Jom Baca Quran

Saturday, April 24, 2010

Hukum berjanji untuk berkahwin


salam...sy nak bertanya apakah hkumnye kte ikat janji dengan seseorang kmudian kite tdk tunaikan..??? contohnya janji perkahwinan...sdgkan jdoh adalah dtgn tuhan???mohon penjelasan..


Maka jawabnya menunaikan janji adalah wajib. Sesiapa yang tidak menunaikan janji adalah munafik berdasarkan firman Allah yang bermaksud ,
"sempurnakanlah janji-janji kamu"

dan hadis Nabi yang bermaksud
"Diantara tanda-tanda munafik ialah tidak menunaikan janji".

Konsep janji adalah sama tanpa mengambil kira ianya melibatkan hal perkahwinan atau apa-apa sahaja. Oleh itu tepatilah janji dan kotakanlah apa yang di katakan.

Sekiranya sudah tahu jodoh itu ketentuan Allah maka mengapa masih mahu berjanji ?

Untuk penambahan, seseorang yang berjanji untuk melakukan sesuatu yang dilarang pada agama maka janji itu adalah terbatal atau tidak dikira pada syara’. Umpamanya seseorang berjanji pada seorang kawannya untuk mencuri pasu bunga jiran sebelah rumahnya malam ini pada pukul 9 selepas solat maghrib maka janji seperti itu terbatal kerana mencuri adalah dilarang pada agama.

Sebaiknya jangan bermain-main dengan janji kerana ia boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap diri sendiri, mungkin bukan sekarang tapi akan datang mungkin.

Dan untuk penambahan lagi, berkata insyaAllah bukanlah dikira berjanji umpamanya seorang kawan lama kita mengajak kita ke rumahnya untuk makan malam dan dia pun menjawab insyaAllah maka jawabnya ucapan insyaAllah itu tidak dikira berjanji.

Lafaz InsyaAllah bukan dikira sebagai berjanji kerana ia hanya perkataan yang bertujuan mengingatkan kita bahawa kita hanya mampu merancang melakukan sesuatu tetapi Allah swt yang akan menjayakannya.

Janji mestilah dilafazkan dengan jelas seperti apabila ditanya :

"Bila kamu nak bayar hutang saya?"

Jawab :

"Saya akan bayar esok InsyaAllah."

Jadi sebaiknya tidak perlu berjanji selepas ini untuk berkahwin, melaksanakan sesuatu kerja atau sebagainya, cukuplah dengan berkata insyaAllah melainkan perkara2 yang tidak boleh dielakkan. Tapi selepas ini janganlah pula kita mempermainkan perkataan insyaAllah itu pula.

Apabila kita menjawab insyaAllah maka lakukanlah kerja tersebut seolah-olah kita berjanji dengan mereka. Umpamanya seseorang mengajak kita ke rumahnya untuk makan maka kita tidak berjanji tapi kita menjawab insyaAllah. Jadi kita mestilah berusaha untuk pergi ke rumahnya itu seolah-olah kita berjanji dengan kawan kita itu, inilah yang terbaik.

Wallahu'alam.

Friday, April 23, 2010

Hukum-hukum yang mungkin tidak kite ketahui dengan jelas

(1) Adakah wajib kita ingat nama ayah Nabi kita Rasulullah S.A.W..?

Maka jawabnya wajib ke atas kita umat Islam untuk kenal nama ayah nabi kita, kalau kita tidal kenal nama ayah nabi kita maka berdosa. Ini telah dinyatakan dalam sebuah kitab, “dan bahawa (maksud “ dan bahawa” ini ialah “dan wajiblah”) ke atas kita, yakin dan beriman bahawa Muhammad anak Abdullah anak Abdul Mutalib anak Hasyim, hamba Allah Ta’ala dan Nabinya dan Rasul-Nya yang pilihan dan adalah ia (Rasulullah) kesudahan sekalian Nabi dan sekalian Rasul maka tiada Rasul dan Nabi yang baru dijadikan kemudian daripadanya”.

Maka dari penjelasan kitab ini, fardu ‘ain ke atas kita kenal nama ayah Nabi kita, jika kita tidak kenal maka berdosa. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim Bin Abdul Manaf. Hanya dari Muhammad hinggalah bin Abdul Manaf dan inilah wajib, fardu ‘ain ke atas kita untuk diingat dan dihafal sebagai umat Islam.

Harap diteliti atau dirujuk semula nama ayah Nabi kita ini dalam bahasa arab, risau sebutannya salah, kerana nama arab apabila ditukar dalam bahasa rumi mungkin ada yang salah ejaan sebutannya.
Nama Nabi panjang lagi tapi fardu ‘ain diingat seperti di atas.

Jelas tidak wajib atas kita untuk ingat nama-nama penyanyi, nama-nama pelakon bawang putih bawang merah atau seumpamanya.

(2)HUKUM MENYAMBUT HARI JADI

Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.

Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. .
Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.

Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.

Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?

(3)HUKUM MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN DAN TAHUN BARU

Maka jawabnya dibolehkan menyambut ulangtahun perkahwinan dan tahun baru asalkan dijaga adab2 yang dilandaskan syara’.

Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.Umpamanya yahudi apabila berlaku kematian maka semua berpakaian hitam tetapi kita melayu pun ikut sama, apabila berlaku kematian contohnya kematian raja dan sebagainya, disuruh rakyat memakai songkok yang diikat dengan kain di bahagian tepi songkok itu dan memakai baju hitam, ini semua pengaruh dari orang2 yahudi. Semua berpakaian seperti ini tiada dalam Islam. Jika kita ikut juga maka termasuklah kita dalam agama mereka. Begitu juga dalam majlis perkahwinan, dalam agama kristian, mereka yang berkahwin akan dilangsungkan dengan bunyi2 alunan muzik dan pengantin cium antara satu sama lain, cuba lihat keadaan majlis perkahwinan melayu sekarang, ada juga alunan muzik, dan sekarang pula sudah sampai mencium dahi, tidak mustahil suatu hari cium mulut pula, ini semua kita dapat lihat disebabkan kejahilan kita, kita ikut agama mereka perlahan demi perlahan.

Sambutan tahun baru dengan berpesta atau seumpamanya sepertimana yang berlaku di akhir zaman ini adalah jelas haram. Jika disambut dengan bacaan yaasin atau majlis2 kesyukuran di masjid2 ata

(4) Hukum melakonkan aksi solat dalam drama

Maka jawabnya jumhur ulama’ mengatakan haram melainkan untuk mengajar orang contohnya seorang ayah yang menunjukkan cara solat yang betul kepada anaknya.

(5) Hukum menyambut hari ibu

Maka jawabnya HARI IBU di fatwakan oleh ulama’-ulama’ di sebelah Timur Tengah adalah haram kerana hari ibu ini asalnya adalah hari “The Mother of God” dalam upacara kalendar orang kristian, The Mother of God yang bermaksud hari ibu Tuhan, orang kristian mengangap maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s ini adalah ibu Tuhan.

Dalam Islam menyuruh umatnya mengenang jasa ibu ini setiap masa dan waktu sepanjang tahun bukan setakat satu hari sahaja.

Begitulah juga dengan HARI BAPA, semua ini tiada dalam Islam, disebabkan kita ni jahil sangat, orang sambut kita sambut, sedangkan kita tidak tahu apakah itu dari Islam atau tidak.

(6) Hukum menyambut valentine

Hari Valentine bermaksud hari berkasih sayang juga adalah haram. Walaupun sudah tahu hukumnya haram tapi masih ramai saudara-saudara kita yang menyambutnya kerana kejahilan mereka sendiri. Cubalah teliti semula asal usul hari valentine ini.

(7) Hukum upacara membawa obor

Maka jawabnya ulama’ –ulama’ fatwa membawa obor adalah daripada adat agama majusi maka membawa obor adalah haram. Membawa obor seperti dalam sukan Sea atau olimpik atau larian obor adalah daripada upacara dalam agama majusi. Ketika itu larian obor ini dilakukan dalam upacara-upacara yang besar seperti berkahwin, bersukan atau sebagainya dengan membawa obor mengelingi kampung atau negeri. Direka ketika zaman olimpik yang pertama di Olimpia di Greek kuno, Greek kuno ini adalah agama majusi iaitu menyembah Tuhan api. Selepas itu ditiru pula oleh sukan-sukan yang lain termasuklah sukan-sukan di negara Malaysia iaitu negara yang dikatakan negara Islam…?.

***Perkara2 yang pelik ini semuanya datang dari yahudi untuk menyesatkan umat Nabi akhir zaman ini, sebaiknya belajarlah agama, banyak sangat yang kita tak tahu sehingga kita tidak sedar disebabkan kejahilan, kita melakukan dosa dalam sedar atau separa sedar. Tidak tahu apa yang dibuat itu betul atau tidak kerana jahilnya dalam ilmu agama, Allah berfirman yang bermaksud(kalau tidak salah) “ Adakah sama dengan orang yang mendengar ilmu agama dengan orang yang tidak mendengar ilmu agama”

(8) Air Ribena itu kalau tidak salah ana di dalamnya mengandungi alkohol, mungkin kandungannya itu sedikit tetapi alkohol tetap alkohol. Mohon disebarkan pada yang lain supaya tidak minum air Ribena.

(9) CoCa Cola diantara jenama yang kita patut boikot, jelas2 syaraikat ini menjadikan hasil duitnya itu untuk membeli senjata untuk membunuh saudara2 kita.Mohon disebarkan pada semua untuk boikot.

(10) Boikot digi dan maxis

(11) sayraikat2 judi atau syarikat lucah atau sayarikat2 yang dilarang pada syara' umpamanya playboy, crberg, dan sebgainya lambang2 mereka semuanya haram kita paparkan, di mana2 sahaja, facebook, di baju atau sebagainya. Seingat ana , kereta alfa romeo, lambang kereta itu mengandungi lambang salib, siapa yang ada kereta ini mohon dicabut atau ditutup dengan lambang lain.

Mengapa Perlu Berkahwin???


1. Aku tidak mahu berkahwin!, Aku bosan dengan orang lelaki yang berhidung belang! Lelaki sekarang hanya mahu kepuasan nafsu sahaja tapi tidak reti untuk membimbing! Nak jadi imam pun tak tahu.. Solat jauh sekali!!

2. Buat ape aku perlu berkahwin? aku dah ada kerjaya sendiri. Hidup aku lebih aman damai, tak perlu ribut tentang anak-anak. Aku enjoy dengan kehidupan sekarang nih.

3. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia, nanti banyak sangat komitmen..

4. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?.. Berkahwin bukan untuk bercerai..









*************


Mungkin kita pernah mendengar pernyataan di atas yang berbentuk luahan hati dan perasaan dari sahabat kita atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup akibat dari latarbelakang keluarga yang tidak harmoni. Bahkan juga dari mereka yang takut dan risau memberikan komitmen dalam perkahwinan.

Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang bekerjaya profesional, hidup mewah tidak mahu berkahwin. Terutamanya apabila yang sudah mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki/perempuan..


Mengapa Perlu Berkahwin ?

Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami).

Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh ALlah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Dari Abi Samrah r.a menyatakan :

Nabi melarang daripada hidup membujang.
(Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan).

Saad bin Abi Waqqas r.a berkata :
"RasuluLLah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un untuk hidup membujang. Kalaulah RasuluLlah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri.
(Riwayat Muslim dlam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).

Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai ALLah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.

Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.


Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang soleh dan berkualiti

Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti :
"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.
(Riwayat Abu Daud dalam sunannya : KItab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)

Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.


Jiwa tenang dengan jalan pernikahan

Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman. Firman ALLah ta'ala yang bererti :

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".
(Ar Rum :21)

Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.


Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan membina prinsip kerjasama.

Sebelum perkahwinan - kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.

Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.

Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.

Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.

"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui".
(An Nur : 32)

Thursday, April 22, 2010

Ummul Mukminin Siti Khadijah berkenan dan jatuh hati pada Muhammad bin Abdullah, Siti Khadijah perempuan bangsawan yang kaya, Muhammad anak yatim piatu tanpa harta, mereka tidak sekufu, namun boleh bahagia. Siti Khadijah menyatakan hasrat, dan disampaikan melalui orang tengah, barulah Muhammad bin Abdullah melamar . Walau pun miskin, Siti Khadijah kaya,yakin lamaran diterima, maka perkahwinan berlangsung tanpa curiga dan halangan. Kenapa perempuan hari ini tidak mahu mengikuti contoh ini?


Wahai pemuda,muslimin di halaqah ini, jika kamu dilamar, adakah kamu bersedia untuk mempertimbangkan?


KIta ikut suri teladan ummul Mukminin Siti Khadijah, telah berusia 40 tahun melamar jejaka berusia 25 tahun kerana akhlak dan budi bahasa, bukan harta dan level pendidikan kerana ketika perkahwinan berlangsung, Muhammad belum dilantik sebagai rasul,seorang ummi(buta huruf), miskin , yatim piatu, dan usia masih muda. Mahukan muslimah ku mengikuti jejak ini?

Wednesday, April 21, 2010

Pesanan nabi sebelum tido.... Seminit je

Assalamualaikum... Untuk manfa'at bersama teman2........

SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Subhanalloohi Walh amd ulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan ^_^

Lembaran hidup wanita solehah

.Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan..

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan Siti Sarah

Tabah jiwaku
Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah
Ingin sekali ku jadi seperti mereka..yang tabah hatinya

Wanita dambaan Lelaki soleh


“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia, si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”


Seorang wanita Muslimah adalah seorang wanita yang benar (dalam aqidah), sederhana, sabar, setia, menjaga kehormatannya tatkala suami tidak ada di rumah, mempertahankan keutuhan (rumah tangga) dalam waktu susah dan senang serta mengajak untuk sentiasa dalam pujian Allah Swt.


Secara umumnya wanita seringkali dikaitkan sebagai perhiasan dunia yang menjadi penyejuk hati dan mata. Ianya menjadi dambaan setiap wanita walaupun dalam keadaan yang sempurna atau pun tidak.Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan.


Namun, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat?


Malah, seringkali kita lihat wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau terpapar didada akhbar.Mengapa harus begini bukankah wanita sentiasa menjadi pujaan setiap insan bernama lelaki sehingga kita tidak sedar bahawa bidadari syurga cemburu terhadap wanita.


Kita tertanya-tanya apakah sebabnya.... namun garis pemisahnya hanya kerana sekeping hati. Ya benar ...hanya kerana sekeping hati.


Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung.Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:
" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."


Dan ketahuilah sahabat , bidadari mencemburui kesolehan wanita-wanita yang solehah dan sehingga sanggup menjadi khadam di akhirat nanti. Tidakkah kita bersyukur menjadi wanita ? Wanita solehah yang menjadi dambaan setiap wanita-wanita didunia ini.


Namun sahabat, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk digunakan oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.


Sahabat, hal ini diibaratkan bunga plastik dan bunga sebenar. Berbanding bunga sebenar, bunga plastik pabila disembur dengan pewangi lebih harum dari bunga sebenar namun harumnya tidak kekal lama. Manakala bunga sebenar tetap harum walaupun diletak dimana-mana. Tapi bunga plastik kaku dan kita tidak dapat merasai kelembutan disebaliknya.


Apabila wanita yang hatinya jauh dari Tuhan jangan terkejut kerana mereka masih mampu menjadi perhiasan dunia. Ya!! perhiasan yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya seperti cetak rompak yg mudah didapati. Natijahnya hati kaum Adam hanyut dengan perhiasan ciplak semata-mata. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!


Manakala Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki perhiasan sebenar bukan cetak rompak ye
ini kerana pastinya hidup akan ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.


Jadi sahabat manakah pilihan saudari? memilih untuk menjadi `bunga sebenar'. Wanita solehah yang membawa ketenangan ataupun memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran.


Dan ketahuilah sahabat-sahbatku,Kita hanya akan layak menjadi `bunga sebenar' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa dan Islam itu sendiri fleksible. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali. Fikir-fikirkanlah sahabatku ..kita sentiasa mempunyai pilihan untuk memilih jalan yg benar InsyaAllah ..