, Titanium Dioksida
3. Chanel Rouge A Levres Hydrabase Cream Lipstic, 03 or Rouge - #Minyak Mineral, Haruman, Lanolin
4. Cover Girl Continuous Color Self-Renewing Lipstick, Berry Brown - #Minyak Mineral
5. Loreal LIp Color - #Haruman, Polietilena, Lanolin, BHA
6. Avon Moisture Therapy Lip Treatment - #Minyak mineral, Petrolatum, Butylated hydroxyanisole (BHA), Benzophenone-3
7. Amway Artistry Lip Color, SPF15 - #Lanolin, Oxybenzone
8. Banana Boat Aloe Vera Lip Sunblock - #Padimate-O (octyl dimenthyl PABA)



Deodoran, Pengilat kuku bertoksik
1. Avon Feelin` Fresh Wide Oval Solid Antiperspirant Deodorant- #Haruman, Ramuan 'eth'
2. Avon Cool Confidence Roll-On Antiperspirant deodorant- #Haruman, ramuan eth
3. Aarid Extra Dry Anti-perspirant Deodorant for Men (sensitive)-#haruman, ramuan eth
4. Simple Anti-perspirant roll-on - #2-bromo-2 nitropropane-1-3-diol (BNPD atau Bronopol), Alkohol ternyahasli
5. Orly Nail Defence (nail dortifier) - #Formaldehid, Titanium dioksida, alkohol ternyahasli

Racun dalam minyak wangi
1. Avon charisma purse concentre - #Haruman, ramuan eth, BHA
2. Avon rare gold eu de perfum mini mist - #FD&C Yellow No.5, haruman, Benzophenone-3
3. Avon Vanilla soft musk body spritz - FD&C Yellow No. 5, Haruman
4. Treson Eu De perfum (Lancome) - #Haruman
5. Tommy Girl Cologne (Hilfiger) - #Haruman, alkohol ternyahasli
6. Estee Lauder Pleasure Eau De PErfum Spray - #Haruman, alkohol ternyahasli
7. Laura - #Haruman, alkohol ternyahasli

Ancaman kanser dalam krim cukur & pewangi selepas bercukur
1. Avon Wild Country After Shave - #FD&C Blue No.1, haruman, alkohol, Benzophenone-3
2.Brut Tri-Guard formula shave cream, regular - #FD&C Blue No.1, haruman, TEA, ramuan'eth', SLS
3. Tabac Original shaving foam - #Minyak mineral, haruman, TEA, ramuan eth.
4. Cosway's fairway face wash & shave foam for men - #Minyak mineral, haruman, lauramide DEA
5. Tabac Original After shave lotion - #Haruman, ramuan PEG, alkohol ternyahasli
6. Follow me after shave/cologne - #Haruman
7. Gillette for woman satin care moisture rich shave gel, dry skin - #Minyak mineral, FD&C Yellow no.5, haruman, Lauramide DEA, TEA, ramuan PEG, ramuan eth, DMDM hydantoin, menthylisothiazolinone, methylchloroisothiazolinone
8. Gillette after shave lotion, pacific light - #minyak mineral, haruman, ramuan PEG
9. Gillete after shave gel, wild rain - #FD&C yellow no.5, haruman, TEA, polysorbate 80, alkohol ternyahasli
10. Gillette after shave splash, wild rain - #haruman, ramuan PEG, alkohol

Ubat Gigi bertoksik

Tahukah anda banyak ubat gigi yang berada di pasaran mengandungi bahan ramuan yg lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk membunuh semut dan lipas. Namanya? Flouride. Flouride merupakan racun tersembunyi (seperti sinida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

Colgate-Palmolive telah dikehendaki membayar pampasan sebanyak (kira2 RM6000) kepada sebuah keluarga kerana kanak2 keluarga tersebut menderita masalah 'dental fluorosis' (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.
1. AbCdent - #sakarin, sodium lauryl sulphate (SLS), fluorida, titanium dioksida.
2. Carrie Junior Children's Toothpaste, Tuttifrutti flavour-#Sakarin, SLS, fluorida, carageebab
3. Carrefour's protection Bi-Fluor - #Sakarin, fluorida, titanium dioksida
4. Colgate Maximum Cavity Protection, Fresh Mint - #Sakarin, SLS, fluorida, carageenan
5. Colgate Whitening - #Sakarin, ramuan PEG, SLS, fluorida, Titanium dioksida
6. Colgate Junior Mild Sparkling Gel (Wild mint flavour) - #Sakarin, FD&C Blue No. 1, Ramuan PEG, SLS, fluorida, carageenan
7. Darlie Fresh n Brite - #Sakarin, FD&C Blue No.1, SLS, fluorida, carageenan
8. Darlie (+) - #Fluoride - + label tidak mempunyai senarai lengkap bahan ramuan .produk mungkin mengandungi lebih bahan penyebab kanser.
9. Follow Me Toothpaste - #Sakarin, SLS, fluorida, carageenan
10. Formula Gel Junior (+) - Fluorida
11. Hydent Salt Toothpaste - #Sakarin, SLS, fluorida, titanium dioksida
12. KODOMO LION Strawberry flavour (+) - #Fluorida
13. Mentadent P (Oroginal flavour) - #Sakarin, ramuan PEG, SLS, fluorida, titanium dioksida
14. Oral B Mint flavour fluoride toothpaste (+)- #fluorida
15. Raiya Fluoride toothpaste - #Sakarin, SLS, fluorida

- Sakarin - digunakan sebagai bahan perisa. sebatian sintetik yg diperolehi daripada sumber arang batu ini didapati menyebabkan kanser pundi dalam haiwan ujian makmal.
- Fluorida- (juga terkandung dalam pelbagai ubat kumur keluaran Watson's). Banyak kajian mendapati fluorida boleh mengubah sel normal menjadi sel kanser.
- Sodium Lauryl Sulphate (SLS)- bahan kimia ini diketahui bersifat kikisan yg membahayakan kulit dan sejenis mutagen (iaitu mampu mengubah DNA)
- FD&C Blue No. 1 - pewarna tiruan yg diketahui merupakan bahan penyebab kanser.

Ubat Kumur bertoksik
1. Clovrinz No alcohol mouthwash - #SLS
2. Oral B without alcohol mouth rinse - #Fluorida
3. Listerine antiseptic mouthwash, cool mint - #sakarin, alkohol
4. Listerin antiseptic mouthwash, original - Alkohol
5. Colgate total plax mouthwash, fresh mint - #Sakarin, FD&C Blue No. 1,SLS, alkohol
6. Ultrafresh mouthwash - #Sakarin, alkohol
7. Lander mouthwash and gargle - #alkohol
8. Colgate total plax anti bacterial mouthwinse, classic - #Sakarin, SLS, alkohol
9. Colgate Total Plax mouthwash, peppermint - #Sakarin, FD&C Blue No. 1, SLS, alkohol
10. Cosway Xylin refreshing mouthwash with Xylitol - #FD&C Blue No. 1, SLS, fluoride, alkohol
11. Cosmos healthcare antibacterial mouthwash - #Alkohol

Sunday, May 23, 2010

Peringatan kepada kaum Hawa

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....
 
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah
menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.
 
Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
 
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
 
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
 
Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat
tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
 
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
 
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,
dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk
karena penyakit sopak dan kusta.
 
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu
kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.
 
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
 
*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
 
*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
 
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
 
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
 
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
 
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.
 
*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
 
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Wednesday, May 19, 2010

Istimewanya wanita




ANTARA wanita dengan lelaki memang banyak bezanya, sama ada lahir mahupun batin. Tenaga lahir wanita jauh lemahnya daripada lelaki. Manakala kekuatan nafsu wanita umumnya sembilan kali lebih kuat `power`nya daripada lelaki. Sebaliknya, ketajaman akal wanita umumnya cuma satu jika dibandingkan dengan lelaki yang punya sembilan ketajaman akal.

Hal ini meletakkan wanita di satu kedudu-kan yang jauh jaraknya daripada lelaki. Ertinya kedudukan wanita sebenarnya tidak boleh setaraf dengan lelaki. Gelanggang perjuangan wanita tidak boleh sama dengan gelanggang lelaki.

Tugas wanita juga sepatutnya jauh ber-beza dengan tugas lelaki. Justeru itu dalam pandangan Islam, wanita tarafnya makmum, manakala lelaki adalah imamnya. Haram hukumnya jika wanita menjadi imam kepada lelaki. Dengan kata lain wanita adalah pengikut, manakala lelaki adalah pemimpin atau pemerintahnya.

Firman Allah:
Terjemahannya: Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebohagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah telah tetapkan. (An Nisa`: 34)

Justeru demikianlah fttrahnya, maka sepanjang umur dunia hinggalah ke saat ini wanita secara umum memang tidak kelihatan menonjol sebagai pemimpin masyarakat sama ada dalam urusan politik, ekonomi, keagamaan atau lain-lain lagi.

Sekalipun memang diperjuangkan oleh setengah-setengah orang agar wanita disetarafkan dengan lelaki namun bilangan kaum lelaki yang jadi pemimpin masih jauh lebih ramai dibandingkan dengan kaum wanita.

Ini bererti kuasa memerintah atau memimpin masyarakat serta rumahtangga pada lahirnya kelihatan sentiasa berada dalam tangan lelaki. Wanita seolah-olah tiada peranan atau kecil sekali peranannya dalam pemerintahan dan kepimpinan.

Soalnya, betulkah wanita tiada kuasa atau tidak berperanan dalam kepimpinan atau pemerintahan negara atau dalam rumahtangga? Untuk menjawabnya mari kita tinjau realiti pemerintahan yang sudah dan sedang berlaku dalam masyarakat seluruh dunia, Islam atau bukan Islam.

1. Napoleon Bonaparte, seorang ketua negara dan panglima tentera Perancis yang gagah dan hebat, pernah secara mengejut membatalkan rancangan yang sudah diatur untuk berangkat ke medan perang; bukan kerana sesuatu muslihat perang, tapi kerana didesak oleh isterinya (Josephine), yang waktu itu memerlukannya.

2. Dalam sejarah, terdapat raja-raja di dunia yang membunuh seseorang bukan kerana kemahuannya tapi adalah kerana kemahuan isterinya.

3. Pada zaman jahiliah seorang perempuan mensyaratkan pada lelaki yang mahu mengahwininya agar memenggal kepala seorang lelaki. Apabila kepala itu dibawa kepada-nya baharulah wanita itu dapat dikahwini. Perkara ini telah jadi budaya sesetengah daripada kabilah Arab waktu itu.

4. Dalam masyarakat jahiliah akhir zaman ini, lumrah terjadi pemimpin-pemimpin negara membocorkan rahsia negara kerana desakan wanita yang mahu ditidurinya. Oleh kerana kemahuan terhadap wanita itu sudah begitu mendesak, rahsia negara tidak jadi rahsia lagi. Hal ini boleh menyebabkan jatuh atau lumpuhnya sesebuah negara. Kerana itu pihak musuh selalu mengumpan pemimpin-pemimpin dengan perempuan.

5. Bagi kebanyakan pemimpin negara di dunia hari ini, sebahagian daripada dasar yang mereka gunakan dalam memimpin atau memerintah adalah yang dibuat oleh isteri mereka. Kalau di Barat atau bagi orang yang ikut cara Barat, program tidur pun ditentukan oleh isteri.

6. Terjadinya rasuah, curi, rompak, bunuh dan jenayah-jenayah lain oleh lelaki itu puncanya kadang-kadang daripada perempuan. Lelaki sanggup bersusah payah atau bergaduh kerana perempuan. Berlaku juga, kadang-kadang suami bagaikan orang suruhan. Serba-serbi diatur oleh isteri hingga suami langsung tidak ada suara. Apa saja yang disuruh isteri diikut saja oleh suami. Umpama wayang kulit; isteri jadi dalang yang menggerakkan seluruh kegiatan suami.

7. Setengah-setengah pemimpin negara melantik menteri-menteri di bawahnya atas dasar muka-muka itulah yang ditunjuk oleh isteri. Selalunya pilihan itu dibuat kerana isteri ada keuntungan di sebaliknya.

8. Pernah terjadi desakan seorang isteri pemimpin ke atas suaminya telah menjatuhkan sebuah kerajaan.

Demikianlah besarnya pengaruh wanita dalam kepimpinan atau pemerintahan negara atau rumahtangga. Itulah kuasa wanita. Dan itulah peranannya. Kuasa atau peranan yang tersembunyi tanpa pengiktirafan atau pengesahan oleh mana-mana kuasa dunia.

Bahkan kuasa itu tidak disedari atau tidak dipedulikan sangat oleh manusia, hingga ramai yang menyangka wanita tidak ada kuasa. Lalu mereka sibuk berjuang agar wanita juga diberi hak yang sama dengan lelaki. Sedangkan hak persamaan yang dituntut itu mustahil boleh dicapai memandangkan keadaan semula jadi wanita yang banyak bezanya dengan lelaki.

Namun Allah SWT telah menciptakan wanita dengan suatu daya tersembunyi yang begitu kuat pengaruhnya pada kaum lelaki. Hingga kerana pengaruh inilah lelaki akan bersedia memberikan segala haknya kepada wanita.

Dalam masyarakat yang ramai wanita, biasanya kerajaan demokrasi akan mengikut kehendak dan desakan daripada persatuan wanitanya kerana mengharap undi wanita-wanita tadi. Ertinya suara wanita tadi begitu penting terutama dalam pemerintahan demokrasi.

Dalam rumahtangga, umumnya setiap program ditentukan oleh perempuan. Suami menurut saja walaupun tidak setuju demi menjaga hati atau tidak mahu bergaduh atau tidak sanggup menanggung malu atau hilang harta, sebab semua harta sudah dinamakan atas nama isteri, kerana pandainya isteri memujuk sewaktu memadu cinta. Isteri biasanya merayu-rayu agar hajatnya ditunaikan.

Kalau tidak dapat, dia mengugut-ugut seperti minta cerai. Hal ini membuatkan suami terpaksa mengikut. Tapi sering juga berlaku, suami mengikut semua kata isterinya kerana sayang dan cinta.

Misalnya pada waktu mahu mengadakan kenduri kahwin anak mereka, suami suka kalau kenduri itu sederhana saja. Tapi kerana isteri mahu kenduri besar, suami ikut saja. Begitu juga sewaktu hendak menerima menantu dan menentukan hantaran. Suami ikut saja kehendak isteri.

Pernah terjadi, suami sudah berjanji untuk berceramah dan merasmikan sebuah majlis di satu tempat. Tapi kerana dihalang oleh isteri, maka suami batalkan. Maknanya suami sanggup mungkir janji dan sanggup malu kerana menurutkan kata isteri atau mungkin kerana takut pada isteri. Dalam rumahtangga hari ini, hakikatnya isteri yang catur program hidup harian termasuk program kerja suami. Orang yang tidak tahu menyangka program itu daripada lelaki atau suami.

Firman Allah: Terjemahannya: Di hiasi.dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan pada wanita. (Ali Imran: 14)

Wanita yang disebut dulu oleh Allah. Ertinya Allah SWT telah menetapkan bahawa kecintaan atau tarikan paling utama yang ada di dunia ini ialah pada wanita. Dengan kata lain, cinta paling besar ialah pada wanita.

Wanita paling kuat pengaruhnya pada lelaki, kerana selain daripada cantik dan menarik, ia penting pada lelaki. Wanita juga makhluk yang hidup, bercakap, dan berfikir. Gerakan, kata-kata dan fikirannya boleh menambahkan tarikan dan pengaruhnya pada lelaki.

Apabila lelaki sudah terpengaruh, cinta, sayang, sudah beri hatinya pada wanita, waktu itu wanita boleh buat apa sahaja, boleh kata apa sahaja dan boleh minta apa sahaja manakala lelaki menyerah dan mengikut sahaja, kecuali lelaki beriman. Itulah kuasa wanita. Kuasa tersembunyi yang mampu menguasai pemerintah-pemerintah dunia.

Tidak keterlaluan rasanya kalau dikatakan, dunia hari ini berada dalam tangan wanita. Pengaruh wanita dalam politik, ekonomi, sosial dan lain-lain aspek hidup begitu besar dan penting. Wanita berkuasa mencatur dunia mengikut seleranya.

Oleh kerana lelaki sudah meletakkan wanita begitu istimewa sekali, maka tiada siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menyelamatkan dunia daripada cengkaman nafsu wanita.

Sebenarnya kita bukan bermaksud memperkecilkan wanita. Sekiranya wanita itu ialah wanita solehah yang kekuatan nafsunya sudah dilemahkan daripada sembilan menjadi satu dan kalau ketajaman akalnya dapat ditingkatkan daripada satu kepada sembilan, menyamai apa yang ada pada lelaki (lelaki yang beriman) maka sumbangan wanita akan jadi besar nilainya.

Lihat sejarah Siti Khadijah Ummul Mukminin. Adanya ia di sisi Rasulullah telah memberi satu kekuatan unggul pada perjuangan Islam itu sendiri. Kata-katanya, dorongannya dan perangsangnya mengembalikan semangat Rasulullah serta menjadikan jiwa baginda segar dan kuat sewaktu-waktu baginda diusir, ditekan dan dihina oleh kaumnya.

Kekuatan jiwa Siti Khadijah tiga kali lebih tinggi dari-pada kekuatan jiwa lelaki biasa, kata Rasulullah. Hal itulah yang meletakkan beliau begitu penting bagi perjuangan Islam. Dia boleh tenang pada waktu keadaan kacau. Dia masih boleh memberi nasihat dan dorongan dalam suasana orang lain sudah hilang pertimbangan.

Dia berasa boleh mewakafkan semua kekayaannya demi membela Islam. Dia cukup dengan Allah dan Rasul-Nya. Sekiranya ada wanita sedemikian yang dapat mempengaruhi semua lelaki, maka dunia akan selamat. Kerana kemahuannya itu bukan didorong oleh nafsu, tapi oleh iman dan taqwa.

Tapi hari ini wanita dikuasai oleh nafsu dan syaitan. Wanita solehah hampir tidak ada. Justeru itu tercoraklah dunia menurut nafsu dan syaitan.

Hanya lelaki yang beriman dan bertaqwa yang boleh menyelamatkan keadaan ini. Sebab orang beriman boleh mengawal kecintaan atau pengaruhnya pada wanita. Sebab hati mereka lebih cinta dan takutkan Allah daripada cinta dan takutkan perempuan.

Walau bagaimana bijaknya perempuan itu menggoda, mereka tidak akan tergoda. Mereka lebih dengar kata Allah daripada kata perempuan. Dan mereka boleh mengutamakan perjuangan menegakkan hukum Allah daripada melaksanakan kehendak perempuan.

Rayuan atau ugutan perempuan mampu dihadapi dengan berani dan tegas. Hingga merekalah yang memerintah, bukannya perempuan. Dan mereka (lelaki beriman) yang menghukum dengan kuasa yang ada di tangannya dan bukannya di tangan perempuan.

SEKIAN.

Thursday, May 13, 2010

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga


Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga


Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.

Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

P/S: "Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH"

AURAT DARI PERSPEKTIF FIZIK - Kajian Kes

AURAT DARI PERSPEKTIF FIZIK - Kajian Kes

Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah dari wanita yang berpakaian “liberal” kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam.

Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronism yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar.

Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.

Penyelesaian

Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen dari satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah dari segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.

Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan dari segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.



Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima.

Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar dari badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan. Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan.

Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.

Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:

J = mc x tetha

Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.

Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan”

Dipetik dari blog seorang sahabt