Jom Baca Quran

Sunday, June 28, 2015

Mertua vs menantu

Assalammualaikum,  sahabat2 sekalian. Semoga semuanya sihat hendaknya di bulan ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini. Tajuk ini sesuai dengan apa yang hendak saya ceritakan disini. Ini adalah kisah benar yang tiada rekaan.

Ada seorang muslimah ni ditakdirkan jatuh cinta dengan seorang lelaki yang berlatar belakang kan kekuarga yang sederhana. Ibunya ketua wanita umno cawangan dan ayahnya adalah pegawai bank. Namun setelah lelaki ini menyatakan hasratnya untuk menikah. Ibunya membantah dengan sebenar benar bantahan. Katanya si lelaki belum matang dan mcm2 tohmahan yang dilemparkan kepada anajnya itu.Namun begitu, anknya hanya diam dan membisu serta cuba menghormati ibunya......

Ok kita sambung nantiiiii

Sunday, November 23, 2014

Rindu nak menulis

Sedang baring selepas selesai mathsurat, terasa rindu untuk menulis kembali. Tp nak kena siap2 untuk buat kuih untukersiapan esok.

Saturday, April 19, 2014

5 RAHSIA YAHUDI YANG ANDA BOLEH GUNA UNTUK DIDIK ANAK JADI BIJAK DAN BERIMAN

5 RAHSIA YAHUDI YANG ANDA BOLEH GUNA UNTUK DIDIK ANAK JADI BIJAK DAN BERIMAN
famous jews

Bilangan mereka tidak ramai.  Hanya beberapa juta sahaja di dalam dunia.

Sejak zaman-berzaman, mereka sering dicemuh, diperangi dan dipulaukan kerana perangai dan tingkah laku mereka.

Namun, itu tidak menjadikan mereka tercicir dalam kelompok hidup manusia lain. Malah, mereka sendiri yang menguasai orang lain. Daripada filem-filem blockbuster Hollywood, politik dunia hingga ke sistem perbankan dunia, semuanya adalah kepunyaan mereka.

Bagaimana mereka melakukannya? Apa yang bagus sangat dengan Yahudi ini? Kenapa Allah berikan semua keistimewaan kepada Yahudi?

Sebelum anda membuat pelbagai andaian dan sentimen kebencian terhadap Yahudi, anda perlu tahu yang rahsia orang Yahudi ini sebenarnya ada pada kita, namun akibat mainan media dan penipuan orang Yahudi, kita alpa dan mengabaikan rahsia ini.

Anda nak tahu apakah rahsianya? Nak tahu bagaimana nak membentuk anak yang bijak dan beriman? Ia bermula sebelum pertemuan di antara si ibu dan si ayah lagi.

1. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Lazimnya orang Yahudi mementingkan keturunan kerana mereka tahu bahawa jika si ibu dan si bapa adalah bijak pandai, maka anak-anak mereka pun begitu juga. Suku kaum Ashkenazi Yahudi yang tinggal di Eropah Timur pada zaman dahulu amat memilih siapa bakal menantu kepada anaknya untuk memastikan keturunannya adalah bijak dan mempunyai I.Q yang tinggi.

Terdapat satu ungkapan di dalam kitab Talmud yang mengatakan ‘Seorang lelaki patut menjual seluruh hartanya supaya dia dapat berkahwin dengan anak perempuan seorang alim, sama juga jika mahu mengahwinkan anak perempuannya dengan seorang alim’. Ini menunjukkan bahawa orang Yahudi amat memandang tinggi golongan bijak pandai di kalangan mereka.

Pada zaman Rasulullah S.A.W sekalipun, kita mengetahui bahawa sebilangan golongan Yahudi yang tinggal di Madinah adalah golongan ahli agama yang bijak, atau lebih dikenali sebagai Ahli Kitab. Sebab itulah banyak surah-surah di dalam al-Quran yang banyak ditujukan kepada golongan Ahli Kitab ini kerana mereka sememangnya faham tentang ilmu bahasa dan kesusasteraan.

Apa yang anda boleh pelajari?

Apa yang anda wariskan kepada anak anda adalah hasil daripada apa yang anda selalu lakukan. Jika anda seorang usahawan yang gigih bekerja, lambat laun anak anak mungkin akan mengikuti jejak langkah anda hasil dari tarbiyah dan pemerhatian. Jika anda seorang guru yang berkaliber, tidak mustahil anak juga akan menjadi guru juga.

Walaupun faktor genetik memainkan peranan penting terhadap perkembangan intelek anak, namun faktor persekitaran juga mempengaruhi ‘apa yang anak anda akan jadi’ nanti.

2. Ini yang mereka buat bila si ibu mengandung…

Jangan terkejut jika anda melihat keadaan ini apabila si ibu sedang hamil. Menurut Dr Stephen Carr Leon yang membuat pengamatan ini semasa beliau berada di Israel, mendapati si ibu akan menyanyi dan bermain piano manakala si bapa pula akan menghadap buku matematik bersama-sama dengan si ibu menyelesaikan masalah matematik yang rumit!

Rasional kepada kecenderungan ini adalah orang Yahudi mahukan anak-anak mereka menjadi genius samada di dalam akademik, muzik dan sebagainya. Hobi secara tiba-tiba si ibu dan bapa ini akan merangsang sel-sel otak bayi untuk menerima saranan yang diingini oleh ibu dan bapa.

Walaupun terdapat perselisihan pendapat tentang kesan muzik yang boleh meningkatkan IQ bayi di dalam kandungan, muzik klasikal boleh memberikan kesan positif terhadap perkembangan awal bayi.

Saintis terkenal, Albert Einstein datang dari keluarga yang meminati sains. Ibu dan ayahnya sering memberikannya buku-buku sains ketika beliau masih kecil.

Sememangnya, orang-orang Yahudi tahu kesan pendidikan awal terhadap anak-anak mereka, walaupun masih dalam rahim ibu lagi.

Apa yang anda boleh pelajari?

Anda tidak perlu meletakkan headfon pada perut anda supaya bayi di dalam kandungan anda. Cukup hanya dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya seusai solat fardhu boleh memberikan kesan yang baik untuk perkembangan otak dan rohani bayi.

Baca surah-surah seperti Surah al-Fatihah, Surah At-Taubah, Surah Yusuf, Surah Maryam, Surah Luqman, Surah Yaasin, Surah An-Nahl dan doa-doa daripada Rasulullah S.A.W. untuk kebaikan anda dan bayi di dalam kandungan serta mendapat perlindungan dan pahala daripada Allah S.W.T

Jika anda inginkan anak yang genius, cuba pelajari sesuatu yang baru seperti belajar bermain Sudoku, permainan silang kata atau apa sahaja permainan yang memerlukan kemahiran berfikir dan penaakulan. Kalau tidak minat sekalipun, sekurang-kurangnya anda lakukan sesuatu yang bermanfaat dan positif kerana ia akan mempengaruhi anak anda nanti.

3. Jaga pemakanan

Makanan yang masuk ke dalam perut bukan hanya untuk mengenyangkan, tapi untuk membentuk tubuh badan yang sihat dan cerdas. Orang-orang Yahudi mengambil berat hal ini sejak anak-anak masih kecil lagi. Mereka tahu bahawa untuk menjadikan anak-anak mereka bijak dan cergas, sel-sel otak perlu sering berhubung dan cekap.

Pemilihan menu semasa makan juga dijaga. Ikan tidak akan dihidang bersama dengan daging kerana menurut mereka, makanan laut dan makanan darat tidak boleh dimakan bersama kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Buah-buahan juga tidak dimakan selepas makan hidangan utama, tetapi dimakan sebelum itu.

Untuk anak-anak yang bersekolah, mereka akan memberikan pil minyak ikan, kacang badam dan madu.

Apa yang anda boleh pelajari?

Tidak dapat dinafikan, orang Yahudi memang sudah mengamalkan apa yang telah dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W 1400 tahun yang lalu. Mungkin mereka tahu tetapi tidak mahu orang Islam tahu.

Makanan-makanan sunnah seperti madu, kismis, buah delima, kurma, habbatus sauda dan buah zaitun memang ada khasiat dan keberkatannya. Sekarang ramai usahawan Muslim yang mengeluarkan produk-produk ini. Ada yang dipakej dalam bentuk makanan dan minuman. Sokonglah mereka.

Anak-anak sememangnya memerlukan makanan-makanan baik. Jadi, jangan biarkan perut mereka diisi dengan makanan yang tidak berkhasiat, mengandungi karbonat yang tinggi, banyak asid, pewarna tiruan dan lemak yang tidak menyihatkan.

4. Sains, matematik dan perniagaan

Matapelajaran Matematik dan perniagaan diberikan perhatian utama. Bagi anak-anak yang belajar di sekolah rendah, mereka akan didedahkan dengan aspek pengiraan sejak kecil lagi. Dibantu dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti kurikulum seperti memanah, dan menembak, ia tidak menjadi masalah kepada anak-anak orang Yahudi mempunyai minda yang tajam dan boleh mencapai IQ yang tinggi dalam masa yang singkat.

Semasa berada di sekolah tinggi, pelajar-pelajar akan digalakkan untuk terlibat di dalam sains dan rekacipta. Sekolah mewajibkan setiap pelajar untuk menghasilkan satu produk yang boleh memperbaiki kehidupan orang-orang Yahudi. Jika mereka berjaya dan menghasilkan ciptaan yang berpotensi tinggi, idea tersebut akan dibawa ke institusi yang lebih tinggi iaitu universiti.

Di universiti pula, perniagaan dipandang serius terutama pelajar di dalam jurusan perniagaan. Kerja kursus yang diberikan mungkin agak sama seperti universiti-universiti lain di dunia – buat satu perniagaan dan hasilkan keuntungan.

Tapi yang hebatnya adalah pelajar hanya akan diberi lulus sekiranya kumpulan projek itu dapat membuat keuntungan sebanyak 1 juta dolar! Agak memeranjatkan bagi kita tetapi bagi mereka, ia adalah perkara biasa. Tidak mustahil ekonomi dunia ini dipegang oleh mereka.

Apa yang anda boleh pelajari?

Anak anda belajar di sekolah yang sama dengan rakan-rakan sebayanya, dengan matapelajaran yang sama, dengan guru yang sama. Namun, tahap intelek berbeza-beza.

Anda mungkin tidak boleh mengubah corak pendidikan negara tetapi anda boleh mengubah cara anda memberikan pendidikan kepada anak anda semasa berada di rumah.

Dedahkan anak-anak dengan membaca buku seawal usia yang mungkin. Ajar mereka tentang asas-asas agama, al-Quran dan adab. Ikuti saranan Nabi S.A.W untuk mendidik anak:

“Ajarkan anak-anak kamu solat ketika mereka masuk usia tujuh tahun. Pukullah mereka sekiranya mereka melalaikan solat apabila mereka berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Cungkil bakat dan kebolehan anak samada di dalam bidang akademik atau sukan. Beri sokongan dan galakan. Sudah pasti anak-anak mempunyai kecerdasan tertentu.

5. Rohani juga perlu dijaga

Walaupun ada di kalangan orang Yahudi yang berfahaman sekular dan tidak mementingkan agama, namun ada di kalangan mereka yang masih berpegang dengan ajaran agama.

Orang Yahudi Ortodok masih mengekalkan adat resam dan peraturan agama Judaism yang dianuti. Mereka berpendapat bahawa agama penting di dalam kehidupan dan dengan menjalankan ibadah, seseorang dapat mengubah dirinya.

Anak-anak dididik dengan pendidikan agama supaya mereka mampu menjadi orang Yahudi yang berguna kepada bangsanya nanti.

Apa yang anda boleh pelajari?

Pendidikan agama sememangnya penting untuk anak-anak. Dengan keadaan zaman yang penuh pancaroba ini, hanya kekuatan rohani sahaja yang mampu menangkis segala macam fitnah dan cubaan dunia.

Dekatkan anak-anak dengan al-Quran. Latih mereka supaya mereka boleh membaca al-Quran, memahami maknanya dan menghafalnya.

Jika anda tidak dapat menghantar anak anda ke sekolah pondok, cukup sahaja dengan didikan dan pengawasan anda. Anda boleh membentuk sahsiah dan keperibadian anak anda jika anda melakukannya ketika mereka masih kecil.

Inilah resepi mendapatkan anak yang bijak dan soleh.

Tuesday, April 15, 2014

PETUA CEPAT DAPAT ANAK


PETUA CEPAT DAPAT ANAK

Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini. Petua ni saya dapat melalui email daripada salah seorang sahabat saya. Katanya petua ini alhamdulillah memang terbukti setakat ini.

Begini petuanya :

Ambil segenggam kacang hijau.
Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. Sekian.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini. Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan.

Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.

Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung.
Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta
pelbagai rawatan kesuburan lainnya.

Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.

Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas
iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan
nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.

Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.

Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.
“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.

Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:

Elakkan:

Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
Makan junk food
Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
Makan burger dan nugget
Makan jambu batu
Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;

Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).

Monday, April 14, 2014

Panduan pemakanan ubtuk kesuburan


Soalan

APAKAH makanan terbaik bagi wanita yang belum hamil untuk menguatkan rahim, memperbanyakkan telur matang, subur dan cepat hamil? Apakah pula jenis makanan yang harus dielakkan oleh wanita yang belum hamil demi menjaga kesuburan, telur dan rahim?

Saya juga ingin tahu mengenai makanan terbaik untuk ibu hamil dan makanan yang harus dielakkan oleh mereka. Adakah sebarang vitamin untuk ibu hamil bagi mendapatkan anak bijak dan sihat sejak dalam kandungan lagi?

n Allia, Johor.

Jawapan

Pemakanan segar dan berkhasiat yang diambil berpandukan keperluan kalori serta mengikut piramid makanan adalah pilihan terbaik.

Istilah ‘menguatkan rahim’ adalah tidak tepat atau pasti kerana rahim terbentuk daripada tiga lapisan otot yang sememangnya kuat untuk mengembang sepanjang kehamilan dan mengecut sewaktu kelahiran serta kembali kepada saiz asal dalam waktu berpantang.

Mungkin apa yang dimaksudkan adalah lapisan terdalam rahim yang menyalurkan makanan kepada kandungan. Sewaktu kehamilan, lapisan endometrium ini dinamakan desidua, namun kemudiannya bekalan makanan janin bergantung kepada uri dan ibunya. Begitu juga dengan persoalan mengenai makanan yang membanyakkan telur matang. Wanita dilahirkan dengan sejumlah telur yang tidak akan bertambah lagi bilangannya. Pada setiap kitaran haid bagi wanita subur, hanya satu sahaja telur matang manakala sekumpulan yang lain akan mengalah dan pupus. Keadaan ini berlaku sehingga menopaus yang mana tiada lagi telur dikeluarkan.

Pengambilan ubat hormon kesuburan bertindak merangsang kumpulan telur supaya lebih banyak yang matang, bergantung kepada jenis dan dos ubat hormon berkenaan. Tanpa ubat hormon kesuburan, ramai wanita subur ini hanya menghasilkan satu sahaja telur matang. Bagi wanita yang kurang subur ovarinya pula, tiada telur matang dihasilkan dalam kitaran terbabit.

Segelintir wanita yang tidak mengambil ubat kesuburan didapati hamil kembar (tidak seiras), ia lebih banyak berlaku kepada wanita yang berusia, tanpa mengira pemakanan mereka.

Amalan mengelakkan makanan ‘tajam’ atau ‘sejuk’ juga lebih berdasarkan kepercayaan masyarakat, kesahihannya dari sudut perubatan moden belum terbukti.

Pada pendapat saya, tidak salah mengelakkan makanan terbabit sewaktu kehamilan memandangkan ia bukan makanan ruji kita iaitu tidak menjadikan kita kempunan atau kebuluran jika tidak mengambilnya.

Keperluan vitamin juga seharusnya mengikut kadar yang telah digariskan. Bagi sesetengah vitamin (yang bersifat larut air), pengambilannya yang berlebihan dianggap pembaziran kerana ia akan dilupuskan menerusi air kencing atau najis.

Namun bagi sesetengah vitamin lain (yang bersifat larut lemak), pengambilannya yang berlebihan boleh memudaratkan dan memberi kesan negatif kepada sifat janin, contohnya vitamin A.

Saya percaya, amalan kesederhanaan perlu dititikberatkan dalam aspek kehidupan kita termasuk dalam pengambilan makanan. Anak yang sihat dan bijak tidak semestinya datang daripada formula makanan ibunya. Tidak semua adik-beradik sesuatu keluarga (yang dikandung dan dibesarkan oleh ibu yang sama) mempunyai tahap kepintaran yang sama.

Bersama profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain

Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi)

Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia.

Sunday, April 13, 2014

Pilihlah sebaiknya

'Bila seorang wanita memilih seorang lelaki, dia sedang memilih Pemimpin untuknya. Bila seorang lelaki sedang memilih seorang wanita, dia sedang memilih madrasah untuk anak-anaknya.'

Friday, June 7, 2013

HATI DAN PERASAAN

Assalamualaikum Alhamdulillah ala kulli hal, terasa tenang dan damai di hati selepas menunaikan solat, menghadap Allah Azza Wa Jalla , Subhanallah, maka benarlah firman Allah yang agung “dan ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram” (Ar Ra'du : 28) Teringat semula pesanan Imam Muda Asyraf, "Jika kita sedang melakukan sesuatu pekerjaan, apabila masuk waktu solat, solatlah dulu, selepas solat sambunglah semula pekerjaan tersebut, jika kualiti pekerjaan kita masih lagi di tahap yang sama , check kualiti solat kita" MasyaAllah, tersentap bukan? Pedas. Tapi kadang2 rasa pedas tu perlu untuk membuatkan makanan lebih sedap Sebenarnya, sudah agak lama juga blog ni tak diupdate, mungkin disebabkan kesibukan diri terhadap urusan2 dunia, masya-Allah, Cuma pada kali ini, saya paksa juga diri saya untuk menulis sesuatu, sesuatu yang sudah lama bermain-main dibenak fikiran saya, mungkin pada pandangan pembaca-pembaca sekalian, ianya sesuatu yg lapuk/cliché/cerita basi atau apa-apa sahaja yang sama waktu dengannya, tetapi pada saya, ia sesuatu yang sangat penting, walaupun hal ini sudah kerap diperkatakan, namun ia tetap perlu diulang-ulang dan terus diulang agar kita tidak lupa. Straight to the point, semua orang pernah mengalami suatu keadaan di mana hati dan perasaan kita akan terganggu, terkacau tersentuh dan sebagainya atau dalam erti kata lain , sedang dilamun cinta, walau betapa hebat dan dahsyatnya kita bermujahadah, namun kita tetap tidak dapat menafikan kewujudan perasaan tersebut, ia datang tanpa diundang, bukan atas kemahuan kita, sehingga kadangkala timbul satu persoalan dalam diri, “kenapa aku sering kali dibayangi perasaan seperti ini? Jawapannya mudah sekali, ianya disebabkan perasaan cinta, sayang dan rindu adalah fitrah yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap manusia, Cuma yang menjadi perbezaannya adalah bagaimana kita mengawal perasaan tersebut, atau bagaimana kita menyalurkan perasaan tersebut, sama ada dengan cara yang diredhai Allah atau dengan cara yang bakal mengundang kemurkaan-Nya. Sahabatku Apabila kita membicarakan soal jodoh, perkahwinan, dan juga percintaan, kesemuanya perlu diselarikan dengan tujuan kita dijadikan oleh Allah S.W.T di atas muka bumi ini. “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di atas muka bumi, “ mereka berkata “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu? Dia berfirman, “Sungguh aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui,” (2 : 30) “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku” (51 : 56) Dengan merenungi dan menginsafi kedua-dua ayat tersebut, kita seharusnya sudah memahami kenapa Allah S.W.T menciptakan kita di bumi ini. Yang pertama adalah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini atau dalam erti kata lain menjalankan perintah Allah di atas muka bumi. Yang kedua adalah untuk mengabdikan diri hanya pada Allah Rabbul Jalil. Sahabat-sahabat sekalian, Apa sahaja yang kita lakukan didunia ini, study, berkahwin, berperang, hatta mati sekalipun, jangan sekali-kali kita lari dari tujuan kita di ciptakan. (Peringatan untuk diri ini juga yang sering lupa). Menangis. Berbalik kepada topik utama, tidak dapat dinafikan sebagai seorang remaja ataupun pemuda saya juga tidak dapat lari dari perkara ini, pernah sekali hati kecil ini terusik dek seorang Muslimah, namun hati bingkas beristighfar, mengingatkan diri bahawa hidup dan mati hanya untuk ilahi, memang, dalam menempuh urusan dunia, kita tidak akan pernah boleh untuk mengelak daripada berurusan dgn kaum wanita, terlalu banyak urusan-urusan dunia yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak, discussion, study group, dan sebagainya, dengan sebab itulah Islam mengharuskan percampuran antara lelaki dan perempuan atas dasar muamalah, tetapi Islam juga menyediakan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi untuk memelihara maruah kita dan juga untuk memastikan urusan muamalah yang dilakukan tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan syariat. Teringat semula kata-kata seorang ikhwah (Ibnu CR ) “Kadang-kadang syaitan ni bijak, dia akan memilih untuk menyerang fitrah manusia” Masya-Allah, kadang-kadang kita sendiri pun tidak menyedarinya, kita perasan apa yang kita lakukan itu mengundang redha Allah, tetapi hakikatnya,hanya mengundang murka-Nya.. Sememangnya fitrah manusia mendambakan pasangan, akan tetapi, penting untuk kita memahami, perkahwinan yang dianjurkan oleh Islam bukan semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu, akan tetapi, mempunyai tujuan yang lebih murni daripada itu, iaitu mendambakan syurga ilahi, Subhanallah, indahnya Islam. Sahabatku, Dalam kita berusaha untuk menjaga hati, bermujahadah menentang nafsu, selalulah ingatkan diri bahawa dalam menuju ke arah pembinaan Baitul Muslim, bukan individu yang kita kejari, bukan Muslimah itu yang kita dambakan untuk menjadi isteri, bukan Muslimin itu yang kita harapkan untuk menjadi suami, bukan hanya mendambakan seorang individu, tetapi apa yang kita dapat daripada perkahwinan itu, sejauh mana perkahwinan itu dijadikan alat untuk kita mencapai matlamat menggapai syurga Allah yang abadi. :) Sabda Rasulullah S.A.W Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah dalam hal agamanya, nescaya beruntunglah keduanya. Akhir kata, jagalah hati, tetapkan iman dalam diri, takwa pada ilahi, insya-Allah terjaga diri. Wallahua’lam, wassalam J

BUAT HATI YANG SEDANG BERPUTUS ASA

Bumi mana yang tak pernah di timpa hujan? Laut mana yang tidak ada pasang surutnya? Langit mana yang tidak pernah gelap? Lautan mana yang tidak pernah bergelora? Setiap yang berlaku itu adalah satu sunnatullah, sesuatu yang telah ditetapkan oleh Tuhan pemilik bumi ini. Setiap orang punyai titik lemah masing-masing. Setiap orang ada jalan berlumpur yang mesti dilalui. Setiap orang ada lautan bergelora yang mesti diredah. Setiap orang ada ujian mereka yang tersendiri. Ada orang diuji dengan keputusan peperiksaan yang teruk. Ada orang diuji dengan kehilangan orang yang disayangi dan tempat bergantung. Ada orang diuji dengan kehilangan harta benda. Ada yang diuji menerusi penderaan emosi dan mental yang berterusan. Ada juga yang diuji dengan penderaan fizikal yang menyakitkan. Penderitaan, kesedihan, ujian dan dugaan ini kadang-kadang menggoncang iman kita. Kita merasakan kitalah manusia yang paling malang sekali di dunia ini. Kita merasakan kitalah yang paling teruk diuji. Hatta, sampai suatu tahap kita seakan-akan meragui keadilan Tuhan yang Maha Adil. Tetapi, pernahkah kita terfikir bahawa hidup kita ini memang untuk diuji? Di dalam surat chenta-Nya yang agung, Allah telah menyatakan, Yang menciptakan mati dan hidup, untuk MENGUJI kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun. (Al Mulk : 2) Yakinlah ujian adalah satu manifestasi chenta dan kasih sayang Tuhan terhadap hamba-hamba-Nya. Ketika Allah merindukan hamba-Nya, Dia mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril di mana isinya berupakan ujian. Mana mungkin Tuhan itu zalim andai ujian yang ditimpakan bertujuan menghapuskan dosa-dosa hamba-hamba-Nya. Ditimpakan-Nya ujian dan dugaan ke atas hamba-hamba-Nya sebagai peringatan, renungan dan medan refleksi, untuk kita kembali ke kandang ibadah, untuk kita kembali melaksanakan tugas khalifah. Di dalam sebuah Hadis Qudsi ada disebutkan, Pergilah kepada hamba-Ku, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya. (Hadis Riwayat Thabrani dan Abu Umamah) Begitu baik dan kasihnya Allah pada kita, namun, kita pula selalu tersalah sangka pada Dia. Ujian akan menjadi sebuah tarbiyyah andai kita selesa memandangya sebagai sebuah tarbiyyah. Ujian akan menjadi sebuah rahmat andai kita sudi menerimanya sebagai sebuah rahmat. Dan ujian itu adalah cinta andai kita cinta kepada sang permberi ujian. Renungilah, hayatilah hadis qudsi ini, Allah S.W.T berfirman, Aku adalah sepertimana sangkaan Hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku bersamanya ketika dia berzikir mengingati-Ku. Maka jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam jemaah manusia, Aku akan mengingatinya dalam dalam jemaah yang lebih baik dari mereka, dan jika dia mendekati kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekati kepadanya sehasta, dan jika dia mendekati kepada-Ku sehasta, Aku akan mendekati kepadanya sedepa, dan jika dia mendekati kepada-Ku sambil berjalan, Aku akan mendekati kepadanya sambil berlari (Riwayat Bukhari) Akhi, Sedang Muhammad manusia pilihan itu turut diuji. Apatah lagi kita manusia biasa. Manusia yang penuh dosa dan noda. Dan pabila Allah menguji kita, untuk menawarkan keampunan yang tidak berbelah bagi andai kita redha dan sabar terhadap ujian itu, ironinya kita menyombongkan diri. Medan muhasabah seakan-akan terlalu jauh buat kita. Kita seolah-olah kemarau linangan air mata keinsafan. Entah mengapa hati kita. Sabda Ar Rasul S.A.W yang mulia, Tiadalah seorang mukmin yang ditimpa musibah tertusuk duri atau lebih teruk daripada itu melainkan dengannya Allah akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya (Riwayat Bukhari dan Muslim) Akhi, Semalam telah menjadi sejarah. Tetapi hari esok adalah harapan. Selalu ada harapan untuk mereka yang berusaha. Selalu ada impian untuk mereka yang berdoa. Kita tidak pernah tahu apa yang dirancang untuk kita oleh sebaik-baik Perancang. Tetapi pastinya apa yang telah ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik buat diri kita. Walau kita tidak menyukainya. Meski hati membencinya. ..boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al Baqarah : 216) Hidup ini hanya sebuah perjalanan untuk pulang ke kampung halaman. Tetapi, ramai manusia yang tersesat dalam perjalanan. Kerana lupa dunia ini hanya pinjaman. Sedang akhirat itu yang berkekalan. Senyum

Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Assalammualaikum semua... Selamat Tahun Baru... Semoga semua perancangan dan impian di tahun baru ini terlaksana dengan sebaiknya.... Antara impian yang ingin dicapai pada tahun ni ialah:- 1. Nikah pada hari khamis dalam bulan syawal... Jangkaannya 15.8.2013 2. Wisudah pada bulan 12 tahun ini. 3. Taaruf pada 27.7.2013

Friday, September 30, 2011

Kain Kecil di wajahmu






Bismillahirrahmanirrahim....Assalammualaikum...Moga sahabat2 berada dalam keadaan terpelihara iman...^_^
Cerita ini ana ambil dari seorang sahabat...selamat membaca. Moga mendapat manfaat darinya...
_________________________________________________________________________

“Su, ana minta maaflah jika menyakiti hati enti,” Rozita menyiku Sumayyah tiba-tiba.

“Enti marahkan ana tak jika ana tanya satu soalan?” Rozita menyambung sambil matanya meliar melihat dua orang pelajar siswi yang berpurdah sedang menyeberang jalan di Bulatan Antarabangsa. Seorang memakai tudung kelabu dan purdah kelabu serta berjubah hitam. Dan seorang lagi tudung hitam dan purdah hitam berbaju kurung merah gelap.

“ Tak. Tanyalah, ada apa?” Sumayyah menjawab tenang. Hatinya tenang kerana seharian kuliah, akhirnya baru dapat makan berdua dengan sahabat yang dirinduinya.

“ Ana tengok, hari demi hari makin ramai yang pakai purdah di kolej. Enti tak rasa ke diorang ni pakai sesedap rasa je, main suka2 je. Perangai belum tentu baik tapi dah pakai purdah.” Rozita menjelaskan berterus-terang.

“Ita, betul ke apa yang ana dengar ni?” “ Lain macam je bunyinye…” Sumayyah memerhatikan arah tumpuan Rozita. Sambil membayar nasi goreng ayam radix kegemarannya, Sumayyah melihat air muka sahabatnya seperti sedang menahan marah. Sumayyah tahu Rozita lah sahabat yang paling akrab dan pendokong paling kuat kepada perjuangan sahabat-sahabatnya mempertahankan pakaian wanita Islam di kolej.

“ Ada apa-apa ke ni?” Sumayyah menambah.

Rozita menggeleng. Sumayyah sedar perubahan pada diri sahabatnya. Sememangnya Rozita agak tidak suka bermesyuarat dengan muslimin. Balik dari mesyuarat sahaja, dia beremosi.

“ Hmm..Ana cakap betul lah…mana ada main-main. Enti patut bertanggungjawab. Diorang ni banyak terpengaruh dengan tulisan enti tentang purdah” kata Rozita sambil meletakkan beg di meja makan bahagian siswi. Meja itu sudah menjadi kegemaran mereka kerana ia menghadap tasik.

Sumayyah diam agak lama, sambil menyusun gelas, pinggan, beg dan fail-failnya agar teratur. Sumayyah cuba mengaitkan apa yang biasanya menjadi kemarahan sahabatnya.

“ Macam mana meeting tadi?” Sumayyah cuba meneka permasalahan sebenar.

“ Enti,” Rozita meletakkan sudu dan garfunya.

“ok, ok, ana tanya enti…” Sumayyah memberhentikan kata-katanya, menunggu mata mereka bertentang untuk mendapat tumpuan sahabat yang dikasihinya. “ Salahkah berpurdah? Islam tidak pernah mengajarkankah pada kita? Apa yang mereka lakukan bertentangan dengan agama kita ke?”

“ Ana tak kata begitu, cuma bercouple la, berdating la, bukan-bukan je diorang ni. Pakai purdah, tapi perangai tak ubah macam budak tak pakai tudung” Rozita menghamburkan apa yang tersimpan di hati.

Sumayyah terkedu. Namun bertenang sahaja. Baginya adik-adik mujahidah purdah yang dikenalinya ramai yang sedang berusaha bermujahadah mengejar cinta Allah. Kalau ada yang perangai buruk pun itu kisah lama. Dan kalau ada yang masih bermasalah mungkin hanya dua, tiga orang sahaja. tak adil rasanya meletakkan kesalahan itu di bahu semua. Biasalah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi, jelas padanya Rozita tentu mahu suburkan kembali kekuatannya dengan hujah. Selalunya begitulah, jika pemakai purdah dihina, mulalah dia menambah hujah dengan cara mendapatkan maklumat dari Sumayyah.

“Tak perlulah berpurdah, perangai tu kena baik dulu. Main hentam sahaja” Rozita menambah lagi. Rozita baru balik dari meeting persatuan. Dalam meeting tadi, Muslimin hebat menghentam pemakai purdah, terutama Ketua Unit Kebersihan Masjid, Azrol Hazim. Biasanya, Rozita yang hebat mempertahankan sahabat-sahabat yang berpurdah. Tapi, dia mula mati hujah bila Azrol membangkitkan nama pensyarah yang mereka kasihi dan hormati, Puan Zaitun.

“ Pertama, enti ada bukti ke mereka ni berdating dan bercouple? Siapa yang enti maksudkan? Enti tak boleh hanya mendengar khabar angin, terus meletakkan salah itu pada pemakai purdah tanpa menyelidiki sebaiknya. Kedua, jika salah seorang yang berdating, adakah semua kain kecil di muka mereka yang dipersalahkan? Dan adakah semua pemakai purdah bersalah? Ketiga, yang pakai tudung biasa, yang pakai tudung labuh takda ke yang berdating dan bercouple? Semuanya baik?” Sumayyah bertanya kembali kepada Rozita.

Rozita terdiam, tunduk.

“ Adakah mereka perlu jadi baik dulu sebelum menutup aurat dengan memakai tudung? Apakah terdapat syarat mempunyai akhlak yang baik baru memakai pakaian seperti yang digariskan syarak?”

Rozita menggeleng.

“ Adakah jika pemakai tudung itu bercoule, berdating malah berzina, maka tudung itu yang salah? Adakah tudung yang salah dan purdah yang salah? Ataukah perbuatan berdating atau berzina itu yang salah? Adakah dalam Islam ni, bila kita nak mengamalkan sesuatu perintah Allah, mesti sudah sempurna perintah yang lain baru boleh lakukan perintah seterusnya?

Rozita terdiam. Mukanya merona merah.

“ Berhakkah ana menapis mereka semua sebelum diluluskan untuk memakai purdah? Siapa ana? Perlukah ana interview mereka seorang demi seorang? Hanya kerana ana kalangan orang pertama yang memakai purdah di kolej ni? Pada ana, Ita, memakai purdah ni adalah cara mendekatkan diri kepada Allah, maka sedikit demi sedikit pemakai purdah akan menjadi muslimah yang solehah. Ia bergerak selari dengan perubahan diri ke arah menjadi muslimah sejati. Pada ana, mereka mampu dan kuat untuk menutup wajah mereka sudah menjadi satu usaha yang baik untuk memelihara diri mereka,” Sumayyah cuba menjelaskan keadaan sebenar yang menjadi kekeliruan sahabatnya.

“ Tak mungkin menunggu perangai sempurna baru memakai purdah, hidayah sudah sampai, pastilah adik-adik menyambutnya,” sumayyah menambah lagi. Sumayyah mengangkat tangan, sambil menganggukkan kepala kepada siswi yang lalu-lalang berhampiran tasik yang mengenali mereka.

“Tapi, enti terangkanlah pada mereka tentang hukum berpurdah ni. Bukannya wajib pun,” Rozita menambah lagi. Dia menjelaskan dalam keadaan tenang.

“ Ita, sahabatku yang kukasihi, yang bakal menjadi temanku di mahligai syurgawi, adakah ia haram?” “ Ada tak ulama’ yang menghukumkannya haram?” Sumayyah membalas lembut, hatinya sayu. “ Tak ada, yang ada hanya hukum wajib, sunat mustahab (Yang disukai) sahaja, al-fadhil Ustaz Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti pun menghukumkan wajib berpurdah di zaman penuh kefasadan sekarang ni dalam buku fiqh sirah yang ustaz kupaskan tu, enti dah baca bahagian tu? Islam menyukainya, sahabatku. Jadi, usah kita menjadi penghalang mereka berpurdah,”

Rozita terdiam.

“ Untuk kali keberapa, ana masih nak tanyakan enti, enti tahu kan hukumnya? Sebelum enti menghinakan mereka yang berpurdah? Rozita yang ana kenal takkan mudah berputus asa dengan cacian orang, kan? Enti pun tahu kan, ana sudah menjelaskan, bukan semuanya memakai kerana memahami hukum. Enti pun tahu kan tujuan ana menulis novel Kain Kecil Di Wajahmu, adalah untuk menerangkan pada adik-adik tentang hukum berpurdah ni, sabarlah, lambat laun, mereka akan faham. Ana tahu ramai sangat yang tak faham lagi hukumnya dalam Islam. Ana pun memerlukan kajian bertahun-tahun. Ada juga yang memakainya kerana malu pada lelaki. Enti pun faham kan perasaan tu. Ia fitrah dan ia baik, memudahkan lelaki menjaga pandangan. Bukankah Islam menuntut lelaki dan perempuan agar menjaga pandangannya seperti dalam Surah an-Nur ayat 30 dan 31?, ”



Rozita terdiam. Dia teringat macam mana setiap kali meeting dia selalu menundukkan kepala dan kadang-kadang berselindung di belakang Sumayyah kerana malu yang begitu menebal pada kaum lelaki. Dia sedar bahawa dirinya banyak terpengaruh dengan kata-kata muslimin. Tapi, Rozita masih merasakan sakitnya panahan kata-kata Azrol dalam meeting tadi, macam benar.

“Azrol kata, purdah ni cuma adat sahaja.” Rozita cuba mengingat kembali hujah Azrol.

“Azrol tu siapa? Azrol mana, Ita? Sumayyah cuba menguji.

“Azrol la, mana ada Azrol lain, pelajar tahun tiga Engineering. Enti pun kenal, kan ana selalu menyebut namanya. Katanya, Muslimat ni tak perlu berpurdah dalam organisasi, purdah ni adat sahaja.”

Sumayyah menggeleng perlahan. “ Subhanallah, Maha Suci Allah. Maaflah jika ana katakan begini. Azrol tu kan ana kenal sangat. Mana pulak adat. Azrol tu baru menyertai usrah kita semester ni. Semester ni ustaz baru kupas buku Fiqh Sirah 1, buku Fiqh sirah 2 belum lagi ustaz kupaskan dalam usrah. Yang ustaz kupaskan dalam usrah MT yelah Fiqh sirah 2 termasuk. Tapi untuk exco kan baru Fiqh sirah 1. Mereka kan masih baru menyertai usrah. Azrol tu kan memandai je…Astaghfirullahal’azim, bukan ana nak mengumpat, Ita. Tapi, enti nak terima hujah seseorang perlu menilai juga pandangannya dan pengamalannya selama ini terhadap hukum-hukum dalam Islam. Azrol cukup tidak suka muslimat yang berpurdah. Dia sudah terdidik dengan pemikiran Barat. Ibunya bertudung selempang, bapanya mementingkan akademik anaknya dan tidak mementingkan agama mereka adik-beradik. Ana kan sekampung dengannya. Azrol bukan dari sekolah agama, dan Azrol bukan pelajar pengajian Islam. Oleh itu, Azrol tidak tahu tentang hukum berpurdah. Dia hanya dengar-dengar je dan buat kesimpulan, mengkaji jauh sekali. Azrol pernah buat tesis atau kajian tentang purdah ke? Bila ye, ada kajiannya? Boleh tunjukkan pada ana.”

“Tapi, Azrol ada hujah yang kuat,”

“ Apa hujahnya?”

“ Pendakwah tidak boleh menutup muka, ia mengganggu dakwah,”

“ Itu bukan hujah, itu pendapat,”

“ Pendapat peribadi, tanpa sokongan dalil tidak boleh dijadikan hujah dalam Islam,” Sumayyah menjelaskan tegas.

” Ia membuatkan mad’u lari daripada kita,”

“Dan tidak ada kewajipan bagi mana-mana perempuan untuk mentaati perintah yang tidak ada asasnya dalam Islam, jelasnya ana sendiri yang menyusun bahagian tarbiyah. Enti tahukan kebanyakan adik-adik yang pergi usrah yang dibawa oleh naqibah yang berpurdah. Yang tidak berpurdah pula yang kurang anak usrahnya. Ia bergantung kepada komitmen dan kekreativitian naqibah sebenarnya, enti pun tahu sejarah Kelab Amar Ma’ruf, kan sudah bertahun-tahun kita di sini semenjak diploma. Bukan kerana purdah orang lari tapi kerana Islam itu sendiri yang ditakutinya. Mana ada orang suka benda baik, Ita. Kenapa ye, yang lain-lain tidak berdakwah dengan lebih bersemangat kalaulah muka mereka itu digunakan untuk berdakwah, sepatutnya lebih ramai yang berjaya ditarik ke dalam usrah. Ana tengok sama sahaja. Boleh ke kita salahkan hukum Islam jika orang lari dari kita? Dulu bertudung labuh pun dapat spekulasi yang sama, bertudung hitam pun sama, sekarang bila dah ramai berpurdah, yang berpurdah pula dituduh orang lari. Tiba-tiba sahaja, yang bertudung labuh orang tak lari pula? Pelik tu. Masyarakat yang belum mengubah cara berfikir, masih kolot dan jumud tentang islam, itu tujuannya usrah. Bukanlah dengan menanggalkan apa yang ada pada diri kita. Entahlah Ita, terpulang, ana secara peribadinya lebih selesa berdakwah dengan berpurdah. Di asrama kita bersama adik-adik perempuan dengan selesa. Di luar asrama kita berurusan dengan muslimin dalam keadaan terjaga. Ana lebih suka purdah ni dalam memelihara diri, jika tidak, nak bermesyuarat dengan muslimin pun ana malas. Ana pelik dan rimas kenapa mereka boleh pula melihat wajah kita semudahnya. Islam telah menyelamatkan ana, Allah mengurniakan kain kecil ini bagi memudahkan urusan organisasi kita,”


“Jelasnya, Azrol bukanlah ulama’ sehebat Ibnu Mas’ud, Ibnu Kathir, Ibnu Abbas, Syeikh Muhammad bin Salih bin Uthaimin dan lain-lain ulama’ kebanyakan ulama’ Syafi’iyyah. Adakah Azrol menyalahkan ulama’? Azrol bukan sahaja tidak tahu hukum berpurdah bahkan banyak lagi hukum tidak diketahuinya. Enti pernah test tanya dia hukum berwudhuk, hukum solat jamak dan qasar, hukum membeli barangan Israel dan Amerika, enti pernah tanya pada Azrol tentang pendapat ulama’ tentang solat bagi keempat-empat mazhab berlainan?”

“Enti ni, Azrol tu makan Mc’ Donalds lagi, tapi beria-ia mengatakan purdah tak perlu pakai kerana ulama’ kontemporari Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi menghukumkan begitu. Tapi, ada tak dia nak terima fatwa ulama’ yang sama yang mengatakan haram membeli produk Amerika dan Israel? Azrol, untuk pengetahuan enti seorang yang tak thiqah dan hanya mengambil hukum yang ia suka sahaja. Ya, yang selari dengan nafsu dan gaya hidup kebaratan yang telah didoktrinkan oleh yahudi dalam pemikirannya. Tak perlu jauh-jauh, Azrol tu bercouple lagi. Apa bercouple tu tak haram baginya?” Sumayyah mempersoalkan satu persatu hukum yang dia tahu merupakan bukan kepakaran Azrol.

“Tapi, Azrol bertanya pada pensyarahnya,”

“ Pensyarahnya yang dia rapat? Puan Zaitun ye?” Sumayyah menyoal dengan penuh kepastian.

Rozita mengangguk lemah.

“Puan Zaitun belajar di sekolah mana, Ta? Puan Zaitun pengkhususan apa? Puan Zaitun ambil degree dan master di mana dan apa bidang kajiannya? Puan Zaitun pakai macam mana di luar kolej? Apa hukum menutup aurat bagi Puan Zaitun? Pernah jumpa beliau di luar kolej tak? Boleh diringankan sampai ke tahap tu sekali? Allahuakbar! Ana bukan macam tu, Ita. Boleh ke kita tanya tentang akaun pada pelajar Qur’an Sunnah? Boleh ke dia jawab? Boleh kalau dia pernah belajar dan kaji tentang akaun sama ada di sekolah atau di peringkat universiti. Perlu ada bukti bahawa ia pernah mengkaji perkara ini. Jika Azrol berpendapat setakat meminjam pendapat Us Razali dalam blognya yang terkenal tanpa sebarang pengkajian lanjut nak suruh kita membuka purdah? Siapa dia untuk mempertikaikan al-Qur’an? Hmm…cuba kalau Azrol suka merujuk Us. Abu Zaki, Us. Saifullah , Us. Amzan, tentu lain pula pendapatnya. Merujuk tentang Akaun bolelah pada Puan Zaitun, ape pulak soal hukum merujuk Puan Zaitun? Hmm…ana kalau nak tanya akaun ana tak tanya ustaz Amzan, Ita. Itu bukan kepakarannya,” Sumayyah menggelengkan kepala. Dia faham benar betapa bersungguh-sungguhnya pelajar bukan pengajian Islam ni meletakkan hukum berpurdah mengikut nafsu dan kejahilan mereka.

“ Enti tak boleh la nak tunjuk hebat, sedangkan mereka muslimin kan tentu mereka lebih tahu,” Rozita cuba membela.

“ Ana tak tunjuk hebat, tapi kalau dah enti mempersoalkan hukum Allah, ana perlu pertahankan Islam yang ana anuti. Sepatutnya enti berkata begitu kepada Azrol kerana dia bercakap tentang sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu mengenainya. Muslimin, jika suka bermain game, suka buat perkara lagha, chatting dengan muslimat sana-sini, bercouple dan tidak menjaga thiqah, maafkan ana tapi ana tak respect langsung. Jika ilmu setakat di bibir bukan dicerminkan pada perlakuan, perlu ke kita hormat padanya? Dalam Surah as-Saff ayat 4 pun Allah mencela orang yang memperkatakan sesuatu yang ia tidak lakukan,” Sumayyah menjelaskan sikap buruk sesetengah Muslimin yang tidak boleh dipakai kata-katanya.

“ Ya, kita muslimat. Namun ini bukan soal ilmu muslimin atau muslimat. Sebelum Azrol mencadangkan pada Muslimat Kelab Amar Ma’ruf untuk menanggalkan purdah, Azrol perlu buka al-Qur’an untuk lihat hukum berpurdah yang telah ditetapkan oleh Allah. Azrol tidak boleh menghukum dengan pendapat peribadi. Ia mesti didasari ilmu, Azrol perlu membuat kajian sebelum ia memberi arahan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Ya, tidak ada kewajipan berpurdah bagi sesetengah ulama’ tapi tidak boleh menghalang wanita berpurdah, itu kan sudah fitrahnya, dan islam pula menggalakkan. Salah tu, memang salah menghalang orang memakai purdah, sama salahnya memaksa-maksa orang memakai purdah,” Sumayyah menjelaskan bagaimana dahulu ia mula mengkaji tentang purdah. “ Bukan soalnya wajib berpurdah, tapi soalnya, sebagai seorang yang beriman dengan al-Qur’an dan as-Sunnah, beliau tidak perlu halang mana-mana wanita untuk berpurdah kerana Islam menyukainya,”

“ Adakah dalil dalam al-Qur’an membezakan pakaian orang yang berdakwah dan tidak berdakwah?” “ Adakah kewajipan berdakwah menggunakan muka?” “Apakah anggota lain tidak dapat membantu dakwah? Adakah kewajipan berdakwah begitu sekali hingga aurat perlu dibuka? Ana pun belajar uslub dakwah tapi tak ada pula menyentuh soal muka , tiada pula dalam ilmu methodologi dakwah yang mengatakan keberkesanan dakwah itu meningkat bagi wanita yang tidak memakai purdah berbanding yang berpurdah, yang tersenyum dan tidak tersenyum. Jika ini ada, maka bagaimana pula meningkatnya dosa seorang yang tidak berpurdah dan senyuman manisnya memikat ribuan lelaki dan mendatangkan fitnah jika dibandingkan dengan seorang wanita yang berpurdah? Berdakwah, berdakwah juga, tapi, hukum menutup aurat mana boleh kita permainkan. Kita masih boleh teruskan dakwah tanpa muka. Dakwah bukan menggunakan muka dan senyuman sahaja,”

“ Tapi, muka bukan aurat,”

“ Muka bukan aurat bagi sesetengah ulama’, tapi aurat bagi sesetengah ulama’. Jadi, bila ada ulama’ yang mengira muka sebagai aurat, Azrol tak bolehlah nak kata ulama’ tu tak betul..Muhammad bin Sirin dan Ubaidah al-Salmani tak betul, begitu? Oleh kerana hujah mereka (ulama’ yang mengatakan muka dan tangan aurat dan ulama’ yang mengatakan muka dan tangan bukan aurat) sama kuat bahkan dalam mazhab as-Syafi’e hujah wajib berpurdah lebih kuat, maka sekali lagi ana tekankan, tidak boleh bagi mana-mana lelaki menyuruh mana-mana kaum wanita membuka penutup mukanya sebagaimana Yahudi cuba hendak membuka purdah seorang wanita yang mencetuskan kemarahan kaum Muslimin dan terjadinya pergaduhan pertama antara kaum Muslimin dengan yahudi setelah dimeterai perjanjian di antara mereka dan Rasulullah s.a.w. Pertengkaran ini berlaku sebagaimana yang diceritakan oleh al-Tabari dan al-Waqidi ialah di pertengahan bulan Syawal tahun kedua Hijrah,” Sumayyah menegaskan.



“ Bila ada ulama’ yang menghukumkan wajib memakai purdah, maka, Azrol atau mana-mana manusia di dunia ini tidak boleh sama sekali menyuruh atau memerintahkan mana-mana perempuan untuk menanggalkan purdahnya, kerana ia termaktub di dalam hukum- WAJIB dan SUNAT. Tiada yang mengHARAM kan. Ulama’ mana pun tidak mengharamkan, jadi mana datang arahan membuka. Tiada ulama’ menyuruh wanita membuka wajahnya, Azrol siapa untuk menyuruh wanita membuka wajahnya, dan kitab mana yang menjadi rujukannya, bukankah kitab rujukan umat Islam adalah al-Qur’an,” Sumayyah menjelaskan panjang lebar.

“ Mana boleh Azrol menghukum sesuka hati dia, hanya berpandukan artikel dua-tiga tulisan ulama’ kontemporari dan ulama’ itu pun tidak mengkaji tentang purdah, dia pun sekadar mengambil hukum daripada tulisan ulama’ kontemporari juga. Mana boleh, Ita. Nak berhukum mesti rujuk al-Qur’an,”

“ Tapi, mana ada hukum berpurdah dalam al-Qur’an,” kata Rozita.

“ Ita, kalau tak ada dalam al-Qur’an, jadi , boleh ke kita buat hukum sendiri?” Sumayyah masih tidak letih mengingatkan sahabatnya. Dalam sepuluh kali dah soalan yang sama Ita ajukan dalam tahun ni sahaja. Semata-mata kerana beliau dihina, maka Ita mula rasa lemah dalam mempertahankan.

“ Habis, kalau tiada, maka boleh la berijtihad,” kata Rozita acuh tak acuh.

Sumayyah merenung gambar wanita berpurdah yang diletakkan di belakang failnya. Dia agak terluka mengingatkan pelajar-pelajar yang tidak mengkaji hukum termasuklah Rozita, dengan mudahnya meletakkan hukum berpurdah mengikut faham orang tak berilmu. Sumayyah faham bahawa sahabatnya mengambil jurusan kejururawatan.

“ Siapa kata tiada. Cuba enti tulis dalilnya dari al-Qur’an supaya enti tak mati hujah dalam penerangan kepada masyarakat. Terus sahaja berijtihad?” “ Enti ni Ita….” “ Enti, kita kena belajar dari A sampai Z kaedah penetapan hukum dalam Islam. Dari sumber-sumber hukum dalam Islam hinggalah kepada kaedah penetapan hukum. Bahaya jika enti membawa kaedah hukum yang enti faham ni kepada orang ramai. Enti pun jelas bahawa sistem pendidikan di Malaysia ni tidak mampu memanusiakan manusia. Ia hanya berlingkar pada perkara yang terlalu asas. Kemudian, bila pelajar-pelajar masuk universiti terus didedahkan dengan ilmu fardhu kifayah, sedangkan ilmu fardhu ain pun kita belum selesai lagi. Inilah kebobrokan sistem pendidikan di Negara kita. Pendidikan sepatutnya mendekatkan kita kepada Allah dan menjadikan kita takut pada-Nya dan mencintai-Nya, tapi, sistem di Negara kita salah cara dan oleh itu tidak dapat mencapai matlamat pendidikan dalam Islam. Jadilah, kita semua masyarakat yang jahil hingga ke tua. Ilmu agama perlu dicari di surau1 dan kelas pengajian tambahan pula bila dah tua. Sepatutnya penerapan ini berlaku ketika kecil.” Sumayyah menasihati Rozita, tegas dan jelas.

“ Betul lah jika ana katakan dalam al-Qur’an tiada hukum berpurdah?”

“ Ada,” Sumayyah menjawab ringkas.

“ Ye ke? Surah apa?”

“ Surah al-Ahzab dan Surah an-Nur,”

“ Ayat berapa?” Rozita mencatit bersemangat. Dia mula rasa bersalah kerana Sumayyah telah banyak kali menjelaskan padanya dan dia sering lupa nama surah yang menyebut tentang aurat wanita.

“ Surah an-Nur ayat 31, ayat 60. Surah al-Ahzab ayat 53, 55, 59.”

“Dalam surah ni ia sebut purdah ke? Apa purdah dalam bahasa Arab?”

“Dalam Surah al-Ahzab ayat ke-59. Dalam surah ni ia sebut “ jalabib” jalabib ini kita nak faham maksudnya perlu merujuk pada tafsir. Maksudnya, apa yang kit abaca dari al-Qur’an perlu kita fahami apa yang Allah nak sampaikan melalui tafsir. Ada ramai ulama’ yang memberi tafsiran yang berbeza untuk perkataan “ jalabib” ni. Ada yang kata kain yang menutup kepala dan leher dan ada yang berpendapat bahawa perkataan jalabib ni bermakna kain yang besar yang menutup kepala dan sekaligus wajahnya.Kecuali mata. Ada ulama’ yang berpendapat mata kiri yang perlu dibuka dan ada ulama’ yang berpendapat mata kanan yang perlu dibuka untuk melihat jalan. Kedua-duanya betul. Jadi, ulama’ yang mengatakan perkataan jalabib itu sebagai kain menutup muka, maka, mereka menetapkan hukum berpurdah itu wajib iaitu mesti dipakai oleh wanita. Manakala ulama’ yang menafsirkan perkataan jalabib dalam al-Qur’an itu hanya tudung yang menutup leher dan kepala berpendapat bahawa wajib bagi wanita menutup kepala dan leher serta tidak wajib menutup muka. Maka, ulama’-ulama ini hanya menghukumkan purdah itu sebagai sunat sahaja atau dalam erti kata lain digalakkan. Tapi, dalam keseluruhan al-Qur’an tidak ada yang menghukum haram memakai purdah bagi wanita kecuali ketika solat dan ihram. Ini dua termasuk dalam soal ta’abbudi. Hanya dalam dua keadaan ini sahaja kaum wanita diharamkan dari berpurdah.”

Rozita diam sebentar. Dikeluarkannya sebuah artikel tentang purdah lantas diberikannya kepada Sumayyah. “ Enti kena tengok ni, entah-entah purdah ni bukan ajaran Islam, ia cuma tradisi sahaja”

Sumayyah menyambut artikel itu dan mengangguk. Sumayyah lantas mengembalikan pada Rozita.

Sumayyah bertanya lagi “ Ana dah baca artikel ni. Enti nak berhujah menggunakan artikel ni? Silakan. Purdah mungkin tradisi, tapi hukum bahawa wajah dan tangan adalah aurat wanita yang perlu ditutup bukan tradisi, ia hukum yang jelas dalam tafsiran beberapa ulama’ tentang ayat dalam surah al-Ahzab,”

Rozita mengeluh. Terasa perbuatannya bagai memalukan diri sendiri memandangkan sahabatnya Sumayyah telah sekian lama mengkaji tentang purdah.

“ Enti bagitau ana apa hujah penulis terhadap purdah”

“ Su, enti kena terima hakikat. Purdah ni cuma pakaian tradisional Arab sahaja. Kita bukan orang Arab, Su. Kita bukan di zaman Nabi, dan kita, kita bukan isteri Nabi yang mulia, bukan ummahatul mukminin,”

Hati Sumayyah berdetak. Dia diam sebentar. Sumayyah menahan sebak. Dia kecewa dengan kejahilan masyarakat tapi, tiada istilah putus asa dalam menyampaikan ilmu baginya kerana itulah lumrah pendakwah. Sumayyah cuba mengangkat muka.

Rozita diam. Baginya jelas apa yang diperkatakan.

“ Enti berhujah dengan hujah siapa?”

“ Enti, Syeikh Tantawi sendiri mengatakan bahawa ia adalah adat dan bukannya ibadat. Enti sedarlah Sumayyah. Enti hanya membazir masa enti untuk mempertahankan pemakaian purdah di kolej kita, sedangkan ia tidak pernah diajarkan agama kita. Siapa kita nak menafikan pendapat Syeikhul Azhar,”

“ Enti kata siapa kita nak menafikan pendapat Syeikhul Azhar, tapi enti sedar tak bahawa di kalangan ulama’ pun ada yang terikut-ikut irama kerajaan sekular.”

“ Sedap je enti tuduh ulama’ begitu?”

“ Enti, enti tahu tak siapa Syeikhul Azhar ni? Enti kenal tak ulama’ ni?

Rozita terdiam.

Rupa-rupanya, Sumayyah terlebih dahulu mengikuti perkembangan isu semasa.

Sumayyah mengeluarkan sehelai kertas dari beg galasnya.

Sumayyah membaca kenyataan yang terdapat dalam artikel tersebut“ Dr. Nazreen Nawaz memberi kenyataan tegas mengkritik tindakan Syeikh Muhammad Tantawi. Katanya Syeikh Tantawi bukanlah orang yang asing dalam memukul gendang mengikut irama kerajaan Sekular Barat. Antara perkara yang telah dilakukan termasuklah menyokong pengharaman tudung di Perancis, menasihati perempuan-perempuan Muslim untuk membuka tudung mereka dalam memenuhi kehendak undang-undang, serta bersalaman dengan Presiden Israel Shimon Peres iaitu seorang penyembelih yang mana tangannya berlumuran dengan darah ribuan rakyat Palestin. Berlatar belakangkan kerajaan Eropah yang sedang berusaha untuk mencantas kebangkitan Islam dalam masyarakat mereka dan memaksa untuk menerapkan nilai-nilai Barat melalui undang-undang seperti pengharaman tudung dan purdah, kata-katanya telah dijadikan sebagai hujah dalam agenda mereka. Tambahan pula, kenyataannya yang mutakhir ini telah menyediakan bantuan kepada propaganda peperangan kerajaan Barat terhadap Islam dan pakaian wanita Muslim. Dia menunjukkan kemarahan terhadap wanita yang berpurdah tetapi langsung tidak menghiraukan tindakan kerajaan membenarkan para pengunjung wanita untuk berarak separuh bogel di dalam pusat percutian di Mesir. Dia mempergunakan Islam untuk berhujah bahawa wanita Muslim mestilah membuka wajah mereka tetapi mendiamkan diri terhadap pemerintahan rejim sekular Mubarak yang zalim yang cuba sedaya upaya dalam menyingkirkan Islam dari masyarakat, termasuk memenjara dan menyeksa sesiapa yang menyeru kepada pemerintahan Islam. Enti nak guna hujah ulama’ yang begini?” Sumayyah mengakhiri pembacaannya sambil menggelengkan kepala.

Rozita terdiam.

Rozita menambah lagi “ Tapi, enti tahu tak isu ni jadi isu yang panas pada tahun 2001 di Mesir juga,”

“Isu yang mana tu? Di American University di Kaherah tu ye?”

Rozita mengangguk. “ Yup, seorang pengkaji Muslimah telah dilarang memasuki perpustakaan American University di Kaherah kerana enggan menanggalkan niqobnya. Tengok di Negara Mesir pun jadi macam ni. Negara Islam tu,”

“ Negara Mesir Negara Islam? Enti biar betul, Ita…Mesir dah dikotori sekularisme di mana-mana,” Sumayyah menafikan kenyataan sahabatnya. “ Husni Mubarak kan presidennya,”

“ Maafkan ana, Ita. Tapi kalau tak silap ana Muslimah tu telah membawa kes tersebut ke mahkamah dan mahkamah memutuskan larangan itu tidak sah. Maksudnya larangan untuk beliau masuk dengan keadaan mermakai niqab adalah tidak sah. Kesudahannya, wanita tersebut menang di dalam kes berkenaan.”

“ Oh, dia menang ye?”

“ Ha’ah,oh ye, enti. Ya, sebelum kita memutuskan sesuatu perkara atau isu sebagai hujah dan perdebatan, kita perlu tahu apa kesudahannya dan watak-watak utama dalam kes berkenaan. Enti tahu ke pasal arahan syeikh Tantawi sebenar,”

“ Maksud enti?”

“ Yelah, beliau mengharamkan niqab di University al-Azhar. Enti perlu ingat bahawa Universiti al-Azhar mempunyai kampus yang berasingan antara pelajar lelaki dan perempuan. Ini yang diajarkan Islam. Tapi, kolej dan universiti di Malaysia tidak begitu. Adalah haram dalam Islam untuk dicampurkan pelajar lelaki dan perempuan dalam sebuah pusat pengajian, tanpa tabir pula tu di dalam kelas. Jadi, kita memang tidak sama dengan mereka. Kita lagi perlu memakai niqab (purdah) kerana kita berada di kampus yang tidak mengasingkan kuliah dan kelas dan sebarang urusan untuk lelaki dan perempuan, “ Sumayyah menjelaskan panjang lebar.


“ Owh, begitu. Maksud enti tiada pelajar lelaki di kampus pelajar perempuan? Beginikah sistem di al-Azhar? Ana tak tau pun..”

“ Ha’ah, takde. Ana sempat singgah waktu lawatan sambil belajar ke Kaherah, tahun lepas. Memang kampus berasingan. Universiti lil baniin (untuk lelaki) dan lil banaat (untuk perempuan) adalah asing. Bagus, kan?” Sumayyah menjelaskan.

“ Subhanallah, bestnye..”

Sumayyah mengeluarkan sebuah fail yang diisi artikel tentang niqab di dalamnya. “ Cuba kita check and balance semula, ok, isu ni adalah berpunca daripada pekeliling yang dikeluarkan pada 5 Oktober 2009 oleh Syeikh al-Azhar kepada semua sekolah rendah dan menengah serta kolej-kolej milik Universiti al-Azhar, supaya pelajar wanita tidak dibenarkan memakai purdah semasa dalam kelas atau dewan kuliah. Lihatlah apa alasan mereka, semua kelas dan dewan kuliah pelajar wanita adalah berasingan daripada kelas dan dewan kuliah pelajar lelaki. Justeru, tiada keperluan bagi pelajar wanita memakai purdah. Ini berbeza semasa berada di luar kelas atau di luar dewan kuliah. Kita lihat hasil dari mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi al-Azhar , dalam mesyuarat ni diputuskan beberapa perkara:

Pertama, pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar as-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar as-syarif.

Tentang perkara pertama yang diputuskan ni jelas pada kita bahawa niqab tidak diharamkan. Bahkan wanita yang berniqab tidak boleh pun dihalang daripada memasuki al-Azhar.

Kedua, pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar.

Lihat pada keterangan yang kedua. Pelajar perempuan diizinkan untuk memakai niqab jika ada orang lelaki di al-Azhar. Seperti yang kita tahu kampus mereka adalah khusus untuk pelajar perempuan. Dan kampus untuk pelajar lelaki bukan di tempat yang sama. Jadi, jika ada lelaki di dalam kampus, mereka dibenarkan berniqab.

Ketiga, para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuat kuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan.

Keputusan yang ketiga juga jelas. Arahan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam kelas adalah arahan yang jelas tidak bertentangan dengan Islam kerana kelas-kelas ini hanya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja. Dan larangan memakai niqab ini hanya berkuat kuasa jika guru itu adalah perempuan. Lihat, kita di kampus yang bercampur dengan lelaki di dalam kelas dan gurunya juga lelaki, tentulah lagi perlu memakai niqab.

Keempat, para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah dari kalangan wanita.

Keputusan yang keempat juga begitu jelas. Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab hanya dengan syarat para pengawal peperiksaan adalah dari kalangan wanita. Lihat, jika para pengawal terdiri daripada lelaki, maka larangan berniqab ini tidak sah lagi. Lihat, adakah nak kita samakan dengan kolej kita. Di kolej kita, bukan sahaja para pengawal peperiksaan terdiri daripada pensyarah lelaki dan staf lelaki, bahkan di dalam dewan peperiksaan juga bercampurnya antara pelajar lelaki dan perempuan. Lihat, kita lebih-lebih lagi perlu memakai purdah.

Kelima, Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha’ Islam.

Keputusan majlis yang kelima ini semestinya tidak ana persetujui. Lihat sahaja bagaimana kanak-kanak tidak ada masalah dengan pemakai niqab apabila mereka sudah terbiasa dengan ibu mereka sendiri yang berniqab. Bagi ana, jika kita nak menghalang orang dari berniqab hanya kerana kanak-kanak maka kita perlu kembalikan pada hukum itu sendiri. Ini bukan persoalan, minoriti ulama’ menghukumkan wajib berpurdah maka bermakna tidak perlu berhujah. Kedua-dua hujah ulama’ yang berselisih adalah berkaitan wajib dan sunat. Tidak ada ulama’ yang mengharamkan. Oleh itu, tidak timbul persoalan untuk mereka yang memakai kerana kedua-dua hujah sepakat kebaikan memakai purdah.

Jadi, ini semua berbalik kembali pada persoalan hukum berpurdah ini dalam Islam,” jelas Sumayyah panjang lebar.

“ Tapi, ada juga mereka menyebutkan bahawa pemakaian purdah adalah adat dan bukannya ibadat, malah ia merupakan isu khilafiyah dalam bidang fiqh,” Rozita menambah sambil menunjukkan kenyataan syeikhul azhar tersebut dalam artikel di tangannya.

“ Yup, ana tahu tu. Tapi, lihat kenyataan ini bertentangan. Pertama ia mengatakan bahawa ia adat dan bukan ibadat. Kedua ia mengatakan bahawa ia isu khilafiyyah dalam bidang fiqh. Kedua-dua ayat ini bertentangan. Lihat, jika purdah adalah adat, ini bermakna ia tak sepatutnya berada dalam isu khilafiyyah. Jika ia bukan ibadat, bagaimana ia termasuk isu khilafiyyah? Isu khilafiyyah adalah perkara-perkara yang ulama’ berbeza pendapat berkaitan hukum sahaja, bukannya soal adat pun dibincangkan. Ini bermakna ia ada kaitan dengan ibadah dan terbuktilah ia bukannya sekadar adat. Kerana ulama’ berselisih pendapat antara wajib dan sunat. Ini jelas membuktikan soal ibadah. Bukannya adat sahaja.” Sumayyah menjelaskan sambil menunjukkan pada kedua-dua kenyataan syaikh yang antagonis antara satu sama lain.

Rozita mengerutkan dahinya dan mengangguk.

“ Jelasnya, ana sendiri bersetuju dengan apa yang mereka bawa kerana mereka mengikut apa yang digariskan Islam sendiri dalam keputusan syeikh azhar untuk perkara satu hingga empat. Dan ia berkaitan isu khilafiyyah pun ana bersetuju kerana ia membuktikan pemakaian purdah ini berkaitan ibadah dan bukannya adat”

“ Tapi enti, lihat ni, beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi al-Azhar tersebut dibuat adalah adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan , ha, macam mana pendapat enti,”

“ Setuju, ana setuju. Untuk tujuan keselamatan, adalah tidak mengapa. Kerana kampus mereka ini hanya terdiri dari pelajar perempuan, jadi tidak mengapa membuka purdah, lagipun ini bagi mengelakkan pencerobohan. Lagipun, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut membuat kenyataan menyokong pandangan Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi tersebut, Tuan Guru Nik Aziz ada mengulas dengan berkata, “ Atas dasar keselamatan Negara, Tantawi mengambil keputusan tersebut sebagai langkah awal pencegahan jenayah dan keganasan, menangani taktik penjahat menggunakan purdah melindungi aktiviti haram mereka. Bagi ana tak da masalah kerana prems mereka semuanya perempuan. tapi, keadaan ini berbeza dengan Malaysia, jika keseluruhan kampus semuanya perempuan, barulah arahan ini sesuai diaplikasikan di Malaysia” Sumayyah menambah dengan menyokong bahagian ketetapan al-Azhar itu.

“Tapi,ada juga mereka menegaskan bahawa ketetapan ni dibuat demi untuk mengelak berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa pada tahun 2008 menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai,” Rozita menambah lagi hujah syeikh al-Azhar.

“ Enti lihat, walaupun tiada pelajar yang berniqab dalam tahun-tahun sebelum kita semua berniqab iaitu sebelum tahun 2007, telah ada kes peniruan di dewan exam. Selain itu,dalam tahun-tahun lepas pun ada peniruan di dewan exam, bukan sedikit bahkan banyak sekali yang terdiri dari pelajar-pelajar pengajian Islam dan bukan pengajian Islam, pakai tudung labuh atau pakai tudung bawal. Tidak ada lagi yang melibatkan pelajar berniqab, tapi peniruan masih berlaku. Adakah salah niqab? Jika salah itu diletak pada niqab, maka kita juga boleh menyalahkan pelajar yang meniru di kolej kita atas tudung mereka. Jadi, adakah kita nak mengharamkan mereka bertudung kerana mereka meniru? Ana tidak nampak ini boleh dijadikan hujah. Akhlak dan adab untuk tidak meniru di dewan exam yang perlu diterapkan bukannya pakaian yang dipersalahkan. Namun, ana bersetuju dengan pendapat Syeikhul azhar bahawa dilarang untuk memakai niqab apabila pelajar yang mengambil peperiksaan dan pengawal peperiksaan semuanya terdiri daripada orang perempuan. Ana rasa ini tiada masalah. Inilah yang sepatutnya. Pengawal peperiksaan adalah perempuan dan semua pelajar perempuan diasingkan tempat peperiksaan dari pelajar lelaki, maka barulah larangan berniqab itu boleh dijalankan untuk langkah keselamatan jika perlu. Tapi, terus terang bagi ana, tidak perlu tunggu berniqab, menipu itu ada macam-macam cara, yang pakai tudung labuh dan pakai tudung bawal pun boleh menipu dan meniru. Pelajar sekarang ada banyak tempat sorok mereka, ustaz-ustaz pun dah kenal pasti tempat-tempat sorok nota yang biasa di kalangan pelajar perempuan dan pelajar lelaki,” Sumayyah menjelaskan sambil menggeleng kepala kecewa.

Sumayyah menjelaskan lagi kenyataannya “ Terdapat pelbagai respon dalam masyarakat Islam. Enti tahu tak Ita, Hamdi Hassan? Enti kenal tak?”

“ Tak” Rozita menggeleng.

“ Untuk pengetahuan enti, Hamdi Hassan adalah merupakan ahli parlimen Mesir yang mewakili kumpulan Ikhwanul Muslimin telah menyatakan bantahan keras kumpulan fundamentalis tersebut terhadap arahan Tantawi. Hamdi Hassan berpendapat bahawa Tantawi perlu meninggalkan jawatan beliau kerana sudah beberapa kali menyinggung perasaan institusi agama terunggul tersebut, dengan merujuk kepada beberapa fatwa kontroversi sebelum ini seperti mengharuskan transaksi riba di dalam perbankan atas nama faedah (riba) yang dibenarkan. Hamdi Hassan walaupun berpegang kepada pendapat niqab itu bukanlah wajib, membantah arahan Tantawi tersebut kerana al-Azhar bagi beliau ialah institusi agama yang perlu meraikan pandangan semua mazhab muktabar. Pendapat Hamdi Hassan ini pun disokong oleh tokoh ulama’ terkemuka Mesir yang merupakan bekas Ketua Majlis Fatwa dan Kajian Universiti al-Azhar, iaitu Syeikh Ali Abu al-Hasan. Menurut beliau, pihak berkuasa tidak mempunyai hak untuk melarang mana-mana Muslimah daripada memakai niqab, melainkan untuk sebab-sebab sekuriti. Ujar beliau lagi, pemakaian niqab tidak bercanggah dengan syariat Islam serta undang-undang Mesir, justeru pengharamannya tidak diterima sama sekali,” jelas Sumayyah dengan teliti.

“Oh, kalau macam tu, perkara ni pun jadi isu besar jugalah ye,”

“ Mestilah isu besar, ia masalah hukum, jika ditebuk oleh orang kafir atau orang Islam sendiri, pastilah bangkit orang berilmu di kalangan masyarakat Islam sendiri untuk mempertahankan hukum Islam. Ini bukan perkara main atau soal remeh. Ia melibatkan hukum wajib. Kalau sekadar sunat je dan tiada pendapat yang wajib, ana rasa isu ni tak jadi sebesar begini,” Sumayyah menambah.

Tut…tut…

“ Assalamualaikum,” Sumayyah menjawab panggilan telefon.

“ Waalaikumussalam, Su. Mak Ngah ni. Macam mana dengan cadangan Mak Ngah tempoh hari?”

“ Oh, Mak Ngah…Mak Ngah sihat?”

“ Alhamdulillah, sihat. Su Sihat?”

“ Alhamdulillah Mak Ngah. Mak Ngah, Su minta maaf banyak-banyak….Su tak dapat nak terima pinangan anak Mak Cik Melah. Su nak sambung belajar lagi Mak Ngah…”

“ Su, kamu ni dah berumur dah..terima je dulu, nanti baru fikir nak sambung belajar ke ape…Lagipun, kalau dah kahwin pun bole sambung belajar,”

“ Mak Ngah, Su dah istikharah dah. Mungkin ada yang lebih baik untuknya,”

“ Maafkan Su, Mak Ngah…”

Tak pe, tak pe…”

Rozita berdehem-dehem.

“ Pinangan yang baru?”

Sumayyah tunduk. Agak bosan. Bukan calang-calang suami yang diimpikan, mestilah yang sayangkan Islam dan mengamalkan, bukannya yang Islam pada nama.

“ Su masih menanti? Menanti sesuatu yang tak pasti?”

“ Subhanallah, hanya Allah yang berhak menyusun segalanya,” Sumayyah memejamkan matanya, sambil menggeleng.

Itulah prinsip Sumayyah.

“ Baik, kita sambung.”

“ Janganlah enti risau, Ita. Ana ok je, tak, ana tak tunggu siapa-siapa. Untuk apa menunggu seseorang yang tidak mahu beramal dengan hukum Islam, tentu ada yang lebih baik. Allah itu adil. Surah an-Nur kan Allah dah berjanji wanita yang baik untuk lelaki yang baik,”

“ Macam tu lah kawan ana, kuat, tidak mudah mengalah,” Rozita memeluk sahabat karibnya Sumayyah.

“ Ada yang terlebih baik untuk enti. “Rozita menepuk-nepuk bahu sahabatnya mesra.

Sumayyah tersenyum sendiri. Matanya mengecil. Rozita membalas senyuman kerana amat mengenali wajah sahabatnya yang tersenyum ketika berpurdah. Sumayyah menelan makanan dengan beratnya. Sukar dia menerima hakikat aturan hidupnya yang pelik. Namun kerana Allah digagahi juga. Hanya jauhari mengenal manikam. Terbayang keindahan Yaman yang pernah diceritakan. Memang tiada yang sempurna tapi sekurang-kurangnya yang takutkan Allah, yang berusaha mencapai kesempurnaan kehidupan bertunjangkan Islam. Subhanallah, tentu Syurga terlalu indah. Dengan sebab itulah jalan ke sana penuh berliku, fikirnya dalam hati.

“Lagi satu, tentang isu pengharaman niqab di Universiti al-azhar ni perlu kita kaji bersama. Dari segi politik, pengharaman itu boleh dimanipulasikan oleh mana-mana pihak, Negara sekular, pertubuhan-pertubuhan yang memusuhi Islam serta pertubuhan musuh dalam selimut di kalangan umat Islam sendiri. Ia boleh dijadikan prima facie di dalam Negara Eropah untuk mengharamkan secara total pemakaian niqab oleh wanita Muslim. Tidak mustahil juga, suatu hari nanti pemakaian tudung, hijab dan scarf pun bakal diharamkan. Malah tidak mustahil juga, suatu hari nanti lelaki Muslim pun turut dilarang daripada memakai kopiah, songkok atau serban kerana ia juga boleh dikatakan tiada kaitan dengan nas agama. Bayangkanlah jika Syeikhul Azhar terpaksa membuka serban al-Azharnya sekiranya ingin melawat Negara Eropah, bukan ke pelik tu? “ Sumayyah menambah.



Mereka berdua tersenyum sambil mengggeleng kepala membayangkan.

“ Enti ada usroh ke petang ni?”

“ Ada, kul 5.30 petang”

“ Nak ikut leh tak? Ana free petang ni,” Rozita memujuk sahabatnya untuk menyertainya.

“ Tak da masalah, insya Allah, kul 5.30 di Surau Parcel 8 ye. Jangan lewat tau. Naqibah mesti punctual,” Sumayyah mengingatkan Rozita dan dirinya sendiri.

Mereka berpisah di lif parcel 10. Rozita meneruskan perjalanan menuju lif parcel 6.

“ Oh ye, Su,” Rozita memanggil Sumayyah dan berpatah balik beberapa langkah.

Sumayyah yang baru melangkah ke dalam lif, menahan tangannya pada button OPEN lif tersebut. “ Ye,”

“ Apa kata kalau enti masukkan kisah persahabatan kita dalam novel enti,”

“ Bagus cadangan tu, memang dah masuk dah pun,” Sumayyah membalas sambil menarik purdahnya dan tersenyum. Memang begitulah keadaannya apabila sudah berada di blok asrama siswi.

“ Apa nama ana dalam novel enti?”

“ Enti ana namakan Aisyah iaitu watak paling nakal dalam novel ana,”

“ Heh, enti, tak nak la nakal….watak baik la…nama pun Aisyah. Eeii..bestnyer…nama ana Aisyah dalam novel enti, nama isteri nabi, Subhanallah, thanks,”

“Tak da apela, k, jumpe nanti insya Allah. Agak-agak rindu tu meh la ke bilik ana, macam tak biase lak..”

“ k, confirm, jap gi ana terpacak depan bilik enti, k,”

Sumayyah tersenyum. “ Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam,” balas Rozita. Mata mereka bertentangan. Lif tutup.

Satu mesej masuk:

“Su, nak gi tak jumpe adik-adik kite di Kuala Ponson? Ingat lagi tak? Rindu selalu..ingat lagi tak?”

Kampung Orang Asli Kuala Ponson Selangor:- Takkan sirna memori itu, ia segar di ingatan..ku merangkul kemas tubuhmu, erat kasih kita kau di dakapan..Aduhai adik! Dirimu bak kain putih..namun masih tiada lakaran warna nan indah..aku di kejauhan kan terus menongkah badai.. Menyahut seruan Ilahi..di tanah gersang mengaut khazanah ilmu..moga nun di sana..masih ada sinar hidayah..di balik kelam kan termaktub noktah bidayah..untukku memelukmu sebagai adikku seagama..duhai adik..jagailah hatimu nan suci..kan kucurahkan kasih sayang dan hikmah dari Tuhan kita..ketahuilah adikku….kenalilah DIA, DIA, ALLAH lah Tuhan kita semua..

Mesej Kak Zah dijawabnya dengan hati yang cukup sayu mengingatkan kenangan bersama adik-adik yang comel di Kuala Ponson.

Wallahua’lam.

Ujian ALLAH

Hari ni ALLAH telah mengujiku dengan menarik sedikit nikmat kesihatan yang diberikan kepada ku... Aku anggap ini sebagai kifarah dosaku... N berbagai lagi dugaan lain... Semoga aku terus diberikan kekuatan untuk menempuh hari2 yang mendatang yang penuh dengan dugaan....

Wednesday, September 8, 2010

Terlanjur sayang


Berhari-hari aku memikirkan keputusan
ayah samada untuk menerima atau
sebaliknya. Kesihatan ayah tidak
mengizinkan aku untuk berfikir lama.

Akhirnya, persetujuan dibuat dan dalam
diam-diam aku juga turut membuat
perjanjian dengan Harriz lelaki yang
tidak pernah aku temui. Aku bencikan
Harriz kerana aku menyangka Harriz
bukanlah seperti apa yang ayah
bayangkan. Dia mungkin mempunyai
rancangan yang besar untuk merampas
kekayaan kami dengan mengahwini aku dan
berpura-pura baik di hadapan ayah dan ibu.

"Selepas kita bernikah, saya haramkan
awak untuk menyentuh saya. Kita hanya
berlakon di hadapan ayah dan ibu saya
begitu juga dengan keluarga awak.
Selepas setahun, awak ceraikan saya. Ini
dah termaktub dalam perjanjian kita."

Aku tidak berani memandang wajah Harriz
ketika kami berjumpa buat pertama
kalinya di sebuah restoran. Aku akui,
Harriz memang tampan orangnya malah
lebih kacak daripada Izham. Sedikit
sebanyak hati perempuan aku mulai cair
namun aku pantas melarikan fikiranku
pada perkara yang lain. Harriz merenung
aku tanpa berkelip mata. Aku gelabah.
Langsung tidak dibaca perjanjian MOU
yang aku letak di hadapannya. Sakit hati
aku dibuatnya ketika itu. Aku kuatkan
semangat untuk memandang Harriz dan cuba
berlagak serius.

"Tuhan kurniakan mata untuk melihat apa
yang ada di hadapan kita. Saya dah
letakkan fail perjanjian kita di hadapan
awak. Takkan awak tak tahu nak
menggunakan mata awak tu untuk melihat
apa yang patut?" Aku memerli Harriz. Dia
cuma tersenyum. Masih tidak puas menatap
wajah aku. Seluruh pelusuk wajahku
dijajahnya.

"Memang Tuhan anugerahkan mata untuk
melihat. Sekarang, saya sedang melihat
satu lagi anugerah Tuhan yang diberikan
kepada saya. Kecantikan yang tidak
pernah saya bayangkan, tapi sekarang
baru saya tahu bahawa sungguh indah alam
ini dengan adanya wanita secantik awak,
Nurul Ain Bt Hamdi…" Ungkapan pertama
keluar dari mulut Harriz.

Aku tersedak, hampir tersembur fresh
orange yang sedang kuminum. Pantas
tanganku mencari tisu di dalam beg
tangan. Harriz masih tersenyum. Merah
padam muka aku menahan malu. Bijak
sungguh Harriz bermain dengan kata-kata.
Aku hampir terpedaya dengan pujiannya.
Ahh…Lelaki, semuanya sama…

"Tapi sayang, awak tidak menggunakan
kecantikan awak itu untuk melambangkan
hati awak. Buat pengetahuan awak, saya
ini bukanlah seperti apa yang awak
bayangkan. Niat saya ikhlas untuk
memperisterikan Nurul Ain Bt Hamdi.
Jangan kerana awak kaya dan hidup mewah,
awak takut saya akan merampas semuanya
itu dari tangan keluarga awak. Terus
terang saya katakan, seandainya awak ini
adalah gadis cacat yang kudung tangannya
atau bisu mulutnya saya tetap akan
mengahwini awak walau awak miskin sekalipun.

"Bagi saya, harta boleh dicari tapi
cinta yang tulus suci hanyalah wujud
sekali dalam hidup kita dan awak adalah
wanita yang berada di dalam hati saya
sekarang sehinggalah saya tidak bernafas
lagi di atas bumi bertuah ini." Harriz
tersenyum lagi.

Aku pula tergamam. Macam mana dia boleh
mengenali aku sejauh begitu.
Kata-katanya kedengaran seolah-olah kami
pernah berjumpa. Tapi, aku rasa tidak
kerana inilah kali pertama aku melihat
wajahnya. Sungguh pelik orang ini.
Harriz membuka fail biru itu.

Tanpa dibaca walau sebaris ayat pun, dia
mengambil pen dari poket bajunya lantas
ditandatangani MOU tersebut.

"Awak tak berniat nak baca MOU itu
sebelum awak sign?" Aku memberanikan
diri untuk bertanya pada Harriz. Sekali
lagi dia memandang aku dengan pandangan
yang penuh bermakna baginya.
"Kalau saya baca, adakah niat awak itu
akan berubah untuk menerima saya
bagaimana ikhlasnya saya menerima awak?"
Terperangkap lagi aku dengan kata-katanya.

Entah kenapa di mana hilangnya marah aku
dan semangat aku ketika itu. Lelaki ini
benar-benar lain. Tidakkk!!…..Aku bukan
mudah untuk menerima dia. Cinta aku pada
Izham masih kuat. Harriz bangun. Air
minuman yang dipesan tidak disentuh,
masih suci sepertimana aku.

"Assalamualaikum…." Itulah kata-kata
terakhir yang diucapkannya sebelum
meninggalkan restoran itu. Aku
terpinga-pinga. Pelik dan aneh lelaki ini.

Sebelum aku berjumpa dengan Harriz,
terlalu banyak kemusykilan tentangnya
yang berlegar-legar di dalam fikiran
aku. Kini pada pertemuan pertama kami,
semakin bertambah kusut fikiran aku
memikirkan tentang Harriz.

Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang dia
mahu daripada aku? Atau adakah dia
memang benar-benar tulus mencintai aku.
Ahhhhh….makin difikir, makin pening aku
dibuatnya.


Kini, telah hampir seminggu aku menjadi
isteri kepada seorang lelaki yang tidak
aku cintai. Majlis perkahwinan yang
diadakan amat meriah tetapi aku tidak
merasai keseronokan itu. Mungkin Harriz
juga begitu. Perhubungan aku dan Harriz
memang terbatas. Itu adalah syarat aku
sendiri sebelum Harriz melafazkan akad
nikah.

Kami hanya berpura-pura mesra di hadapan
ibu dan ayah tetapi di sebalik tabir
kehidupan kami, tidak wujud kemesraan
tersebut. Harriz benar-benar memberi
kerjasama yang baik. Kadangkala simpati
aku menjengah di hati kecilku. Pernah
aku menasihati dia supaya melepaskan aku
sebelum tamat kontrak perkahwinan kami
tapi Harriz bukanlah lelaki yang senang
dipujuk rayu.

"Saya seorang yang menepati janji. Walau
hati ini berat untuk berpisah dengan
awak, saya tetap akan patuhi syarat awak
bahawa kita hanya bercerai selepas tamat
tempoh kontrak. Awak sendiri tahu
bagaimana perasaan saya pada awak. Tidak
munasabah andai saya menceraikan awak
sekarang. Kalau boleh, saya mahu takdir
membuka pintu hati awak untuk menerima
cinta saya dan menyayangi saya
sebagaimana tulus dan sucinya cinta saya
terhadap awak."

Tiba-tiba Harriz memegang tangan kananku
ketika aku sedang mengikat rambut lantas
diciumnya perlahan seolah-olah aku ini
bagaikan puteri yang sedang berhadapan
dengan rakyat biasa. Berderau darahku
ketika itu. Aku menjarakkan diri. Bulat
mataku memandangnya. Tanpa segan
renungan Harriz semakin tajam memandang
ke arah aku. Aku gementar. Rasa marah
dan geram wujud dalam diri ini. Harriz
cuba untuk memperdayakan aku dengan
kata-kata manisnya.

"Tolong jangan bersikap kurang ajar!
Sudah cukup selama ini saya bertahan
dengan sikap dan perangai awak!! Awak
jangan umpan saya dengan kata-kata manis
awak tu. Saya tak akan terpengaruh.
Kontrak tetap kontrak. Biarpun setahun
atau dua tahun atau selama-lamanya, saya
tidak akan mencintai awak atau belajar
untuk menyintai awak!!

"Cinta saya hanyalah untuk Izham. Awak
tahu bukan? Izham lebih dahulu hadir
dalam hidup saya tapi awak merosakkan
segala-galanya dengan memperalatkan ayah
dan ibu saya. Saya bukan macam mereka.
Itu sahaja yang awak perlu tahu!!"
Bentakku tiba-tiba dengan penuh berani.

Aku sendiri terkejut dengan tindakan
aku. Dari mana aku dapat kekuatan untuk
melawan perasaan aku? Aku memaling ke
arah lain. Terasa semangat untuk
mempertahankan diri wujud dalam diri
ini. Mungkin kerana rindu aku pada Izham
semakin kuat dan kesalahan aku pada
Izham juga berat.

Harriz hanya diam. Sedikit sebanyak
nampak juga perbezaan di raut wajahnya
yang mungkin terkejut dengan kata-kata
amarahku yang tiba-tiba.

"Maafkan saya kerana buat awak marah.
Saya tak ada niat untuk menyakitkan hati
awak, Nurul Ain. Saya harap kita masih
boleh jadi kawan," ringkas sahaja
kata-kata Harriz kali ini. Aku masih
tidak memandang wajah Harriz.

"Nampaknya dah masuk waktu solat Isyak
sekarang. Mari, kita berjemaah," pelawa
Harriz lembut. Aku memandang wajahnya.

Dia tersenyum, "saya tunggu di bilik."
Harriz berlalu pergi meninggalkan aku di
ruang tamu. Perasaan marahku sudah reda.
Malu pun ada bila mengenangkan kembali
kemarahan aku yang berapi-api itu.
Nampaknya Harriz masih boleh buat muka
selamba sedangkan sudah berbakul-bakul
aku memarahinya sepanjang dia duduk di
rumahku.

Tidak tahu bagaimana lagi untuk aku
mewujudkan rasa benci dalam diri Harriz
supaya dia membenci aku. Kini,
perkahwinan kami sudah hampir 3 bulan.
Ayah dan ibu pula sudah bertanya tentang
keadaan kesihatan aku. Itu tidak lain
dan tidak bukan mesti berkaitan dengan
hal anak.

Bagaimana aku nak memberitahu mereka
bahawa aku ini masih suci lagi. Harriz
tidak pernah menyentuh aku walaupun dia
berpeluang. Dia benar-benar mengikut
segala kontrak yang ditulis oleh aku itu
supaya tidak menjalinkan apa sahaja
hubungan dengan aku. Aku bertambah
bingung. Segala apa yang aku lakukan
semuanya tidak menjadi. Harriz masih
lagi menyayangi dan menyintai aku.

Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku
rindukan Izham di saat-saat begini. Aku
kesunyian. Tanpa Izham aku rasa
kehilangan. Kadangkala aku nampak
bayangan Izham dalam diri Hariz. Sampai
bila aku mampu bertahan. Harriz terlalu
baik terhadap aku. Hanya perempuan gila
sahaja seperti aku yang tidak jatuh
cinta padanya setelah pelbagai cara dia
lakukan untuk menambat hati aku. Aku
juga manusia biasa. Cinta akan datang
dan pergi sesuka hati dalam hidup ini.
Apakah perasaan aku terhadap Harriz
sekarang? Aku semakin bingung dengan
kehidupan yang aku lalui kini.

Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aku
tiba lewat di rumah. Tapi, bukan kerana
banyak kerja di pejabat cuma aku sengaja
pulang lambat supaya Harriz menyangka
aku perempuan yang selalu balik lewat
malam kerana puas berseronok di luar.
Terjengket-jengket kaki aku melangkah
masuk. Suasana gelap menyelubungi rumah
banglo dua tingkat pemberian hadiah ayah
sempena perkahwinan kami. Mujurlah hanya
aku dan Harriz yang tinggal di sini.

Kalau tidak, tentu aktiviti kami akan
terbongkar lebih awal. Minta-minta
Harriz akan memarahi aku kerana pulang
lewat. Aku berjalan perlahan-lahan
menuju ke tangga tapi aku telah
terlanggar sesuatu yang besar di hadapan.

Hampir terjatuh aku dibuatnya namun,
mujur da seseorang yang sempat memaut
pinggangku supaya tidak terjatuh.
Berderau darah dibuatnya. Lampu ruang
tamu dipasang…

Aku tergamam. Pinggangku masih lagi
dipaut oleh Harriz. Mata bertentang
mata. Hampir beberapa saat aku tidak
bercakap. Tersedar dari lamunan, aku
pantas menolak Harriz ke tepi. Wajahku
mula berubah. Merah padam jadinya. Marah
bercampur malu benar-benar ada dalam
diri aku sekarang

"Awak ni kenapa?!! Macam pencuri!! Nasib
baik saya ni tak ada sakit jantung. Dah
pukul 2.00 pagi. Awak tak reti-reti nak
tidur?" Aku memarahi Harriz.

"Saya tunggu awak…."

"Tak payah nak tunggu-tunggu. Saya ni
bukannya budak kecik lagi. Saya tahu
pukul berapa saya nak balik. Awak ni
orang gaji saya ke?"
"Awak dah makan? Hari ni saya masak lauk
kegemaran awak, masak lemak cili api
ikan keli. Awak mesti suka. Mari makan
sama, saya tak makan lagi ni."

Harriz mempelawa aku. Masak lemak cili
api ikan keli? Terliur aku dibuatnya.
Aku memang tengah lapar gila ni.
Maklumlah, satu hari aku tak makan apa.
Tengah hari tadi tak keluarpun sebab
kerja banyak.

Petang pula ada mesyuarat. Bila dah
habis kerja, aku pulak yang sengaja
balik lewat hanya semata-mata nak nak
sakitkan hati Harriz. Sampai pukul 1.30
pagi aku duduk di pejabat. Tak terfikir
nak makan pun. Sekarang, dah lapar.
Bodoh betul aku. Takkanlah aku setuju
nak makan dengan dia. Habislah rancangan
aku nak bagi dia marah.

"Awak ni pandai masak ke? Saya ni
memilih orangnye. Takpelah saya dah
kenyang. Dah makan kat luar pun. Awak
nak makan, awak makanlah sorang."

Aku pura-pura menguap di hadapannya
"Ahh.. ngantuknya.."

"Saya tahu awak belum makan lagi. Awak
tentu lapar." Harriz terus menuju ke
ruang makan. Dia membuka tudung saji dan
menyendukkan nasi untuk aku dan dirinya
sendiri. Beria-ia benar dia mengajak
aku. Macamana dia tahu aku tak makan?
Aku masih lagi tercegat di antara ruang
tamu dan ruang makan.

Sesekali aku menjeling ke arah Harriz
yang sedang leka menyiapkan makan malam
yang rasanya dah boleh jadi makan pagi.
Sanggup dia tak makan kerana menunggu
aku semalaman. Boleh percaya ke lelaki
ni? Jangan-jangan dah siap makan. Saja
nak tarik perhatian aku supaya simpati
kat dia.

Aku pantas menaiki tangga meninggalkan
Harriz.

"Awak tak nak makan? Tak sakit perut ke,
awak? Nanti, kalau awak jatuh sakitkan
susah…" Harriz menasihati aku. Langkahku
terhenti.

"Awak tak faham bahasa Melayu? Kan saya
dah cakap, saya dah kenyang. Kalau awak
nak makan, awak makanlah sorang. Saya
nak naik atas, nak mandi dan tidur. Awak
jangan ganggu saya!!" aku bentak keras.

"Tak pelah, saya makan dulu. Nanti,
kalau awak rasa lapar, awak makanlah ye.
Pergilah awak berehat," Harriz
mengakhiri perbualan kami. Aku terus
naik ke atas dengan perut yang
benar-benar lapar. Rasa nak terbalik
dunia ni. Ya Allah laparnya. Hanya Tuhan
saja yang tahu. Kenapalah aku boleh
bertindak bodoh. Dah ada orang siap
masak, aku saja yang sombong tak
bertempat. Sekarang, siapa yang merana?
Bukankah aku…?

Itu baru satu keadaan di mana dia boleh
bertahan dengan sikap aku. Tapi, kali
ini aku pula yang tak tahan dengan
keadaan kami apabila terpaksa berlakon
di depan ayah dan ibu sewaktu kedatangan
mereka ke rumah kami.

Dari berdiri jarak 50 meter kini dah
rapat macam belangkas. Dari muka yang
masam macam cuka kini aku terpaksa
senyum meleret. Aku kena memainkan
peranan sebagai isteri dan Harriz
sebagai suami sedangkan gelaran itu
memang ada pada kami. Terasa kaku aku
pada permulaan watak tetapi Harriz bijak
memainkan peranannya sebagi suami.

"Berapa lama mak dan ayah nak tinggal di
sini?" Aku mengajukan soalan sebaik
sahaja ibu dan ayah duduk di ruang tamu
selepas kami menjamu selera tengah hari
itu. Percaya atau tidak, semua masakan
dimasak oleh Harriz tapi dia memberitahu
ibu dan ayah yang aku memasaknya. Ibu
tersenyum menggeleng.

"Ain…Ain… Mak dan ayah belum panas
punggung lagi dah ditanya bila nak
balik. Mak ni, rindukan anak mak.
Salahke mak melawat anak mak yang kini
dah jadi isteri orang," balas ibu. Aku
tertunduk malu. Ye tak ye jugak..

"Ain ni bukannya apa mak. Dia takut mak
dan ayah balik awal. Duduklah 2-3 hari
kat sini, mak. Lama-lama pun tak apa.
Kami pun berdua. Kalau ada mak dengan
ayah, taklah sunyi kami ni.." Harriz
menyampuk. Aku menjeling pada Harriz.
Nampaknya, dia ni nak mengambil
kesempatan. Ketika itu tangan kirinya
sengaja memeluk pinggangku. Aduh, geli
betul. Aku tak boleh nak tolak.

"Yelahh, mak. Duduklah lama-lama kat
sini. Mak pun tentu bosan duduk kat
rumah, lagipun ayah kerja." Aku terpaksa
menipu. Kalau boleh nak saja aku
menyuruh mak dan ayah balik sekarang
juga. Bukannya aku tak sukakan mereka
tapi aku tak mahu berlakon lagi.

"Tak bolehlah macam tu. Kamu dah
berkeluarga. Mak dan ayah tak nak ganggu
kamu. Kami ni datang saja nak melepas
rindu. Dua hari lagi kami baliklah."

Alamak 2 hari lagi??? Terasa seperti 2
tahun nak menunggu mereka balik.

Aku lihat Harriz tersenyum meleret.
Makin erat dia memeluk pinggangku. Suhu
di kepala aku ni dah mendidih. Rasanya
nak saja aku cekik-cekik Harriz
sekarang. Betul-betul mengambil
kesempatan. Aku pantas bangun. Semua
mata memandang ke arah aku.

"Tak pelah, mak ayah. Ain ada hal
sekarang ni. Pukul 2 petang Ain ada
mesyuarat dengan pelanggan. Nanti malam
baru Ain balik. Mak dan ayah tak payah
tunggu Ain. Tak tahu pukul berapa Ain
balik."

"Hari ni kan Ahad, Ain. Takkan bekerja
jugak. Kesian kat Harriz ni. Sepatutnya,
masa cuti jangan diganggu. Kamu tu dah
kahwin, dah bersuami. Kamu kena jaga
makan pakai si Harriz ni. Kesian
Harriz." Berbakul-bakul ibu membela
Harriz. Eeeee….bertambah-tambah geram
aku. Ayah hanya tersenyum. Tak banyak
cakap. Malas nak masuk campurlah tu.
Pendek kata, apa saja yang ibu cakap
ayah akan setuju. Betullah mereka ni
satu kepala.

Berbeza aku dan Harriz, ibarat panggang
jauh dari api.

"Ain memang ada hal petang ni, mak. Tak
boleh nak tolak. Pelanggan Ain tu dari
Jepun. Dia tak boleh lama kat sini." Aku
membalas kata-kata ibu dengan harapan
Harriz akan membantu aku.

"Takpe, mak. Saya tak kisah, lagipun
selama ni tak pernah kurang kasih sayang
Ain pada saya. Lagipun saya kenal
pelanggan Jepun tu. Dia kawan lama saya
masa kursus kat Tokyo dulu." Harriz
menyokong aku.

Lega rasanya di hati. Aku memandang
Harriz. Dia hanya tersenyum. Tiba-tiba
saja dihulurkan tangannya supaya aku
mencium tangannya. Mahu tak mahu
terpaksalah aku bersalam dan mencium
tangan Harriz.

"Saya pergi dulu, bang.." Lembut aku
bersuara meminta izin. Mak dan ayah
tersenyum-senyum memandang gelagat kami
berdua. Rasa senang di hati mereka
melihatkan kemesraan aku dan Harriz yang
sebenarnya dibuat-buat.


Aku terlalu rindukan Izham. Kenapa Izham
tiba-tiba sahaja menghilangkan diri.
Sudah lama dia tak menghubungi aku.
Hampir 3 bulan aku tak mendengar
suaranya. Izham masih lagi di London.
Dahulu, di awal usia perkahwinan kami
Izham sering menelefon aku. Suaranya
benar-benar memberi aku semangat. Izham
tahu mengenai masalah aku dan Harriz.

Dia juga tahu rancangan aku mengenai
'perkahwinan kontrak' ini. Izham
langsung tidak memarahi aku. Dia tahu
bahawa aku menerima Harriz bukan atas
dasar cinta tapi atas dasar hormat aku
pada ayah. Dia jugalah yang menyokong
aku dan katanya lagi bahawa dia sanggup
menunggu aku bukan saja setahun malah
selama hayatnya masih hidup dia sanggup
menanti aku. Aku dapat rasakan ketika
itu akulah wanita yang paling bertuah
kerana dapat memiliki cinta Izham yang
betul-betul ikhlas menyayangi aku.

Namun suara Izham hanya dapat aku dengar
3 bulan yang lalu. Di mana Izham
sekarang? Mungkinkah dia terlalu bosan
menunggu dan terus menunggu kehadiran
aku dalam hidupnya? Ahh... kalau aku
jadi Izham pun sudah pasti perkara yang
sama akan aku lakukan. Satu tahun
bukannya tempoh yang singkat. Sedangkan
hati boleh berubah inikan pula
penantiannya yang boleh dianggap satu
angan-angan yang tak pasti.

Ini semuanya berpunca daripada Harriz.
Kadangkala aku terlalu bencikan Harriz
tetapi kehadiran Harriz jugalah sedikit
sebanyak telah mengubah hidup aku. Tidak
dapatku sangkal bahawa dia seorang suami
yang baik, dan benar-benar mengambil
berat tentang diri ini. Aku sahaja yang
tidak pernah menghargai kehadirannya
dalam hidup aku. Tiada lelaki lain
selain Harriz yang tulus ikhlas
menyayangi, menyintai, dan menghormati
aku. Bila difikir-fikirkan, aku rasa
bertuah kerana punya seorang suami yang
terlalu memahami aku.

Memanjakan aku seolah-olah aku ini budak
kecil yang perlu didodoi. Aku sakit dia
menjadi doktorku, aku lapar dia menjadi
tukang masakku malah bila aku terlambat
ke pejabat dia sanggup menghantarku
sedangkan ketika itu dia punya urusan
lain. Tapi, kenapa mesti Harriz? Bukan
Izham?

Tiba-tiba saja hati aku terdetik,
mungkinkah jodohku memang bersama
Harriz. Sisa-sisa hayatku adalah hidup
bersama Hariz sehingga aku mati. Di mana
Izham sekarang? Kenapa dia menghilangkan
diri? Sudah tiada lagi cintakah di dalam
hatinya untukku? Atau aku sahaja yang
mengangankan sesuatu yang bukan milikku.
Sedangkan sesuatu yang sudah tentu
menjadi milikku aku abaikan begitu saja.
Antara Harriz dan Izham?? Siapa yang
harus aku pilih? Ooohhh…Terlalu sukar
hidup ini.

"Masih panas lagi suhu badan awak ni.
Saya bawa awak ke klinik.." Aku ingat
lagi peristiwa pertama yang mencetuskan
rasa sayang aku pada Harriz dan wujudnya
rasa cinta dan kasih di hati ini pada
Harriz. Ketika itu aku demam panas.
Memang aku tak mampu nak berbuat apa-apa
kerja ketika itu.

Nak bangun dari katil pun tak terdaya.
Mungkin waktu itu aku terlalu rindukan
Izham dan dalam masa yang sama aku juga
sibuk dengan kerja-kerjaku di pejabat.

"Tak pe, saya sihat. Panas sikit je.
Lepas makan Panadol, sihatlah. Awak tak
payah nak risaukan saya. Saya tahu apa
yang saya buat. Awak buatlah kerja awak.
Jangan ganggu saya, boleh tak?" Aku
meninggikan suara.

Tapi bukannya aku marahkan Harriz, cuma
aku tak tahan dengan kesakitan di kepala
yang aku alami. Harriz masih tak
berganjak. Dia meletakkan tangannya di
dahiku. Aku menepis dengan kuat tangan
Harriz. Berkerut-kerut dahiku menahan
sakit. Aku cuba bangun tapi tak mampu.
Dengan pantas tanpa pedulikan
kemarahanku, Harriz terus mendukungku
keluar dari bilik. Aku benar-benar
terkejut dengan tindakannya. Habis tubuh
Harriz menjadi sasaran aku untuk memukul.

"Awak nak bawak saya ke mana ni ?
Lepaskan saya!!" Aku cuba menjerit tapi
badan aku terlalu lemah dan tak mampu
untuk aku meninggikan suara.

"Awak sakit di hadapan mata saya. Takkan
saya nak jadi orang bodoh untuk dengar
kata-kata awak supaya tinggalkan awak
dalam keadaan macam ini. Saya nak bawak
awak ke klinik. Nyawa awak lebih penting
sekarang."

Harriz….Sungguh mulia hatimu. Aku buta
untuk menilai kasih sayangmu yang
mencurah-curah mencintai diri ini
sedangkan aku terus bodoh menanti pada
orang yang tak pasti.

Sedikit demi sedikit hati wanitaku mulai
cair. Sepanjang aku terlantar sakit
Harriz menjaga aku siang dan malam. Dia
sanggup mengambil cuti semata-mata untuk
menemani aku. Segala makan dan pakai
semuanya Harriz yang lakukan untuk aku,
biarpun pada mulanya aku malu dengan
tindakan Harriz.

Entah mengapa, perasaan benci dan marah
dalam diri ini pada Harriz berubah
menjadi kasih dan sayang pada Harriz.
Aku benar-benar terharu dengan
keikhlasannya selama ini dan aku juga
bangga dengan ketabahan Harriz yang
sanggup hidup bersama aku susah dan
senang. Dia tidak pernah kisah dengan
caci makiku dan kutukan aku pada dirinya
selama ini.

Kesabarannya terhadap kedegilan aku
membuatkan aku mula jatuh cinta pada
Harriz. Tetapi keegoan aku mengatasi
segalanya. Aku malu untuk meminta maaf
pada Harriz walaupun selama ini aku yang
banyak melakukan kesilapan.

Aku tahu, aku seorang isteri tapi aku
tak pernah menjalankan kewajipanku. Aku
gagal menjadi isteri yang sempurna pada
Harriz.

Dua minggu lagi akan tamatlah ikatan
kontrak perkahwinan kami. Sepatutnya aku
boleh gembira sekarang kerana tidak lama
lagi Harriz akan melafazkan kata-kata
keramat bagi seorang isteri. Namun,
kegembiraan itu tidak dapat aku rasakan
sekarang. Buat pertama kali dalam hidup
aku, aku dapat melupakan ingatan aku
pada Izham. Kerinduan pada Izam sudah
tiada lagi.

Yang terbayang di dalam fikiran aku
sekarang hanyalah Harriz Bin Hisham,
seorang suami yang terlalu agung
darjatnya dalam hati aku. Aku
benar-benar takut untuk berpisah dengan
Harriz. Selepas ini Harriz bukanlah lagi
peneman setia aku. Aku dapat rasakan
bahawa hidupku selepas ini akan sunyi.
Tiada lagi senyuman Harriz dan gurauan
Harriz. Ooohh..TuHAN!! Apa yang telah
aku lakukan sekarang?

"Selagi awak di hadapan mata saya dan
awak hidup bersama saya, selagi itulah
kewajipan saya sebagai suami akan saya
lakukan. Biarpun dalam kontrak tidak
tertulis, namun sudah menjadi
tanggungjawab seorang suami supaya
menjaga isterinya samada dalam keadaan
susah mahupun senang. 2 minggu lagi,
hubungan kita akan tamat. Tapi,
percayalah biarpun sehari malah sesaat
pun, awak tetap di hati saya. Saya tahu
kebencian awak pada saya tidak akan
hilang. Begitu juga dengan cinta saya.
Ianya tidak akan pernah pudar. Andai
diberi peluang sekali lagi, saya mahu
teruskan hidup ini bersama awak Nurul
Ain. Nama awak sudah terpahat di dalam
hati saya."

Harriz mengusap rambutku dengan kain
basahan sewaktu memandikan aku yang
terlantar sakit. Tiba-tiba satu ciuman
diberikan di dahiku. Terasa ingin
mengalir air mata ini, namun aku dapat
bertahan. Mataku ketika itu masih
tertutup. Mungkin Harriz menyangkakan
aku sedang tidur tetapi tidak
sebenarnya. Segala kata-kata luahan hati
Harriz dapat aku dengar cuma aku tidak
berani untuk menatap wajah Harriz ketika
itu.

Harriz, kenapa kau terlalu baik pada
diri ini yang seharusnya tidak layak
untuk berada di hatimu yang suci itu.
Aku tidak mampu untuk menyintai seperti
mana engkau menyintai aku. Andai engkau
dapat mendengar luahan hati ini,
berjuta-juta kemaafan ku pohon darimu
tapi untuk meluahkannya hati aku amat
berat. Aku malu sebenarnya Hariz. Terasa
kecil diri ini di hadapan matamu Harriz.

"Kenapa awak menerima saya untuk menjadi
isteri awak sedangkan sebelum ini kita
tidak pernah berjumpa. Awak tak pernah
mengenali saya, tapi awak sanggup
berkahwin dengan saya. Bukankah itu satu
tindakan yang bodoh namanya?" Aku
memberanikan diri untuk bertanya pada
Harriz sewaktu kami menjamu selera di
sebuah restoran selepas balik dari
berjumpa dengan ibu dan ayah. Harriz
tersenyum. Dia memandang aku. Aku jadi
kaget.

"Soalan itu rasanya sudah saya jawab
sebelum kita menjadi suami isteri lagi.
Nama awak sebenarnya sudah lama terpahat
di dalam hati saya. Hampir dua tahun
saya mengenali awak sebelum saya
berjumpa dengan awak." Harriz sengaja
menoktahkan ayatnya di situ supaya aku
semakin keliru. Kali ini aku yang
memandang wajahnya dengan seribu
pertanyaan di kepala.

"Dunia ini tidaklah sebesar mana. Tuhan
mentakdirkan hidup saya supaya bertemu
dengan awak bukan di bumi Malaysia. Saya
juga pernah belajar di luar negara dan
sama universiti dengan awak." Aku ternganga.

Ligat otakku mengingati semula
wajah-wajah pelajar Malaysia yang pernah
aku jumpa di London. Rasanya tiada
langsung wajah Harriz yang pernah aku
jumpa. Betulke dia ni atau sengaja nak
memainkan aku?

"Setahu saya pelajar Malaysia tidaklah
sebanyak mana pun, tapi kenapa saya tak
pernah berjumpa dengan awak? Awak jangan
nak bergurau dengan saya." Aku seakan
tidak percaya. Benarkah apa yang Harriz
cakapkan sebentar tadi?

"Saya belajar part time. Awak memang
tidak akan perasan saya. Saya belajar
waktu malam, tapi awak dan Izham selalu
datang makan di restoran tempat saya
bekerja. Ingat tak Café Bistroze? Saya
jadi pelayan bar di situ. Maklumlah,
saya ni orang miskin, tak mampu nak
belajar sepenuh masa.

Siang saya bekerja dan malam saya
belajar. Ketika itulah saya sempat
mengenali awak." Harriz menamatkan
ayatnya di situ. Dia menghabiskan
minuman. Aku terdiam. Sungguh tak ku
sangka, dunia ini terlalu kecil. Tuhan
menemukan aku dan Harriz tanpa aku
mengenali siapa dirinya. Harriz terlalu
pandai menyimpan rahsia.

"Esok, genap setahun kita menjadi suami
isteri yang sah seperti mana termaktub
dalam kontrak yang telah saya
tandatangani. Biarpun hati ini berat
untuk melepaskan awak tapi saya tidak
pernah lupa dengan janji saya.

"Melukakan hati dan perasaan awak adalah
satu dosa paling besar di mana saya
tidak dapat memaafkan diri saya sendiri.
Awak terlalu suci di mata saya. Awak tak
pernah bersalah dengan saya. Saya yang
seringkali melukakan hati awak selama
ini. Saya benar-benar berharap agar awak
dapat ampunkan dosa-dosa saya." Harriz
tertunduk menahan sebak di dada.

"Terus terang saya katakan, esok adalah
hari yang paling saya takutkan. Saya
dapat rasakan bahawa esok akan
mengubahkan segala takdir hidup saya
yang selama ini saya rasakan indah.
Hidup bersama awak adalah satu kenangan
yang paling manis buat saya. Segalanya
berubah bila awak hadir dalam diri saya.
Awak adalah semangat saya untuk saya
teruskan hidup ini yang kian singkat…."

Aku rasa hairan dengan kata-kata
terakhir Harriz. Apa yang dia cuba
maksudkan? Hariz yang berada di hadapan
aku sekarang bukanlah Harriz yang selama
ini aku kenal. Aku dapat lihat perubahan
di wajahnya. Lain benar seakan menyimpan
satu rahsia yang tidak aku ketahui. Aku
juga dapat lihat air mata lelakinya
hampir mengalir tapi mampu ditahan.

"Awak tak pernah bersalah dengan saya.
Saya yang sepatutnya memohon ampun dan
maaf dari awak kerana dosa saya sebagai
isteri adalah terlalu besar. Saya kagum
dengan awak kerana menghormati saya dan
keputusan saya selama ini. Awak seorang
lelaki yang terlalu baik dan saya tidak
layak untuk berada di hati awak. Saya
percaya, selain saya akan ada seorang
wanita lain yang akan muncul dalam hidup
awak dan benar-benar menerima cinta awak
dan menyayangi awak lebih dari
segala-galanya di dunia ini."

Aku juga menahan sebak. Tidak mahu air
mata ini mengalir di hadapannya.
Percayalah Harriz, sesungguhnya hati ini
telah lama engkau miliki tapi aku tak
mampu untuk berterus terang. Aku
perlukan masa. Tidak tahu berapa lama lagi.

Aku sebenarnya terlalu malu untuk
berhadapan dengan dirimu yang tulus
ikhlas mencintai aku. Aku tahu, aku
bodoh selama ini kerana tidak nampak
sebutir permata yang boleh menerangi
sepanjang hidupku. Harriz hanya mampu
tersenyum. Dia memegang tanganku lantas
ciuman kasihnya diberikan. Aku dapat
rasakan mungkin itu adalah ciumannya
yang terakhir sebelum kami berpisah.


"Selepas ini, saya harap awak tidak akan
hilangkan ingatan awak pada saya.
Biarpun diri saya ini hanyalah sebesar
zarah di hadapan mata hati awak, namun
awak jangan lupakan saya. Kalau boleh,
biarlah berkekalan sampai ke akhir hayat
awak. Setahun adalah satu tempoh yang
singkat untuk saya lebih mengenali awak.

"Kalau Tuhan mentakdirkan umur saya
panjang ingin rasanya sekali lagi saya
harungi hidup ini bersama awak di dalam
satu keadaan yang berbeza di mana awak
benar-benar mencintai saya dan
menyayangi saya sepenuh jiwa dan hati
awak. Andai terjadi, saya dapat rasakan
bahawa sayalah manusia yang paling
bertuah dapat memiliki awak." Kami
bertentangan mata buat kali terakhir.
Aku jadi sayu apabila memandang
wajahnya. Takdir kami akan berubah esok.
Mungkinkah ianya terjadi….

Malam itu aku tidur di dalam seribu
ketakutan. Esok pasti akan terjadi,
begitu juga dengan lafaz kontrak akan
termaktub. Ahhh..undang-undang yang
dibuat manusia. Sentiasa menyusahkan.
Takdir hidup aku esok akan ditentukan.
Aku tahu bukan sahaja aku, malah Harriz
lebih merasai ketakutannya. Dia terlalu
mencintai aku. Malah kerana cintanya itu
akhirnya memakan dirinya sendiri. Dia
menghormati segala keputusan aku kerana
ikhlasnya cinta Harriz pada diri ini.

Keesokan harinya aku terlewat bangun.
Tergopoh gapah aku keluar dari bilik.
Aku dapat rasakan sesuatu…Harriz tiada
di dalam biliknya. Begitu juga dengan
kereta Harriz, tiada di luar. Aku
terduduk di ruang tamu.

Terlalu cepat Harriz meninggalkan
cintanya. Tidak sempat untuk dia berkata
sesuatu pada aku buat kali yang
terakhir. Mungkin Harriz tidak mampu
untuk berhadapan dengan aku.

Kontrak perkahwinan terletak kemas di
atas meja. Aku dapat lihat sepucuk
sampul surat berwarna biru di atas
kontrak tersebut. Hati aku
berdebar-debar. Semakin lama getaran di
dadaku semakin terasa. Tanganku menjadi
sejuk. Menggigil-gigil jari jemari ini
untuk menyentuh surat tersebut. Lama aku
perhatikan surat Harriz. Aku tak sanggup
nak buka kerana aku tahu segala
keputusan semuanya berada di dalam
baris-baris ayat surat tersebut. Aku
takut, namun, aku pasrah. Ia kehendak
Tuhan dan hati aku sendiri. Aku harus
menerima segala keputusan dengan tenang.

Lagipun selama ini itulah yang aku minta
pada Harriz biarpun Harriz berat untuk
melakukannya. Dengan lafaz Bismillah aku
membuka lembaran surat tersebut dan
akhirnya….

"Bahawasanya saya HARRIZ BIN HASHIM
dengan ini menceraikan NURUL AIN BT
HAMDI dengan talak satu. Segalanya
adalah mengikut kontrak perkahwinan yang
telah kami tandatangani iaitu bertarikh
30 DISEMBER 2002"

-HARRIZ BIN HASHIM-

Dia benar-benar melakukannya…Pertama
kali air mataku mengalir. Aku kini bukan
milik Harriz lagi. Tahniah untuk diriku
sendiri kerana permainkan undang-undang
Tuhan dan natijahnya aku yang terima
sekarang.

Ooohh..Harriz. Kenapa kau berlalu pergi
begitu saja. Tiada langsung ucapan
selamat tinggal yang keluar dari
mulutmu. Kenapa hatimu terlalu lembut?

Kenapa kau tidak memujuk aku supaya
jangan berpisah ? Andai ianya berlaku
sudah pasti aku tak mahu engkau
meninggalkan aku. Aku mula menyayangi
dirimu Harriz.. Benih-benih cinta dan
kasih dalam diri ini pada Harriz sudah
bercambah tapi aku tak mampu untuk
tunaskannya…

Hampir 2 bulan selepas perceraian kami
aku tidak pernah bertemu dengan Harriz.
Dia menghilangkan diri begitu sahaja.
Aku tidak tahu ke mana Harriz membawa
diri. Sudah puas aku mencari tapi Harriz
tidak juga aku temui. Aku sudah bernekad
bahawa aku mesti mencari Harriz.

Aku ingin mengikat semula tali
perhubungan kami yang terputus. Aku
telah bersumpah bahawa tiada lelaki lain
selain Harriz yang boleh menjadi
suamiku. Aku ingin bina semula istana
cinta kami yang telah aku runtuhkan
dahulu disebabkan kebodohan aku.

Tapi, di mana aku nak mencari Harriz?
Sudah merata tempat aku pergi. Telah
pelbagai cara aku lakukan namun gagal.
Adakah sengaja Harriz tidak mahu
berjumpa dengan aku? Terlalu besarkah
dosa aku padanya?

Ibu dan ayah sudah tahu mengenai
perceraian aku dan Hariz. Mereka
benar-benar terkejut dengan tindakan
kami pada mulanya. Ayah marahkan aku,
begitu juga ibu. Aku tahu aku yang
bersalah. Namun marah mereka tidak lama
kerana mereka tahu takdir sudah tertulis
bahawa aku dan Harriz tidak boleh kekal
bersama cuma mereka kesal dengan sikap
dan perangai aku yang tidak pernah
berubah. Aku terlalu degil dan sukar
untuk dibentuk. Tapi itu dulu, sebelum
kehadiran Harriz. Sekarang, aku bukan
seperti aku yang dulu.

Harriz telah mengubah pendirian aku.
Dialah punca segala-galanya. Dia jugalah
yang telah membuka pintu hati ini untuk
mengenal apa itu erti cinta, kasih,
sayang dan rindu.

Aku terlalu rindukan kehadiran Harriz di
sisi. Cinta, kasih dan sayang pada
Harriz semakin hari semakin bertambah.
Nama Izham terus hilang dari ingatan
aku. Dia bukanlah lelaki yang boleh
dipercayai. Segala kegiatan jahatnya
terbongkar apabila satu hari aku terbaca
diari Harriz yang tertinggal di rumahku
selepas Harriz menghilangkan diri pada
pagi yang keramat itu.

Setiap detik dan hari sudah pasti ada
kisah aku dan Izham di London tertulis
di dalam diarinya. Dari situlah aku
tahu, Izham bukanlah seorang lelaki yang
jujur. Dia banyak memainkan perasaan
wanita seperti aku. Sampai sekarang
Harriz tidak tahu bahawa aku telah
membaca diarinya.

Segala isi hatinya dan perasaannya pada
aku ditulis dalam diari itu. Barulah aku
tahu memang Harriz lebih mengenali aku
daripada aku mengenali diriku sendiri.
Dia begitu hebat di hati aku kini.
Harriz…..Di mana kau sekarang…

Suatu hari, aku dapat berita yang
rasanya boleh meluruhkan jantung aku di
saat itu jua. Berita tentang orang yang
sangat-sangat aku ingin jumpa. Akhirnya
dapat juga aku mendengar berita tentang
Harriz tetapi malang kerana ketika itu
aku berada di luar negara menguruskan
perniagaan ayah yang ada masalah.

Aku menggantikan kerja-kerja Harriz
kerana Harriz bukan sahaja berpisah
dengan aku malah jawatannya sebagai CEO
di syarikat ayah juga turut dilepaskan.
Ibu yang menelefon aku ketika itu
mengkhabarkan berita tidak baik tentang
Harriz. Harriz kini berada di wad jagaan
rapi (ICU). Harriz sakit kuat sekarang.
Begitulah kata-kata terakhir yang sempat
aku dengar dari ibu kerana perbualan
kami terputus disebabkan cuaca buruk di
New Zealand yang ketika itu mengalami
musim sejuk.

Aku tidak dapat menghubungi ibu untuk
mengetahui berita selanjutnya tentang
Harriz. Aku menangis semahu-mahunya. Aku
ingin pulang segera tapi semua
penerbangan dibatalkan untuk beberapa
hari kerana cuaca buruk. Aku takut andai
aku akan kehilangan Harriz dan aku tak
sanggup untuk mendengar berita
kehilangan Harriz sekali lagi. Harriz…Ya
Tuhan, selamatkan Harriz.

Andai ada jodohku bersama Harriz,
pertemukanlah kami di bawah limpahan
rahmat kurniamu… Aku tidak dapat tidur
lena selepas mendengar berita Harriz.
Setiap waktu yang berlalu aku
terkenangkan Harriz. Bagaimana keadaan
Harriz sekarang? Jariku tidak putus asa
ligat mendail nombor telefon ibu, namun
tidak berjaya. Setiap saat degup jantung
ini dapat aku rasakan semakin laju.

Semuanya kerana mengenangkan keadaan
Harriz. Mungkin sekarang Harriz amat
memerlukan aku berada di sisinya tapi
aku tak boleh Harriz. Kita terpisah
dengan benua dan lautan. Aku jauh darimu
tapi hati ini terlalu dekat padamu.
Andai kau dapat mendengar suara hati
ini, ingin aku katakan bahawa di saat
ini aku sentiasa mendoakan agar dirimu
selamat dan dijauhkan dari segala
kesulitan hidup.

Akhirnya malam keramat itu telah merubah
takdir hidupku sekali lagi. Tidak dapat
aku lupakan, bagaimana sayunya suara ibu
menyampaikan berita yang paling takut
untuk aku dengar. Mungkin ini adalah
balasan Tuhan di atas keangkuhan aku
memainkan undang-undang ciptaan Tuhan
selama ini.

Harriz…Nama itu kini hanya tinggal
bayangan masa silam. Dia benar-benar
telah meninggalkan aku bersama
kenangannya. Harriz tidak lagi akan aku
temui sampai bila-bila…

"Maafkan ibu, Ain. Ibu tak dapat hubungi
Ain dua hari yang lalu. Harriz sudah
tiada lagi di dunia ini. Dia dah
tinggalkan kita semua buat
selama-lamanya. Maafkan ibu, ibu lambat
beritahu Ain. Kanser hatinya dah semakin
merebak dalam tubuh Harriz. Dia terlalu
rindukan Ain tapi dia tak mampu untuk
bertahan lama. Ibu benar-benar minta
maaf Ain….."

Kata-kata ibu tidak berupaya lagi untuk
aku dengar. Aku terasa berada di
awangan. Semuanya bagaikan halilintar
yang membelah bumi. Aku terduduk.

Air mata mengalir tanpa henti. Aku
menangis dan terus menangis tanpa henti.
Tidak sempat untuk aku sujud di kakinya,
memohon ampun dan maaf. Dosa aku terlalu
banyak pada Harriz.

"Maafkan Ain, Harriz. Ain bersalah pada
Harriz dan Ain tidak sempat untuk sujud
di kaki Harriz. Maafkan Ain, maafkan
Ain…" Aku menjerit sekuat hati tapi
siapalah yang mampu untuk menenangkan
aku di saat itu. Aku keseorangan. Ibu
dan ayah tiada di sisi. Hanya semangat
Harriz yang wujud dalam diri ini tapi
kini Harriz meninggalkan aku secara
tiba-tiba.

Aku hilang arah tuju. Dunia dapat aku
rasakan gelap. Harriz tidak pernah
menceritakan pada aku tentang
penyakitnya. Patutlah kata-kata Harriz
malam itu aku rasakan lain. Dia
benar-benar maksudkannya. Kalaulah aku
tahu begini jadinya tidak akan aku
bertindak bodoh untuk berpisah dengan
orang yang ikhlas mencintai aku. Akan
aku jaga Hariz sehingga dia mengucapkan
lafaz kematian di hadapan mata aku
sendiri. Tapi, itu semua telah terlambat
untuk dijadikan realiti dalam hidup aku.
Hariz meninggalkan aku di saat-saat
cinta ini telah berputik.

Kepulangan aku ke bumi Malaysia tidak
membawa apa-apa makna pada aku kerana
orang yang ingin sangat aku jumpa selama
ini sudah pergi. Hanya pusara yang
tinggal untuk aku lawati. Setitis demi
setitis air mata ini jatuh mengalir
tatkala aku sampai di pusara Harriz. Aku
dapat merasakan Harriz seakan berada di
sebelah aku melihat aku mengalirkan air
mata kerana meratapi kematiannya.

Harriz, jika dapat kau dengar luahan
hati ini, ingin sekali aku bermohon
ampun dan maaf padamu yang tidak pernah
sempat terucap di bibir ini biarpun
ketika kita bersama. Baru kini aku dapat
menilai erti cintamu yang mendalam
terhadap diri ini. Aku terlalu angkuh
dan keegoan ini telah memakan diri aku
sendiri.

Sepucuk surat yang terakhir kau tujukan
untukku baru kini dapatku baca. Meruntun
hati ini tatkala aku membaca bait-bait
puisi yang engkau karangi hanya
semata-mata untukku. Aku tahu aku
benar-benar bersalah !!!..

Ikhlasnya cintamu itu tidak setanding
dengan apa yang ada di dalam hati ini
untuk aku beri. Rendahnya martabat diri
ini jika kita dapat bersama. Selafaz doa
aku bacakan untukmu, begitu jua jutaan
kemaafan aku pohon padamu Harriz…

Sajak yang ditujukan khas buat diri ini
tidak puas aku membacanya. Sekali lagi
aku menatap agar ia dapat menenangkan
aku kerana tidak dapat melihat di
saat-saat pemergianmu yang tidak
dirancang tapi telah ditentukan Tuhan.

Sesungguhnya… syurga seorang suami
adalah ketika bersama isterinya dalam
susah dan senang…

Permata hati buat isteri yang disayangi

Nurul Ain Bt Hamdi…

Dunia saya sewaktu bersama awak
dirasakan amat luas…. Awak adalah
anugerah Tuhan yang tak ternilai buat
saya… Biarpun cinta ini tidak pernah
wujud dalam diri awak… Namun, harapan
itu tetap ada dalam impian saya Saya
sayang awak lebih dari segalanya Saya
mencintai awak dengan setulus hati
Tatkala lafaz nikah terucap di bibir ini
Memiliki awak adalah amanat yang harus
saya jaga sebagaimana Tuhan menciptakan
Adam untuk Hawa… Namun, pemergian saya
tak dirancang… Bila-bila masa sahaja
nyawa ini akan menghentikan nafasnya.
Biarpun saya tiada di sisi awak lagi
Saya harap awak tidak pernah lupa akan
diri ini yang sentiasa mencintai awak…

-HARRIZ BIN HASHIM