Saturday, April 24, 2010
Hukum berjanji untuk berkahwin
salam...sy nak bertanya apakah hkumnye kte ikat janji dengan seseorang kmudian kite tdk tunaikan..??? contohnya janji perkahwinan...sdgkan jdoh adalah dtgn tuhan???mohon penjelasan..
Maka jawabnya menunaikan janji adalah wajib. Sesiapa yang tidak menunaikan janji adalah munafik berdasarkan firman Allah yang bermaksud ,
"sempurnakanlah janji-janji kamu"
dan hadis Nabi yang bermaksud
"Diantara tanda-tanda munafik ialah tidak menunaikan janji".
Konsep janji adalah sama tanpa mengambil kira ianya melibatkan hal perkahwinan atau apa-apa sahaja. Oleh itu tepatilah janji dan kotakanlah apa yang di katakan.
Sekiranya sudah tahu jodoh itu ketentuan Allah maka mengapa masih mahu berjanji ?
Untuk penambahan, seseorang yang berjanji untuk melakukan sesuatu yang dilarang pada agama maka janji itu adalah terbatal atau tidak dikira pada syara’. Umpamanya seseorang berjanji pada seorang kawannya untuk mencuri pasu bunga jiran sebelah rumahnya malam ini pada pukul 9 selepas solat maghrib maka janji seperti itu terbatal kerana mencuri adalah dilarang pada agama.
Sebaiknya jangan bermain-main dengan janji kerana ia boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap diri sendiri, mungkin bukan sekarang tapi akan datang mungkin.
Dan untuk penambahan lagi, berkata insyaAllah bukanlah dikira berjanji umpamanya seorang kawan lama kita mengajak kita ke rumahnya untuk makan malam dan dia pun menjawab insyaAllah maka jawabnya ucapan insyaAllah itu tidak dikira berjanji.
Lafaz InsyaAllah bukan dikira sebagai berjanji kerana ia hanya perkataan yang bertujuan mengingatkan kita bahawa kita hanya mampu merancang melakukan sesuatu tetapi Allah swt yang akan menjayakannya.
Janji mestilah dilafazkan dengan jelas seperti apabila ditanya :
"Bila kamu nak bayar hutang saya?"
Jawab :
"Saya akan bayar esok InsyaAllah."
Jadi sebaiknya tidak perlu berjanji selepas ini untuk berkahwin, melaksanakan sesuatu kerja atau sebagainya, cukuplah dengan berkata insyaAllah melainkan perkara2 yang tidak boleh dielakkan. Tapi selepas ini janganlah pula kita mempermainkan perkataan insyaAllah itu pula.
Apabila kita menjawab insyaAllah maka lakukanlah kerja tersebut seolah-olah kita berjanji dengan mereka. Umpamanya seseorang mengajak kita ke rumahnya untuk makan maka kita tidak berjanji tapi kita menjawab insyaAllah. Jadi kita mestilah berusaha untuk pergi ke rumahnya itu seolah-olah kita berjanji dengan kawan kita itu, inilah yang terbaik.
Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment